Dembele Tidak Berminat Untuk Terima Tawaran Liverpool

Liverpool kini dilaporkan berminat untuk menandatangani Ousmane Dembele dari Barcelona pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Ousmane Dembele merupakan pemain yang agak mudah dan sering mengalami kecederaan. Yang mana rekod kecederaan beliau terlalu banyak dalam beberapa musim terakhir ini.

Wartawan Itali, Gianluca Di Marzio merupakan antara sumber terbaik dalam bidang jendela perpindahan pemain dan menurutnya the Reds telah mengemukakan tawaran untuk mendapatkan pemain Perancis itu.

Berdasarkan sumber dari laporannya itu, Liverpool dilihat berminat untuk menandatangani pemain itu secara pinjaman dengan perjanjian untuk pembelian tetap.

Jurgen Klopp mempunyai perancangan untuk mendapatkan pengganti untuk dua pemain sayap beliau Sadio Mane dan Mo Salah yang akan terlibat dalam pertandingan untuk skuad kebangsaan mereka nanti.

Akan tetapi, menurut Sumber laporan yang sama, Dembele dilaporkan tidak berminat sama sekali untuk ke mana-mana. Beliau komited untuk kekal bersama Barcelona.

Tambahan pula Dembele dikatakan tidak melihat beliau akan mendapat tempat dalam skuad utama Liverpool dengan adanya pemain sedia ada mereka seperti Salah dan Mane.

Harus diakui bahawa Jurgen Klopp mempunyai rekod yang baik dalam kebijaksanaan beliau mendidik dan meningkat bakat pemain muda.

Namun Dembele tidak mempedulikan semua itu kerana menurutnya beliau hanya mahu berdampingan dengan ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi di Nou Camp.

Dembele masih belum dapat menjadi pemain utama secara konsisten di Barcelona. Beliau merupakan seorang pemain yang dibeli dengan nilai perpindahan sebesar£110 juta dari Borussia Dortmund.

Aksi hebatnya tidak boleh dinafikan akan tetapi masalah utama bagi dirinya sendiri juga adalah kekerapan dirinya mengalami kecederaan.

Dembele merupakan pemain yang sangat berbakat dan mampu untuk memiliki perjalanan karier yang sangat cemerlang jika tidak terlibat dengan kecederaan.

Beliau boleh menggunakan kedua-dua kakinya dengan efisien dan memiliki kepantasan serta stamina yang luar biasa hebat.

Dembele sendiri sebenarnya masih mahu berusaha untuk membuktikan dirinya cukup hebat dan layak untuk beraksi bersama pasukan gergasi Sepanyol itu.

Barcelona juga dilaporkan meletakkan nama Dembele untuk dibida dengan harga yang sangat berpatutan untuk mana-mana pasukan yang berminat memerlukan khidmatnya.

Hal ini kerana Barcelona sendiri mahu mencari dana tambahan untuk menandatangani semula sasaran utama mereka Neymar dari PSG.

BACA:  Jurgen Klopp Diminta Untuk Meminta Maaf Atas Komennya Berkait Piala Benua Afrika