David Beckham Mendedahkan Pemain Terbaik Pernah Bergandingan Dengannya

Legenda bola sepak dunia, David Beckham telah mendedahkan bahawa pengurus Real Madrid kini, Zinedine Zidane adalah pemain terbaik yang pernah digandingkan dengan beliau sepanjang karier luar biasanya.

Legenda Manchester United yang kini berusia 45 tahun itu meninggalkan Old Trafford pada tahun 2003 dan membuat kemunculan yang sensasi ke Los Blancos dengan nilai £24.5 juta.

Beckham juga merupakan salah seorang pemain dalam generasi emas Real Madrid bersama bintang-bintang besar seperti Zinedine Zidane, Ronaldo Nazario dan Luis Figo.

Bekas ketua pasukan England itu mendedahkan bahawa Zidane adalah pemain yang luar biasa hebat dan beliau sangat berbangga dapat beraksi bersama legenda Perancis itu.

David Beckham yang bersara dari dunia bola sepak pada tahun 2013 ketika beraksi bersama pasukan Paris Saint Germain itu turut menganggap bahawa Zidane seorang yang sangat baik.

Dalam satu acara anjuran Adidas pada tahun 2013, bekas pemain sayap setan merah itu pernah berkata:

“Zidane adalah pemain terbaik yang pernah saya beraksi bersama.”

“Dia sangat gentleman, dan dapat beraksi bersamanya adalah sesuatu yang sangat istimewa. Bagi saya dia bukan sahaja pemain terbaik tetapi dia juga seorang manusia yang sangat baik.”

Zidane turut memberikan puji pujian kepada Beckham dan menyatakan bahawa bekas rakan sepasukannya itu masih handal dan hebat waktu bersama PSG.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu turut berkata:

“Ia sesuatu hal yang tidak mengejutkan saya. Dia masuk dengan bergaya, dia main selama 20 minit dalam perlawanan pertamanya di Ligue 1 menentang Marseille.”

“Ia adalah permulaan yang baik. Tetapi ia masih jauh dari apa yang sebenarnya David Beckham miliki dan kita semua tahu tentang itu. Walau apa pun, dia dah tunjukkan sesuatu yang luar biasa di usianya ketika itu.”

Beckham baru-baru ini di lama Instagram miliknya, beliau telah berkongsi tribute kepada Zizou dengan menyatakan:

“Kenangan terbaik sepanjang karier saya ada berdiri sebaris dengannya sebagai rakan sepasukan.”

Legenda bola sepak itu menulis kepada 62.8 juta pengikutnya:

“Sangat sangat bertuah apabila dapat beraksi bertemu Zizou tetapi kenangan terbaik sepanjang karier saya adalah bermain sepasukan dengannya.”

“Kenangan ini adalah dalam perlawanan terakhirnya 14 tahun yang lalu. Hari ini bukannya hari yang emosional untuknya dan kita, tetapi untuk seluruh dunia. Selamat untuk semua kawan saya.”

Beckham mengakui bahawa pertemuannya dengan Lionel Messi di Liga Juara-Juara adalah salah satu sebab dia memutuskan untuk mengundurkan diri dari bola sepak pada tahun 2013.

“Saya berkemungkinan memutuskan untuk bersara ketika Messi berlari meninggalkan saya.”

Jelas bekas bintang Madrid, PSG dan setan merah itu.

“Bermain di MLS pada tahun 2012 dan memenangi championship di sana lalu ke Paris dan menjuarai Ligue 1 bersama Paris Saint Germain adalah penamat yang terbaik untuk saya akhiri karier saya.”

BACA:  David Beckham Rayu Zinedine Zidane Supaya Tewaskan Liverpool