Detik Bersejarah Faiz Subri Di Pentas Bola Sepak Dunia

Detik bersejarah dalam bola sepak Malaysia apabila Faiz Subri dinobatkan sebagai pemenang Puskas Award yang merupakan anugerah tertinggi di pentas bola sepak dunia. Nak harapkan Malaysia ke Piala Dunia, Piala Asia pun tenat tetapi sudah pasti ada cahaya di hujung terowong terutama di waktu siang.

Hasil undian datuk, nenek, pakcik makcik, abang, adik, kakak termasuklah penulis serta seluruh rakyat Malaysia Faiz Subri akhirnya berjaya. Ada segelintir yang mempersoalkan pemakaian baju Melayu dan ucapan dalam bahasa Inggeris Faiz Subri dan menjadikannya sebagai satu isu. Persetankan mereka.

Malah ada yang menggelarkan diri mereka pakar dalam bola sepak mempersendakan mereka yang tidak meminati bola sepak tetapi mula mengambil tahu selepas Faiz Subri tercalon. Faiz Subri menjadi isu nasional sudah tentu akan menjadi bualan ramai kenapa perlu mempersendakan orang lain? Babikan saja mereka itu kekononnya mahu mengubah bola sepak negara.

Kejayaan Faiz Subri memberi satu harapan, kebanggaan, kegembiraan. Ramai berjaga malam bersengkang mata semata-mata mahu melihat kejayaan Faiz Subri perasaan yang hampir sama ketika Malaysia meraih 4 pingat perak di Olimpik tahun lalu.

Sebelum aku melalut tidak tentu kalu adalah baik kita melihat kembali detik dan ketika Faiz Subri diumumkan sebagai pemenang oleh Lagenda bola sepak Ronaldo yang sihat dan hayatilah video ucapan Faiz Subri.

Walaupun sudah dijangka menang Faiz tetap terkejut dengan kemenangan ini dan gugup untuk memberi ucapan. Dan beliau telah memuat naik ucapan asalnya di dalam telefon di laman twitternya.

Selepas majlis tamat Faiz Subri sekali lagi ditemuramah oleh wartawan untuk menceritakan perasaan beliau serta bagaimana sepakan itu dilakukan dan kali ini beliau menjawab dalam bahasa Melayu di mana Datuk Affandi Hamzah yang merupakan bapa mertua Fadli Shas menjadi penterjemah.

Tahniah Faiz Subri dari kami di The Sukan

Video Penuh Untuk Puskas Award

Kami bawakan kepada anda video penuh untuk anugerah Puskas sahaja untuk kenangan di masa hadapan.

Baca Juga

Baca Juga