De Ge Tempat Ke-7 Dalam Senarai 10 Penjaga Terbaik Oleh France Football

Minggu lalu David De Gea telah muncul sebagai penjaga gol dan juga pemain bola sepak paling sensasi di dunia apabila berjaya membantu Manchester United menewaskan Arsenal dengan aksi 14 penjimatan hebat lagi berbaloi-baloi yang memberi lebih nilai.

Beberapa hari selepas aksi hebat De Gea yang merupakan pemain terbaik Manchester United sejak beberapa tahun lepas, France Football juga penganjur Ballon d’Or telah mengeluarkan senarai 10 penjaga gol terbaik dunia bagi tahun 2017.

Para panel pemilihan telah memberi mata kepada setiap penjaga gol dan selepas kiraan dibuat De Gea berada di tempat ketujuh. Nyata aksi menentang Arsenal bukanlah satu-satunya kriteria yang diambil kira.

Panel yang memilih penjaga gol terbaik ini terdiri daripada bekas penjaga gol handalan dunia iaitu Santiago Canizares, Lionel Letizi, Sepp Maier, Mark Schwarzer dan Francesco Toldo. Tak kenal? Matilanak.

Tempat ke-7

Santiago Canizares satu-satunya panel dari Sepanyol dalam pilihan hatinya meletakkan De Gea di tempat ke-5 berbanding Keylor Navas yang berada di tempat kedua. Senarai pilihan boleh rujuk di bawah.

Secara keseluruhan Navas berada di tempat ke-6 satu tangga di atas De Gea yang menjadi buruan Real Madrid bagi menggantikan beliau dengan mengumpul 5 mata.

Untuk rekod De Gea tidak bermain di Europa League ketika mereka muncul juara. Sergio Romero merupakan penjaga gol Manchester United di Europa League.

Manuel Neuer muncul penjaring gol terbaik dunia dengan 30 mata jauh meninggalkan Gianluigi Buffon di tangga kedua dengan 13 mata. Entah apa kriteria menjadi rujukan mereka.

Buffon telah membawa Juventus memenangi Serie A dan ke Final Champions League berbanding Neuer hanya berjaya memenangi kejuaraan domestik dan agak sugul di Eropah.

Buffon cuba meniru gaya pakar seminar terkenal.

Kesemua panel telah meletakkan Neuer di tangga teratas dalam 5 pilihan yang dibuat mereka sekaligus membolehkan Neuer meraih 30 mata penuh.

Thibaut Courtois, Hugo Lloris dan Jan Oblak juga berada di ranking yang lebih tinggi berbanding Navas yang merupakan juara Champions League, UEFA Super Cup dan La Liga.

10 Penjaga Gol Terbaik France Football

Di bawah merupakan senarai penuh 10 penjaga terbaik pilihan France Football, Neuer unggul dihadapan.

1. Manuel Neuer (Germany dan Bayern Munich) 30 mata
2. Gianluigi Buffon (Italy dan Juventus) 13 mata
3. Thibaut Courtois (Belgium dan Chelsea) 9 mata
4. Hugo Lloris (France dan Tottenham); Jan Oblak (Slovenia dan Atletico Madrid) 7 mata
6. Keylor Navas (Costa Rica dan Real Madrid) 5 mata
7. David de Gea (Spain dan Manchester United) 4 mata
8. Marc-Andre Ter Stegen (Germany dan Barcelona) 3 mata
9. Samir Handanovic (Inter Milan) 2 mata

Cara pemberian mata

Sistem pemberian mata yang digunakan adalah sama dengan Ballon d’Or.

Tempat pertama – 6 mata
Tempat kedua – 4 mata
Tempat ketiga – 3 mata
Tempat keempat – 2 mata
Tempat kelima – 1 mata

Berikut merupakan 5 penjaga gol yang menjadi pilihan hati para panel. Tak puas hati? Buat lah senarai korang sendiri di ruanhan komen.

Santiago Canizares
1. Neuer 2. Navas 3. Courtois 4. Oblak 5. De Gea

Lionel Letizi
1. Neuer 2. Buffon 3. Lloris 4. Ter Stegen 5. Courtois

Sepp Maier
1. Neuer 2. Buffon 3. Oblak 4. Courtois 5. Ter Stegen

Mark Schwarzer
1. Neuer 2. Lloris 3. Courtois 4. Oblak 5. Buffon

Francesco Toldo
1. Neuer 2. Buffon 3. De Gea 4. Handanovic 5. Navas

Baca Juga

Baca Juga