Detik Menyentuh Perasaan Selepas Pemain Denmark Sedar Mereka Layak ke Pusingan Kalah Mati

Sebelum bermulanya perlawanan terakhir kumpulan B menentang Russia, Denmark berada di tangga terbawah kumpulan selepas dua kali tewas berturut-turut kepada Finland dan Belgium.

Tetapi anak buah Kasper Hjulmand membawa semangat melawan yang tinggi daripada perlwanan ketika mereka tewas 2-1 di tangan Belgium dan menampilkan permainan yang cukup bertenaga sehingga berjaya menewaskan Russia 4-1 di Copenhagen.

Mikkel Damsgaard membuka jaringan menjelang waktu rehat pada minit ke-38, selepas melakukan satu sepakan lencongan cantik tepat ke penjuru gol Russia.

Gol tersebut ternyata menjadi pemangkin kepada semangat pemain Denmark yang diiringi oleh laungan penyokong di segenap penjuru stadium.

Pada separuh masa kedua, Yussuf Poulsen menggandakan kedudukan buat Denmark hasil sedekah daripada pemain Russia yang menghantar bola kepada penjaga gol tanpa menyedari Yussuf sedang menanti.

Sebaik mendapat bola, Yussuf dengan tenang menanti pergerakan penjaga gol sebelum menolak mudah bola ke dalam gol lawan.

Pada minit ke-70, jantung seluruh warga Denmark berhenti berdegup seketika apabila Artem Dzyuba menjaringkan gol buat Russia menerusi sepakan penalti, dan risaukan kebangkita di minit-minit akhir oleh Russia.

Namun cubaan Russia untuk cuba mengubah keputusan perlawanan terhenti pada minit ke-79 apabila pemain pertahanan, Andreas Christensen menjaringkan yang paling padu dan meletup dalam kempen Euro 2020 setakat ini.

Gol bermula daripada gerakan di sebelah kiri Denmark yang membawa kepada lencongan bola ke tengah kotak penalti Russia, sebelum Martin Braithwaite menanduk ke gawang lawan.

Tandukan tersebut menyebabkan terjadinya situasi kelam kabut di hadapan gol Russia dan memaksa pemain Russia melakukan satu clearance yang lemah ke luar kotak penalti.

Secara tiba-tiba, entah dari mana datangnya Christensen tiba dan dia telah merembat sekuat hatinya dengan teknik yang betul lantas menyebabkan bola meluru bagaikan peluru dan lalu di sebelah 5 pemain Russia sebelum menerjah jaring gol.

Gol yang paling padu setakat ini.

Ketika meraikan golnya, Christensen berulang kali memukul lambang pasukan bola sepak negara di dadanya dengan penuh perasaan, menunjukkan betapa bangganya dia ketika itu, sekaligus menjadi bukti bahawa dia betul-betul bermain demi lencana di dada.

Bukan macam pemain Zimbabwe tu. Gol pun dari penalti lepas tu raikan gol dengan cara meletakkan jari telunjuk di mulut. Dia suruh siapa entah diam. Entah pape, kan?

Pada minit ke-82, Joakim Maehle melengkapkan malam gemilang buat Denmark apabila menjaringkan hasil gerakan serangan balas yang pantas dari depan pintu gol mereka sendiri.

Pada ketika itu, para pemain dan pegawai Denmark masih belum mengetahui keputusan perlawanan antara Belgium dan Finland di Moscow.

Selepas wisel penamat ditiup di Copenhagen, pada pemain dan jurulatih pasukan Denmark kekal berada di padang sambil menanti keputusan perlawanan Belgium dan Finland.

Mereka berkumpul di bulatan tengah padang sambil berganding bahu membuat bulatan, sambil kamera memfokuskan kepada seorang staf mereka yang memeriksa keputusan satu lagi perlawanan di LiveScore.

Apabila staf tersebut refresh applikasi tersebut dan menunjukkan wisel penamat di Moscow telah ditiup, mereka melompat dan bersorak tanda gembira berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Detik ini boleh dikatakan cukup menyentuh perasaan di mana pasukan ini telah melalui detik menakutkan dalam perlawanan pertama mereka.

Dalam perlawanan tersebut, Christian Eriksen telah mengalami serangan jantung dan tiba-tiba tumbang di padang dan dia sebenarnya telah disahkan telah ‘meninggal dunia’ selama beberapa minit sebelum kembali disedarkan semula oleh petugas perubatan.

Selepas perlawanan semalam, Hjulmand memuji persembahan anak buahnya yang berjaya mencipta malam yang penuh magis di tanah air sendiri.

“Motivasi, semangat pasukan, keakraban antara pemain sangatlah power,” kata pengurus Denmark tersebut.

“Kami dah main tiga perlawanan di peringkat tertinggi dan kalau ada yang berhak, tentulah pemain kami.

“Saya tak terbayang macam mana mereka boleh bangkit selepas apa yang mereka lalui. Jadi pujian yang tinggi kepada para pemain dan terima kasih di atas sokongan yang kami terima dari seluruh Denmark.

“Suka untuk saya ungkapkan bahawa pasukan dan semangat pasukan yang kami ada dan sumbangan daripada semua pihak sangatlah menakjubkan.

“Susah nak cakap apa yang pasukan ni dah lalui selama empat minggu. Kami fikir pasal Eriksen je sepanjang masa.”

Dalam pusingan 16-pasukan nanti, Denmark akan bertemu Wales dan perlawanan dijangka menarik dengan corak permainan kedua-dua pasukan.

Berita : GMS

BACA:  Ejen Christian Eriksen Gembira Pemainnya Dikaitkan Dengan Manchester United