West Ham United melalui lama sesawangnya telah mengesahkan bahawa kelab tersebut telah melantik bekas pengurus Manchester United, David Moyes sebagai pengurus baharu mereka selepas 24 jam memecat Slaven Bilic.
Pengurus berusia 54 tahun itu tiba dengan pengalaman yang padu selama 14 musim di Premier League. Untuk rekod Moyes berjaya membawa pasukan untuk berada di tangga 8 teratas dalam 9 musim terakhirnya di Premier League.
Moyes juga pernah menguruskan Preston sebelum mencipta reputasi bersama Everton sehingga layak menggantikan Sir Alex Ferguson di Manchester United. Selepas kecundang di United Moyer meneruskan sentuhan kecundang bersama Real Sociedad dan Sunderland.
Moyer pernah diundi sebagai pengurus terbaik tahunan pada tahun 2003, 2005 dan 2009. Sepanjang karier di Premier League Moyes telah memenangi 10 gelaran pengurus terbaik bulanan.
Kerjaya gemilang Moyes ketika bersama Everton di mana beliau telah membawa Toffees bermain di UEFA Champions League, Europa League dan FA Cup final sebelum diangkat sebagai pewaris Ferguson pada 2013.
“Selamat datang ke West Ham United David.” Ujar David Sulliva pengerusi West Ham United.
“Situasi in sangat unik untuk aku dan David Gold. Inilah pertama kali dalam 8 tahun West Ham United melantik pengurus baharu ketik musim sedang berlangsung.”
“Kami perlukan seseorang yang penuh pengalaman, pengetahun yang tinggi tentang Premier League. Kami percaya David Moyes insan terpilih dan tepat.”
Berapa banyak David kat West Ham ni?
Dilahirkan di Glasgow pada 25 April 1963, Moyes menikmati karier sebagai pemain selama 19 tahun bermula dengan gergasi Scotland, Celtic sebelum berkelana ke Cambridge United, Bristol City, Shrewsbury Town, Dunfermline Athletic dan Preston North End
Selama 19 tahun bermain di pelbagai kelab dan liga , Moyes telah membuat 550 penampilan. Namun takdir telah menentukan bahawa Moyes bakal menjadi pengurus di masa hadapan, di mana Moyes sudah memiliki lencana kejurulatihan pada usia 22 tahun.
Pada bulan Januari 1998 di usia 34 tahun moyes berjaya mendapat peluang untuk menguruskan pasukan Preston dan bermulalah kerjayanya sebagai pengurus.
Moyes berjaya menyelamatkan Preston dari tersingkir ke liga kumbahan pada musim 1997/98 dan musim 1999/2000 Moyes berjaya membawa Preston menjulang gelaran Divisyen Dua. Moyes terus cemerlang bersama Preston.
Di divisyen satu Moyes berjaya membawa Preston ke play-off Premier League tetapi tewas kepada Whisker dan gagal merasai kenikmatan liga agung Eropah itu.
Dengan reputasi yang sedap di Preston pada tahun 2002, Moyes ke Everton menggantikan Walter Smith. Moyes mengambil alih Everton ketika itu sekdar berada di luar zon penyingkiran dengan perbezaan mata.
Namun Moyes berjaya membawa Everton bangkit untuk menamatkan musim di tangga ke-15. Dari sinilah Moyes terus gemilang.
The Hammers mungkin terlupa itu Moyes yang dahulu. Musim lalu Moyes telah membawa Sunderland ke neraka.