De Paul Dan Koke Patut Bersyukur Bola Rembatan Casemiro Tidak Mengenai Mereka

Casemiro telah membuktikan yang beliau selayaknya dianggap sebagai pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak, selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bertemu Atletico Madrid.

Casemiro merupakan pemain paling berfungsi ketika Real Madrid bermain dalam perlawanan besar seperti derby atau dalam aksi perlawanan penentu.

Ketika aksi bertemu Atletico Madrid awal pagi tadi, Casemiro telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk bantu Real Madrid mencatatkan kemenangan 2-0.

Beliau mencatatkan statistik yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang 90 minit permainan, dan beliau juga turut dianggap sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Casemiro berjaya mencipta satu peluang, memenangi empat fouls, melakukan empat clearances, melakukan 7 hantaran jauh sempurna, melakukan 78 sentuhan, melakukan tiga pintasan, melakukan satu hadangan yang menyelamatkan gawang gol Madrid dan memenangi lima perebutan bola di udara.

Ia jelas sekali aksi yang sungguh menakjubkan dari Casemiro dan tidak keterlaluan juga untuk menganggap beliaulah punca sebalik kejayaan Real Madrid mencatat kemenangan dalam perlawanan ini.

Modric, Kroos dan Casemiro antara gandingan midfield terhebat dalam dunia bola sepak

Trio midfield Real Madrid yang menggabungkan antara Modric, Kroos dan Casemiro jelas sekali antara gandingan midfield terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Dari 11 perlawanan mereka bermain bersama, trio tersebut berjaya mencatatkan rekod luar biasa menakjubkan dengan mereka tidak pernah tewas atau seri.

Selain berjaya merekodkan 100 peratus kemenangan, trio tersebut juga berjaya membantu Real Madrid memperoleh 27 gol dan gawang Los Blancos juga hanya dibolosi sebanyak lima kali sahaja.

Ia jelas menunjukkan yang ketiga-tiga pemain ini saling melengkapi dan berfungsi dengan baik dalam membantu Real Madrid mencatatkan keputusan yang baik di atas padang.

Mereka cemerlang mendominasi kawasan midfield dengan trio tersebut juga turut mempamerkan aksi yang menakjubkan baik ketika bertahan mahupun menyerang.

Melihat bagaimana mereka membantu Real Madrid mengungguli carta saingan La Liga pada ketika ini, tidak akan mengejutkan andai trio tersebut berjaya membantu Los Blancos untuk memenangi Piala utama pada musim ini.

Casemiro dentum bola ke arah De Paul dan Koke

Ketika aksi Madrid derby yang menemukan Real Madrid dan Atletico Madrid awal pagi tadi, telah berlaku satu insiden yang memperlihatkan bagaimana Casemiro hampir saja menghantar De Paul dan Koke ke hospital terdekat.

Ketika pemain Atletico cuba merampas penguasaan bola dari kawalan Real Madrid, Koke dan Rodrigo De Paul tidak henti-henti menekan Kroos dan Vinicius di tepi padang.

Bola terlepas dari kaki Kroos dan terbias menuju ke zon kosong dengan situasi bola 50/50 untuk dimenangi oleh Koke atau Casemiro yang berlari pantas dari kawasan tengah.

Berbanding mengawal bola terlebih dahulu atau menarik dan menghantar bola ke rakan sepasukan, Casemiro memilih untuk melakukan aksi yang lebih dasyat.

Sambil berlari, beliau terus melepaskan rembatan super padu ke arah Koke dan Rodrigo De Paul dan mujur sahaja bola itu terus keluar dari kawasan permainan tanpa mengenai sesiapa.

Sejujurnya, seandainya bola itu terkena salah seorang dari De Paul atau Koke, sukar untuk membayangkan apa nasib mereka.

Ia kerana bola rembatan dari Casemiro itu terlalu padu dan deras dengan bintang Brazil itu nampak betul-betul lepas geram ketika merembat bola tersebut.

Agak pucat juga muka De Paul dan Koke selepas melihat kelajuan bola rembatan Casemiro dengan bintang Real Madrid itu hanya senyum sinis sahaja melihat wajah De Paul yang sedang terkejut dan takut pada ketika itu.

Real Madrid terus mengungguli carta La Liga

Gol jaringan dari Karim Benzema dan Marco Asensio sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan 2-0 Real Madrid menewaskan Atletico Madrid.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu pada ketika ini berada di kedudukan pertama dalam carta saingan La Liga dengan mengumpul 42 mata dari 17 perlawanan.

Di kedudukan kedua pula merupakan Sevilla yang berjaya mengumpul 34 mata dari 16 perlawanan, kurang lapan mata di belakang Real Madrid, dan memiliki kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.

Atletico Madrid pula berada di kedudukan keempat dalam carta liga selepas mereka mengumpul 29 mata dari 16 perlawanan.

Juara bertahan saingan La Liga musim lalu, Atletico Madrid sepertinya semakin jauh ketinggalan dan sukar untuk mereka kembali mengejar Real Madrid di puncak saingan liga.

Sumber: Twitter

BACA:Β  Casemiro Sah Menjadi Milik Manchester United