Dalam video ini jelas menunjukkan Didier Deschamps menguasai dan mengawal seluruh bilik persalinan dan pemain dengan kuasa penuh dan apa dituturkan diterjemah dalam padang.
Les Bleus telah menjulang Piala Dunia dengan kemenangan 4-2 ke atas Croatia dan dua daripada gol tersebut mencetuskan kontroversi yang nyata memberi kesan besar kepada Croatia.
Pada rehat separuh masuk pertama Deschamps telah memberi taklimat dan analisis ringkas permainan separuh masa pertama dan apa perlu dilakukan pada separuh masa kedua untuk muncul juara.
Bekas Kapten Perancis dengan jelas mengenalpasti ancaman sebenar mereka, Maria Mandzukic yang mampu mengurangkan kelebihan Perancis dan menerangkan kepada pemain Perancis bagaimana mahu mengatasi Mandzukic.
Deschamps berpesan kepada pemainnya supaya memenangi bola dan menghantar kepada ‘key man’ mereka.
“Korang nampak? Mereka menggunakan siku dan badan mereka. Mereka mengadap ke belakang. Dia mengadap ke belakang.”
“Pastikan mereka tidak mengadap gol, maka mereka tidak akan memberi ancaman. Jangan risau berada di depan mereka, kita yang mengawal mereka.”
“Apa mereka lakukan kecuali membuat hantaran demi hantaran dan akhirnya akan mencari Mandzukic.”
“Mandzukic akan menanduk, mendada atau merembat dengan kakinya. Hati-hati dengan Mandzukicb beliau boleh memenangi bola dengan kepalanya.”
“Jangan terlalu statik dan bersedia dengan gerakan beliau, kawal serapat mungkin. fikir-fikirkanlah.”
— SNM (@JackCook95) July 18, 2018
“Korang jangan buat benda ni susah sangat. Mereka datang dengan agresif dan korang boleh lihat tenaga mereka.”
“Main seringkas musim. Bila korang dapat bola hantar bola secepat mungkin kepada kawan terdekat.”
Pesanan ringkas Didier Deschamps kepada pasukannya. Tenang.
“Bagi bola kat Mbappe, Griezmann kau duduk kat bawah sikit bila serangan balas. Pastikan kau ada kat sebelah penyerang. Mereka perlukan kau sebagai pilihan.”
“Korang ada 45 minit! Korang tahu apa seterusnya. Teruskan mendongak. dan tenang.”
“Dapat bola, boom! hantar ke atas!”
— SNM (@JackCook95) July 18, 2018
Kemudian Griezmann menyampuk :
“Hey kawan-kawan. Tenang! Kita masih ada baki perlawanan. Kita boleh buat lebih baik, Tenang, Yakin! yakin!”
Pogba pula menyambung :
“Positif!”
Kemudian Raphael Varne mencuri perhatian dengan menepuk-nepuk meja :
“Jangan nak fikir teruk-teruk pasal positioning. Menatang tu ada dalam kepala kau. Positif dan percayalah.”
“Kita akan menang. 45 minit lagi!”
“Haaa tepuk!”
⚽?️ pic.twitter.com/NMbyjkNtQH
— SNM (@JackCook95) July 18, 2018