Dengan Dua Gol Lagi Jahat Adakah Salah Patut Menerima Nobel Prize Lagi?

Dua jaringan yang sangat fantastik daripada Mohamed Salah telah memberi 3 mata yang berharga dan jika diikutkan Liverpool patut mendapat 30 mata dengan dua jaringan yang sangat luar biasa itu.

Hadiah Nobel lagi untuk Salah? 82 cgol dalam 133 perlawanan.

Liverpool meneruskan aksi Premier League selepas mara ke pusingan 16 terbaik Champions League, Liverpool menentang pasukan tercorot liga, Watford dan tiada masalah untuk 3 mata.

Minggu ini Liverpool sensasi di media dengan pembelian pemain Jepun yang beraksi bersama RB Salzburg, Takumi Minamino, lanjutan kontrak Jurgen Klopp sehingga 2024 dan juga James Milner.

Gol pertama terhasil melalui satu serangan gerak balas sepantas kilat di mana sepakan penjuru Watford mudah dipatahkan oleh Liverpool.

Georginio Wijnaldum berjaya mengeluarkan bola, pemain Watford menanduk lalu bola menemui Roberto Firmino yang mengait bola tinggi kepada Sadio Mane.

Melihat Mohamed Salah melakukan larian pantas, Mane segera melepaskan bola kepada Salah yang macam pelesit laju lariannya. Salah berhenti daripada larian kencang untuk memotong kedalam.

Pemain Watford nyata mati langkah dengan gerakan potong ke dalam Salah dan memberi ruang dan masa untuk Salah melencongkan bola ke penjuru kanan gawang. Cantik dan indah bukan.

Kebijaksaan dan kegeniusan Mohamed Salah nyata tidak dapat dibendung dengan rambutnya mengerbang cantik itu dengan gol kedua yang berpunca daripada hantaran luar kotak Divock Origi.

Ramai menyatakan bahawa Origi cuba melakukan rembatan tetapi meliar dan kelaut. Sebenarnya itulah satu gerakan palsu Origi yang nampak seperti membuat rembatan tetapi menghasilkan satu hantaran.

Satu gol yang bukan biasa-biasa kerana terhasil melalui satu filck yang ringkas lagi bersahaja disusuli nutmeg yang menyaksikan bola melalui dibawah telur Christian Kabasele.

Bola masuk ke gawang tanpa rasa melekit, namun jaringan itu dirujuk kepada VAR dan selepas bersidang VAR menyatakan gol itu sah.

Untuk kepuasan sejati saksikanlah video yang sedikit panjang yang memaparkan dua gol Salah. Gol kedua memang tak boleh bawak bincang.

Ketika gol pertama Salah ini masih lagi terukir dibenak fikiran yang sangan mengagumi jaringan tersebut Salah buat hal lagi dengan gol kedua yang sangat nakal dan jahat.

Pemain daripada Mesir ini juga membuktikan bahawa beliau merupakan pemain penyerang Liverpool yang terbaik jika dibandingkan dua lagi bekas penyerang berbisa Liverpool, Fernando Torres dan Luiz Suarez.

Statistik menunjukkan Salah telah memotong jumlah jaringan yang dilakukan oleh Torres dan Suarez dengan jumlah perlawanan yang kurang berbanding dua pemain itu.

Mohamed Salah menjaringakn 84 gol dalam 126 perlawanan, Luis Suarez telah mencetak 82 gol dalam 133 perlawanan dan Fernando Torres membolosi gawang 81 kali dalam 142 perlawanan.

Ketika zaman Suarez dan Torres pasukan Liverpool tidaklah selengkap seperti yang mereka ada pada hari ini dan jumlah jaringan yang dilakukan Torres atau Suarez tidak membawa Liverpool ke mana-mana pun.

Ketajaman Salah telah membawa Liverpool ke pentas final Champions League dua kali berturut-turut dan meraih kejuaraan ke-6 serta mengumpul 97 mata sebagai naib juara Premier League.

Kini Liverpool berada dilandasana terbaik mereka untuk bergelar juara Premier League buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun dan yang ke-19 berdasarkan catatan sejarah.

Fernando Torres

81 Gol
142 Perlawanan

Luiz Suarez

82 Gol
133 Perlawanan

Mohamed Salah

84 Gol
126 Perlawanan

Baca Juga

Baca Juga