De Beek Bakal Jadi Pemain Terpenting United Andai Dikendalikan Oleh Pochettino

Mauricio Pochettino sebenarnya sangat meminati corak permainan yang ditunjukkan oleh Donny Van de Beek, dengan beliau pernah memuji bintang Belanda itu pada tahun 2019 yang lalu.

Melihat kepada hal ini, tidak mustahil Van de Beek bakal menjadi pemain terpenting dalam skuad Manchester United, seandai Pochettino benar-benar ke Old Trafford.

Pochettino dikatakan bakal menjadi calon kegemaran untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang sudah secara rasminya dipecat oleh kelab minggu lalu.

Sir Alex Ferguson sendiri mahukan pengurus Paris Saint Germain itu untuk menjadi pengurus baru di Old Trafford, dengan rundingan antara kedua-dua pihak dikatakan sedang berlangsung.

Bekas pengurus Southampton dan Tottenham Hotspur itu dikatakan sangat berminat untuk membuat kepulangan semula ke saingan Premier League.

Beliau juga sememangnya pernah dikaitkan dengan bakal menguruskan Manchester United sejak sebelum ini lagi.

Seandainya beliau benar-benar bersetuju untuk menerima tawaran sebagai pengurus Manchester United, maka ia sebenarnya berita baik untuk Donny Van de Beek.

Pemain kebangsaan Belanda itu selalu terpinggir ketika bermain di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, dengan beliau hanya membuat tiga penampilan sahaja dalam saingan liga musim ini.

Beliau berjaya menjaringkan gol terakhir Man Utd di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, dan De Beek berkemungkinan akan lebih kerap di turunkan seandainya Pochettino mengambil alih kelab.

Pada tahun 2019 yang lalu, Mauricio Pochettino telah menyatakan tentang kekaguman beliau melihat persembahan yang ditunjukkan oleh bintang berusia 24 tahun itu.

Bercakap menjelang aksi perlawanan Spurs bertemu Ajax dalam saingan Champions League, beliau menjelaskan bahawa:

“Van de Beek. Tak ramai yang bercakap tentang dia.”

“Tapi dia ada dinamik dalam sesebuah perlawanan, dia akan berada di belakang Tadic, dia sampai, dia bekerja, dia jaringkan gol.”

“Sejujurnya saya suka De Jong dan De Ligt. Tapi Individu yang menggerakkan Ajax adalah Van de Beek. Saya sangat sukakan dia.”

Jelas Pochettino.

“Mereka ada pemain muda, dari akademi, dari setiap sudut, itu menunjukkan hebatnya pasukan mereka.”

Van de Beek hanya membuat 22 penampilan sahaja dalam saingan Premier League, sejak dari awal beliau ditandatangani dari Ajax pada tahun 2020.

Ketika kali terakhir beliau diturunkan, Van de Beek sudah membuktikan yang beliau sebenarnya layak untuk bermain bersama skuad utama.

Walau United mencatatkan kekalahan bertemu Watford, namun persembahan yang ditunjukkan oleh Van de Beek sungguh luar biasa menakjubkan.

Walau bagaimanapun juga, Solskjaer bersama barisan kejurulatihannya percaya De Beek sebenarnya tiada personaliti untuk bermain di bawah tekanan.

Penilaian kejam Ole dan barisan kejurulatihannya terhadap VDB

Pembantu Ole Gunnar Solskjaer tidak yakin yang Van de Beek memiliki personaliti yang tepat untuk berdepan tekanan bermain bersama Manchester United.

Laporan mengejutkan itu menyatakan yang staff kejurulatihan Solskjaer tidak percaya dengan kemampuan Donny Van de Beek dan menganggap bintang Belanda itu tidak ada ciri dan kritiria yang tepat untuk bermain bersama kelab sebesar United.

Pemain midfield Netherlands yang kini berusia 24 tahun itu melalui karier yang mengerikan di Old Trafford, sejak dari awal beliau ditandatangani dari Ajax pada tahun 2020 lalu.

Nilai £35 juta yang United bayar untuk dapatkan beliau sepertinya tidak berbaloi untuk kelab kerana khidmat pemain itu sama sekali tidak digunakan oleh pengurus.

Van de Beek tidak pernah diturunkan dalam kesebelasan utama United dalam saingan Premier League sepanjang musim ini, dengan beliau hanya membuat tiga penampilan sahaja dari bangku simpanan.

Bekas bintang Ajax itu dimasukkan sebagai pemain gantian ketika aksi kekalahan memalukan 4-1 bertemu Watford di Vicarage Road kemarin.

United telah mengumumkan yang Ole Gunnar Solskjaer secara rasminya telah diceraikan oleh pihak kelab, dengan setan merah kini sedang berusaha mencari calon penggantinya.

Man Utd pada ketika ini enam mata dipisahkan dari kedudukan empat teratas dalam saingan Premier League, dan ia bukanlah satu hal yang positif untuk kelab.

Van de Beek sendiri sudah dikaitkan dengan bakal meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan Januari nanti.

Namun melihat kepada situasi ketika ini, dengan Ole Gunnar Solskjaer sudah dipecat, ada kemungkinan untuk de Beek akan kekal dan berusaha untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pochettino: Hati Kane Terguris Selepas Digelar Gilakan Gol Di Media Sosial