Detik Genius Messi Dikepung 7 Pemain, Berjaya Lolos Hasilkan Gol

Pemain bola sepak paling ajaib di muka bumi ketika ini, Lionel Messi telah mencetuskan satu detik yang sungguh genius lagi menakjubkan apabila berjaya lepas ketika dikepung pemain Uruguay.

Lebih menakjubkan tekanan dari tujuh pemain Uruguay itu tidak dapat menghalang dari Lionel Messi daripada meloloskan diri dan merencanakan gol ketiga perlawanan.

Lionel Messi menerima bola dalam kawasan kotak penalti yang dipenuhi oleh pemain Uruguay dan berundur ke belakang untuk mengambil bola hasil hantaran lintang.

Seramai tujuh pemain Uruguay cuba untuk menghalang Lionel Messi dari melakukan keajaiban lagi namun Messi memilih untuk berundur sambil diterpa pemain Uruguay.

Messi yang mempunyai visi yang setajam mata helang pantas menghidu larian yang dilakukan oleh Giovani Lo Celso disebelah kanan padang.

Satu hantaran terus dilakukan Messi kepada Giovani Lo Celso yang menghantar kembali bola ke dalam kotak penalti mencari Lautaro Martinez yang melakukana satu tolakan mudah.

Lionel Messi telah meletakkan Argentina dihadapan dengan gol pembukaan pada separuh masa pertama dalam perlawanan menentang Uruguay di kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 bagi zon Amerika Selatan.

Gol pertama Lionel Messi itu sungguh jahat dan penuh bersahaja dengan melambungkan bola menggunakan bahagian luar kasut namun bola itu nyata mengelirukan.

Penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera nyata terpedaya apabila cuba menerpa namun bola jatuh ke tanah lalu melantun ke gawang terbuka.

Ini merupakan gol ke-80 Lionel Messi untuk La Albiceleste dan menobatkan Lionel Messi sebagai pemain Amerika Selatan pertama menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan.

Rodrigo De Paul menggandakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama selepas menolak masuk miskick daripada Lautaro Martinez. Kegagalan Lautaro Martinez melakukan rembatan telah bertukar menjadi bantuan gol.

Selepas 10 perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 bagi zon Amerika Selatan, Argentina berada ditangga kedua dengan 22 mata selepas mencatatkan 6 kemenangan dan 4 seri.

Uruguay yang telah bermain 11 perlawanan pula ditangga keempat denga n16 mata selepas mencatatkan 4 seri, 4 menang dan 3 kekalah.

Brazil kini mengemudi carta kelayakan dengan 28 mata selepas mencatatkan 9 kemenangan dan satu seri.

Nikmatilah rangkuman aksi solo, Lionel Messi ketika menentang Uruguay.

Lionel Messi yang merupakan pemenang Ballon d’Or 2019 dan pemenang enam kali anugerah berprestij itu sekali lagi tercalon dalam senarai 30 pemain terbaik Ballon d’Or 2021.

Pemain berusia 34 tahun itu dianggap calon kegemaran untuk memenangi anugerah Ballon D’or ketujuh peribadinya pada tahun ini, selepas mengharungi musim yang menakjubkan pada musim lalu.

Walau Barcelona berada di tahap yang sangat teruk, namun Messi tetap cemerlang mencatatkan rekod jaringan yang menakjubkan ketika musim terakhirnya di Nou Camp pada musim lalu.

Di pentas bola sepak antarabangsa pula, Messi berjaya mengetuai Argentina untuk menamatkan kemarau kejuaraan mereka dengan memenangi gelaran Copa America pada musim panas lalu.

Beliau turut menyapu bersih semua anugerah peribadi yang dipertandingkan dalam pertandingan tersebut, seterusnya menjadi nadi penting sebalik kejayaan Argentina muncul sebagai Juara.

Walau bagaimanapun, pemenang anugerah Ballon D’or pada tahun 2019 itu turut sedar yang beliau pada tahun ini berdepan dengan cabaran yang lebih sukar lagi.

Beliau memilih Neymar dan Mbappe sebagai dua pemain yang beliau rasakan akan memberi saingan sengit padanya untuk memenangi anugerah berprestij itu.

Selain dua rakan sepasukannya itu, Messi turut memilih Robert Lewandowski dan Karim Benzema sebagai dua lagi calon yang boleh memenangi anugerah tersebut selain beliau.

“Dalam pasukan saya, ada dua pemain yang dengan mudah akan saya undi, Neymar dan Kylian Mbappe.” Jelas Messi kepada France Football.

“Kemudian, Robert Lewandowski, yang telah melalui karier yang sungguh menakjubkan dan Karim Benzema yang juga sedang berprestasi cemerlang.”

Dicipta oleh penulis, Gabriel Hanot pada tahun 1956, anugerah Ballon D’or telah diberikan kepada para pemain terbaik dalam dunia bola sepak setiap tahun.

Penulis sukan, jurulatih dan ketua pasukan kebangsaan kesemuanya diberi peluang untuk mengundi. Dengan pemenang pada tahun ini akan diumumkan pada 29 November nanti di Theatre du Chatelet, Paris.

BACA:  Teori Konspirasi: Messi Sudah Ditakdirkan Akan Menjulang Piala Dunia 2022