De Gea Malu Dan Kecam Pemain Yang Nak Tinggalkan Manchester United

David De Gea ternyata tidak gembira dengan musim ini bersama dengan Manchester United.

Di mana dia menyifatkan muism ini sebagai musim yang sangat teru buat kelab sehebat Manchester United. De Gea mengakui dia sangat kecewa pada musim ini dan mahu melupakannya.

Manchester United gagal mara ke UCL dan kalah dalam aksi terakhir EPL menentang Crystal Palace. Lebih perit apabila gol tersebut hasil jaringan bekas pemain mereka, Wilfried Zaha.

Sekali lagi Man United gagal menang di dalam aksi liga apabila Cristiano Ronaldo tidak beraksi sebagai kesebelasan utama.

Mujur West Ham turut kalah dalam satu lagi perlawanan untuk membolehkan Man United sekurang kurangnya beraksi di piala kasta kedua Eropah iaitu Liga Europa.

Tidak cukup dengan itu, De Gea turut mengecam sesetengah pemain Manchester United yang nak sangat angkat kaki dan kuat merajuk bila tak diturunkan. Dia meminta pemain pemai seperti ini pergi berambus segera.

Kenyataan itu mirip kepada kenyataan Rangnick sebelum ini bahawa kelab harus mengubah polisi agar tidak memujuk pemain yang mahu pergi kecuali keadaan mendesak.

Menurut Rangnick kelab sebesar United seharusnya tidak merayu para pemain yang tidak ada hati mahu bermain untuk mereka.

Kelab besar seperti United sepatutnya menjadi kelab yang dibanggakan oleh pemainnya. Bukannya mahu meninggalkan mereka.

Keadaan mendesak yang dimaksudkan pula, contohnya situasi Lingard. Di mana mereka terpaksa menghalang Lingard berpindah kerana kekurangan penyerang selepas pemergian Martial dan juga kegagalan kelab mendapatkan pemain baharu.

Beberapa pemain sudah memberikan bayangan bahawa mereka mahu pergi dari Man United.

Antaranya seperti Paul Pogba yang dikaitkan dengan perpindahan semula ke Juventus.

Walaupun ada beberapa nama yang masih tidak memberikan komitmen kepada kelab, De Gea pula sudah menyatakan ikrarnya untuk kekal bersama dengan Manchester United.

Dia berkata: “Saya nak lupakan musim ini dan bersedia 100% untuk musim hadapan.”

“Ianya musim yang sangat teruk [pada musim ini].”

“Kepada yang nak kekal, kamu kekal di kelab ini. Kepada mereka yang nak pergi keluar, berambus sahaja!”

Manchester United akan diuruskan oleh Erik Ten Hag yang akan terus mengambil alih daripada Ralf Rangnick yang sudah tamat tempoh menjadi interim.

Rangnick akan menjadi penasihat pembangunan kelab. Dan dia juga akan bertindak selaku pengurus pasukan kebangsaan Austria.

Rangnick akan masih menjadi watak penting dalam membantu Erik Ten Hag membina pasukannya.

Ten Hag dikatakan tidak akan mengambil cuti beliau, sebaliknya akan terus bekerja dengan segera. Dia turut berada di Selhurst Park untuk menyaksikan aksi pasukan Man United.

Man United akan kehilangan beberapa pemain senior pada musim hadapan termasuk Edinson Cavani, Juan Mata dan Nemanja Matic.

Jesse Lingard juga akan meninggalkan kelab. Dan pemain itu dikaitkan dengan perpindahan ke West Ham.

Lingard antara nama yang dikatakan kecewa kerana gagal berpindah pada pertengahan musim ini selain daripada Dean Henderson.

Malah pada pertengahan musim, dilaporkan lebih 10 orang pemain United mempertimbangkan untuk pergi ke kelab lain.

Anthony Martial antara yang mendesak perpindahan ke Sevilla secara terbuka. Ianya membuatkan United tidak dapat melepaskan Jesse Lingard. Ditambah dengan masalah Mason Greenwood yang ada kes polis.

De Gea akan terus menjadi pemain United pada musim hadapan dan dijangka akan memainkan peranan besar sekali lagi dalam skuad Man United.

BACA:  Europa League 2019/20: LASK 0-5 Manchester United