Detik Menyentuh Hati Tatkala Neymar Mengucapkan Tahniah Kepada Messi

Pemain terbaik dunia, Lionel Messi akhirnya telah berjaya membawa piala pulang ke Buenos Aires selepas dia membantu pasukan Argentina muncul juara Copa America, menewaskan Brazil 1-0 di perlawanan akhir pagi tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Angel di Maria pada separuh masa pertama sekaligus menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan ini.

Pada separuh masa kedua, Brazil cuba bermati-matian untuk menembusi gol Argentina yang dijaga oleh Emiliano Martinez, namun gagal. Peluang terbaik Brazil hanya hadir pada lewat separuh masa kedua apabila rembatan Gabriel Barbosa dalam kotak penalti lawan berjaya ditampan Martinez.

Kedudukan kekal sehingga wisel penamat ditiup, sekaligus membawa kepada sorakan dan sambutan para pemain dan pegawai pasukan Argentina.

Ini adalah kejuaraan utama pertama pasukan Argentina sejak kali terakhir melakukannya dalam Copa America edisi 1993 ketika mereka menewaskan Mexico 2-1, hasil daripada dua gol sumbangan penyerang berbisa, Gabriel Batistuta.

Bagi Messi pula, kejayaan akhirnya muncul tiba selepas tiga kali dia terlibat dalam perlawanan akhir Copa America, selepas tewas kepada Brazil sekali dan tumbang kepada Chile pada tahun 2015 dan 2016.

Selepas wisel penamat ditiup, seluruh pasukan meluru dan berlari ke arah Messi untuk menyambut bersama. Mereka mengangkat dan menjulang Messi โ€“ jelas satu detik yang sangat istimewa buat mereka semua.

Pun begitu, bukan pemain Argentina sahaja yang datang mencucapkan tahniah, malah bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Neymar turut hadir memberikan ucapan tahniah kepada kapten Argentina ini dan kedua-dua pemain ini dilihat saling berpeluk erat untuk tempoh yang lama.

Tindakan Neymar ini dipuji ramai kerana bersikap professional dan menunjukkan bahawa dia adalah kawan yang sejati.

Seorang pengguna Twitter telah menciap;

โ€œTabik hormat ke Neymar! Messi sudah berada di posisi tersebut empat kali! Terbaiknya adalah mereka tetap bangkit selepas jatuh berkali-kali. Perlawanan yang baik buat Brazil dalam 90 minit yang gila! Dan Neymar, kau ada banyak tahun lagi depan kau!โ€

Detik pelukan yang lama tersebut ternyata sangat menyentuh perasaan, memandangkan dia sedang bersedih, dan masih belum berjaya memenangi sesuatu buat negaranya juga.

Pada tahun 2014 ketika kempen Piala Dunia, Neymar mengalami kecederaan di bahagian belakang badan pada suku akhir lantas menghalangnya daripada beraksi di separuh akhir โ€“ perlawanan yang menyaksikan Brazil dimalukan Jerman 7-1.

Brazil bagaimanapun berjaya memenangi Copa America dua tahun lalu di tanah air sendiri namun sekali lagi kecederaan telah menghalang Neymar daripada beraksi dan dia terlepas keseluruhan kejohanan.

Memang Neymar memenangi pingat emas Sukan Olimpik bersama Brazil pada tahun 2014, di laman sendiri tetapi kemenangan itu tidak diiktiraf sebagai kejohanan utama kerana syarat pertandingan yang menentapkan hanya pemain bawah 23 tahun dibenarkan bermain.

Sama seperti Neymar, satu-satunya kejuaraan yang dimenangi Messi bersama Argentina sebelum ini adalah pingat emas Olimpik, tetapi segalanya telah berubah pada hari ini.

Kejayaan Messi ini ternyata meningkatkan lagi peluangnya untuk merangkul anugerah Ballon dโ€™Or pada tahun ini selepas tampil sebagai penjaring terbanyak La Liga, meskipun pasukannya gagal muncul sebagai juara.

Prestasi Messi di sepanjang kejohanan ini wajar dipuji kerana dia sebenarnya tidak mewakili mana-mana kelab buat masa ini selepas kontraknya bersama Barcelona tamat pada hujung Jun lalu.

Walaupun Barcelona sudah membawa masuk pemain baharu, kelab tersebut berdepan krisis kewangan yang teruk dan dikatakan tidak boleh mendaftar para pemain baru yang dibawa masuk tersebut.

Lebih teruk lagi, krisis kewangan tersebut juga boleh menyebabkan Barcelona tidak dapat memberi kontrak baharu buat Messi.

Jika krisis duit ini tidak dapat diselesaikan dalam kadar segera, mungkin kita akan menyaksikan Messi menyarung jersi kelab lain, selain Barcelona. Manchester United misalnya.

Sumber : SB

BACA:ย  Jurulatih Pertama Messi Mengalirkan Air Mata Teringat Aksi Pertama Messi