Detik Bersejarah Chelsea Dinobatkan Juara dan Menjulang Trofi UCL!

Chelsea telah berjaya mencipta sekali lagi detik bersejarah apabila menjuarai Champions League buat kali kedua dalam tempoh 9 tahun dalam tiga perlawanan akhir.

Dalam tempoh 13 tahun ini Chelsea sudah tiga kali ke final dan kali pertama ke final pada tahun 2008 namun tewas kepada Manchester United. Masa tu Setan Merah menang penalti mungkin sebab tiada De Gea.

Maka nikmatilah dan saksikanlah wahai peminat Chelsea detik piala kejuaraan dijulang diiringi dengan sorakan pemain serta percikan bunga api.

Cesar Azpilicueta selaku ketua pasukan telah menjadi pemain yang dipertanggungjawabkan menerima trofi keagungan Eropah itu dibawah ke pentas dan dijulang bersama rakan-rakan.

Aksi dan detik sama dalam apa jua kejohanan bola sepak buat pemenang namun perasaan bercampur baur sudah pasti tersemat di jiwa penyokong pasukan.

Dan inilah kali pertama Pep Guardiola tewas di perlawanan akhir Champions League.

Manchester City yang pertama kali ke final gagal dan mengikut jejak 7 pasukan lagi yang tewas dalam percubaan pertama mereka bagi abad ke-21.

1. Valencia – 2000
2. Bayer leverkusen – 2002
3. AS Monaco – 2004
4. Arsenal – 2006
5. Chelsea – 2008
6. Tottenham Hotspur – 2019
7. Paris Saint-Germain – 2020
8. Manchester City – 2021

Champion League 2020/21 Final: Manchester City 0-1 Chelsea

Perlawanan akhir kejohanan bola sepak peringkat kelab paling agung di dunia, Champions League telah tiba menemukan dua kelab Premier League, Manchester City menentang Chelsea.

Ini merupakan kali ketiga Chelsea mara ke final Champions League dalam sejarah kelab dan ketika mara ke final Chelsea telah memecat pengurus mereka dipertengahan musim.

Final pertama mereka adalah pada 2018, tewas kepada Manchester United dipenentuan sepakan penalti dan muncul juara pada tahun 2012 menewaskan Bayern Munich dipenentuan sepakan penalti.

Chelsea merupakan satu-satunya kelab dari London yang pernah menjulang trofi Champions League dan menjadikan Chelsea kelab paling berjaya di London.

Selepas berbelanja lebih $1 bilion dalam tempoh 10 tahun dan mencuba dengan beberapa orang pengurus, akhirnya Manchester City berjaya ke final Champions League buat pertama kali dalam sejarah.

Dibawah bimbingan Pep Guardiola yang tidak asing lagi dengan pentas final Champions League, Manchester City akhirnya berjaya selepas revolusi arab.

Manchester City memulakan perlawanan dengan agak agresif dengan permainan menyerang seakan mahu mencari gol seawal mungkin dan huru-hara Chelsea diperlakukan anak buah Pep Guardiola.

Raheem Sterling terlebih dahulu mencuba selepas berjaya lepas perangkap offside dari hantaran lambung Recce James sempat menolak sedikit bola dan Sterling melakukan backheel namun ditepis Eduoard Mendy.

Timo Werner masih lagi Timo Werner yang dikenali seluruh dunia apabila terlepas dua peluang satu dengan misskick dan satu rembatan lemah.

Melepasi 20 minit masa permainan Chelsea sudah boleh mula bernafas dan mengadaptasi dengan serangan dan gerakan dari Manchester City.

Selepas ketenangan dicapai Chelsea, Manchester City mula bergelut untuk menembusi benteng dan bahagian tengah Chelsea yang semakin tersusun.

Chelsea hanya menunggu dan melihat sambil menganalisa ruang dan peluang lalu melakukan serangan balas pantas secara mengejut.

Sekali lagi diulangi Timo Werner masih lagi Timo Werner berbakat tapi tidak berbisa dan gagal lagi melakukan percubaan yang mampu membuatkan orang bersorak.

Akhir serangan balas Chelsea membuahkan hasil apabila Kai Havertz secara solo berjaya lepas dengan hantaran lolos Mason Mount, Edison Moraes mencabar namun gagal.

Kai Havertz mudah memperdaya dan melepasi Ederson dan gawang terhidang luas tanpa kawalan dan satu tolakan mudah sudah cukup meletakkan Chelsea dihadapan.

Entah kenapa pertahanan Manchester City dengan tiba-tiba barai dan berterabur dan Mount bijak mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Ini merupakan gol pertama Kai Havertz di Champions League, dan pemain pertama menjaringkan gol pertama di final sejak Ilkay Gundogan melakukannya pada tahun 2013.

Kai Havertz juga menjadi pemain Jerman paling muda menjaringkan gol di final Champions League pada usia 21 hari 352 hari sejak pemain Borussia Dortmund, Lars Ricken pada 1997 pada usia 20 tahun 322 hari.

Minit ke-43 dua minit sebelum rehat Chelsea 1-0 Manchester City dan kedudukan ini kekal sehingga tamat permainan babak pertama.

Pada minit ke-56 menyaksikan hadangan Antonio Rudiger ke atas Kevin De Bruyne telah menyebabkan permainan terhenti kerana terjadi kecederaan.

Kevin De Bruyne menerima rawatan dan terus dikeluarkan digantikan dengan Gabriel Jesus. Antonio Rudiger dilayangkan kad kuning.

Sejurus permainan bersambung menjerit hampir semua pemain Manchester City meminta penalti selepas bola jelas terkena tangan Reece James.

Pengadil perlawanan, Antonio Miguel Mateu Lahoz dari Sepanyol buat tak tahu dan meneruskan perlawanan.

Akhirnya Timo Werner dikeluarkan pada minit ke-66 dari terus memalukan diri sendiri, Christian Pulisic dimasukkan.

Cesar Azpilicueta telah melakukan satu potongan yang sangat penting mengeluarkan hantaran maut Riyad Mahrez betul-betul dihadapan muka Mendy.

Christian Pulisic hampir sahaja menggandakan kedudukan namun beliau telah hilang keseimbangan badan ketika membuat percubaan.

Sergio Aguero masuk menggantikan Raheem Sterling dan ketiadaan Kevin De Bruyne menyaksikan Manchester City agak bergelut.

Kerana kecederaan Kevin De Bryune masa kecederaan tujuh minit telah diberikan dan harapan Manchester City masih ada namun Chelsea kental bertahan.

Tiada apa yang mampu dilakukan Manchester City dan kedudukan 1-0 berpihak kepada Chelsea kekal hingga wisel penamat.

Chelsea meraih gelaran juara Champions League buat kali kedua dalam tiga kali final dalam tempoh 13 tahun.

Manchester City: Ederson, Walker, Dias, Stones, Zinchenko, Gundogan, De Bruyne, Bernardo, Mahrez, Sterling, Foden.

Subs: Steffen, Carson, Ake, Jesus, Aguero, Laporte, Rodrigo, Torres, Mendy, Fernandinho, Cancelo, Garcia.

Chelsea: Mendy, James, Thiago Silva, Rudiger, Azpilicueta, Kante, Jorginho, Chilwell, Mount, Havertz, Werner.

Subs: Arrizabalaga, Alonso, Christensen, Pulisic, Caballero, Zouma, Kovacic, Giroud, Hudson-Odoi, Ziyech, Gilmour, Emerson Palmieri.

Referee: Antonio Miguel Mateu Lahoz (Valencia).

BACA:  FA Cup 2019/20:  Chelsea Tak Berpeluh Singkirkan Juara Dunia