David Ornstein Dedah Kenapa Liverpool dan Salah Tidak Capai Kata Sepakat

Saga tarik tali mengenai kontrak baharu Mohamed Salah dan Liverpool tidak berkesudahan sejak dari musim lalu lagi dan pemain sayap Mesir itu akan memasuki tahun akhir kontrak apabila musim baru bermula.

Dalam satu perjanjian antara dua pihak sudah pasti memerlukan persetujuan bersama dan kata sepakat sebelum perjanjian boleh dimeterai.

Tiada persetujuan atas sesuatu perkara maka tidak akan wujudlah persepakatan dan itulah yang berlaku antara Liverpool dan Salah.

Awal tahun 2023 jika Salah tidak menurunkan tandatangan diatas kontark baru maka Liverpool terpaksa melepaskan Salah secara percuma di akhir musim.

Wartawan bereputasi tinggi yang kini bersama The Athletic, David Ornstein telah mendedahkan sebab utama lagi sebenar kenapa Salah dan Liverpool gagal menemui kata putus.

Ini semua disebabkan oleh dasar struktur gaji yang ketat diamalkan oleh Liverpool dan perkara ini ramai sudah tahu tapi bila keluar air tangan tulis David Ornstein maka boleh dianggap perkara ini benar.

Liverpool telah berusaha memujuk Salah dengan membuat tawaran yang agak lumayan dan menguntungkan Salah namun dipihak Salah masih berkeras mahukan gaji dalam lingkungan £400,000 seminggu.

“Apa yang paling penting di sini ialah struktur gaji yang perlu dihormati untuk Liverpool mengekalkan kem yang harmoni, aman damai dan kekal mampan.” kata wartawan yang boleh dipercayai itu di The Athletic’s Football Podcast.

“Membayar Mo Salah melebihi £400,000 seminggu ketika dia memasuki usia 30-an adalah satu perkara. Ini adalah persoalan yang lebih besar daripada membayar Darwin Nunez, saya tidak tahu berapa kira-kira £80, 90, 100, 110,000 seminggu.”

“Perkara ini (Beli Nunez) masuk dengan sempurna dan itu adalah sebahagian daripada metodologi Liverpool ke hadapan. Membayar melebihi 400,000 paun seminggu adalah tidak dan mungkin itulah sebabnya kita tidak lihat perjanjian dengan Salah seperti yang berlaku.”

Seperti kata David Ornstein pembelian Darwin Nunez adalah satu perkara berbeza kerana hampir 100 juta dikeluarkan untuk tempoh yang panjang selama 6 tahun.

Tambahan pula dengan yuran perpindahan yang tingg seperti itu Darwin Nunez hanya menerima gaji sekitar £100,000 seminggu £5,200,000 setahun.

Menyamai gaji Sadio Mane yang sudah pasti mahu angkat kaki. Harga tinggi untuk pemain berusia 22 tahun seperti Nunez sangat berbaloi yang belum mencapai tahap kemuncak kariernya lagi.

Setakat ini pemain menerima gaji paling tinggi di Liverpool adalah Virgin Van Dijk yang meraih £220,000 seminggu ataupun £11,440,000 juta setahun selepas mengikat kontrak baru.

Selain Van Dijk beberapa pemain lain seperti Trent Alexander Arnold dan Alisson Becker menerima kontrak baharu dengan kenaikan gaji yang munasabah.

Ikatan kontrak baru beberapa pemain yang pasti dengan kenaikan gaji meningkatkan perbelanjaan Liverpool, maka teramat tidak munasabah untuk Salah menerima £400,000 seminggu.

Bakal memasuki usia 30 tahun, usia penurunan prestasi yang normal bagi pemain bola sepak sukar untuk Liverpool bersetuju tatkala berpegang teguh kepada struktur gaji.

Pemberian gaji yang melampau dan tidak masuk akal mengikut permintaan pemain pasti menjejaskan keharmonian pasukan seperti mana yang terjadi di Manchester United terutamanya Paul Pogba.

Sikap sangat berhati-hati Liverpool untuk menyerahkan kontrak mega kepada pemain yang semakin tua yang mungkin akan mula merosot pada tahun-tahun akan datang membuktikan Liverpool telah dikendalikan dengan sangat baik dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Jika tiada persetujuan dapat dicapai dengan Salah pada musim panas ini, Salah sudah boleh membuka pintu untuk keluar.

Dengan Sadio Mane yang berusia 30 tahun hampir menyertai Bayern Munich dan Darwin Nunez yang berusia 22 tahun baru sahaja tiba di Anfield dengan harga £85 juta.

Jelas sekali Jurgen Klopp sedang berusaha untuk membina semula skuadnya dan menurunkan profil umur dalam percubaan Klopp untuk meneruskan kecemerlangan kelab bersejarah ini.

BACA:  Conte: Chelsea Tidak Boleh Benarkan 'Tragedi Salah & De Bruyne' Dari Terus Berulang