De Bruye Mahu Pastikan Manchester City Muncul Juara Liga Di Etihad

Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne berazam mahu membantu The Citizens mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini di Etihad Stadium.

Kedua-dua pasukan akan bertembung di stadium Manchester City pada 7 April dan De Bruyne mahu pasukannya menjuarai liga dengan menewaskan pasukan seteru utama mereka.

11 gol musim ini. Not bad

Manchester City kini selesa berada di persada Liga Perdana Inggeris dan meninggalkan penghuni tempat kedua, Manchester United dengan kelebihan 16 mata.

Manchester City berpeluang menjuarai liga lebih awal sekiranya mereka mampu mencatatkan kemenangan berturut-turut ke atas Everton dan Manchester United.

“Saya rasa semua pemain dan peminat Manchester City berharap ia akan berlaku – untuk menang ke atas Manchester United seterusnya menjuarai liga. Tetapi jika ia tidak berlaku, kami tidak akan kecewa.”

Walaubagaimanapun, pemain antarabangsa Belgium ini enggan memandang rendah keupayaan dan ancaman yang dibawa Everton dan berkata Goodison Park adalah stadium yang sukar untuk dilawati.

Old Trafford bakal menyaksikan kehebatan City 7 April nanti

“Perlawanan menentang Everton di tempat lawan merupakan satu perlawanan yang sukar. Kami sedar mengenai perkara ini. Saya rasa mereka sudah selamat dari penyingkiran liga.”

“Tetapi masih banyak lagi masa sebelum perlawanan tersebut berlangsung. Saya berharap semua pemain berada dalam keadaan terbaik untuk turut serta dalam perlawanan itu.”

Bekas pemain Wolfsburg dan Chelsea ini menyertai Manchester City pada Januari 2015 dengan yuran perpindahan sekitar £50juta.

Sejak dari itu, beliau telah menjadi pemain penting buat The Citizens dan di bawah Pep Guardiola, De Bruyne telah menunjukkan permainan berkelas dunia dan dianggap antara pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Beliau juga telah mencatatkan 11 gol termasuk 19 assists dalam semua pertandingan musim ini dan namanya hangat dikaitkan untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

De Bruyne turut memuji gandingan beliau di bahagian tengah, David Silva yang mencuri perhatian ramai apabila menjaringkan dua gol ketika City menang ke atas Stoke 2-0 Isnin lalu.

“Sebenarnya, saya dan Silva tidak bersaing untuk menjadi pemain yang lebih menonjol. Saya lebih suka jika Silva menjaringkan lebih banyak gol kerana ia akan membantu pasukan.”

Suatu ketika dahulu. Noob Mourinho

“Tetapi semua pemain memainkan peranan masing-masing. Ada hari saya yang menjaringkan gol, dan ada hari giliran Silva pula menjaringkan gol.”

“Sudah tentu saya sangat berpuas hati dengan permainan saya musim ini. Saya dapat rasakan saya bermain dengan baik ketika ini.”

“Saya tidak perlu menjaringkan gol atau assist untuk bermain baik. Saya cuma perlu melakukan perkara yang disuruh jurulatih untuk memenangi perlawanan dan jika kami menang, saya akan berasa gembira.”

“Silva merupakan pemain yang menakjubkan untuk bermain bersama. Beliau adalah pemain yang kurang mendapat penghargaan walaupun beliau memiliki standard permainan yang tinggi.”

BACA:  Bruno Fernandes Dedah Reaksi Maguire Apabila Dia Diumumkan Kapten Baharu MU