Depay bakal bernasib seperti Di Maria

Bintang baru Manchester United, Memphis Depay mungkin akan menjadi seperti pemain termahal Britain, Angel Di Maria dan juga penyerang Cclombia yang pernah menggegarkan dunia dengan jaringannya, Radamel Falcao.

Di Maria memecahkan rekod pembelian pemain di United Kingdom apabila United membelinya dari Real Madrid pada harga 59.7 juta GBP, namun dijual dengan kerugian 15juta GBP setalah hanya satu musim bersama kelab terbaik England itu setelah mempamerkan prestasi yang terumbang –ambing dan gagal menyesuaikan diri dengan corak permainan di Liga Perdana Inggeris.

DI Maria gagal menjadi pemain utama di United
DI Maria gagal menjadi pemain utama di United

Namun punca utamanya meninggalkan United adalah dikatakan kerana Di Maria gagal memahami konsep dan falsafah jurulatihnya, Louis Van Gaal.

Memphis Depay dikatakan mula menujukkan perangai besar kepala dan angkuh terhadap orang di sekelilingnya dan dia juga mempunyai lifestyle  yang agak diva dan tidak bersesuaian dengan status dan standard pemain bagi kelab Old Trafford itu.

Diva Depay?
Diva Depay?

Ketika era Alex Ferguson, Beckham telah dicantas dan dijual ke Real Madrid kerana Ferguson tidak menyukai gaya hidup ala-ala artisnya setelah mula mempunyai hubungan bersama Posh Spice.

Bagaimanapun, penolong pengurus United merangkap lagenda sepanjang zaman, Ryan Giggs dikatakan telah menegur Memphis dan menawarkan diri untuk menjadi mentor kepada pemain itu untuk mengharungi suasana kehidupan di England dan corak bola sepak liga Inggeris.

Van Gaal dalam satu siding media telah mengatakan setakat ini Depay masih gagal mengikut falsafah bola sepaknya dan jika keadaan berlarutan, kemungkinan Depay akan menjadi seperti Di Maria dan Falcao.

Ketika disoal wartawan apakah nasihat yang akan diberi kepada Depay, Van Gaal menjawab,” Itu aku akan berbincang dengan dia, bukan dengan kau!”

Baca Juga

Baca Juga