Detik Penuh Beremosi Suarez Nyata Meruntun Jiwa

Luis Suarez telah mencetuskan detik penuh hiba lagi beremosi selepas berjaya menjadi wira terbilang membawa Atletico Madrid menjulang kejuaraan La Liga buat kali ke-11 dalam sejarah kelab.

Ketinggalan dengan gol awal Real Valladolid hasil jaringan Oscar Plano, Atletico Madrid bangkit mengejar dengan Angel Correa mencetuskan semangat kebangkitan melalui gol penyamaan.

Luis Suarez menjaringkan gol kemenangan memastikan tiga mata berharga dikutip dengan mengesahkan kemenangan mengecewakan juara bertahan Real Madrid.

Stadium Jose Zorrilla menyaksikan detik bersejarah lagi dramatik dicipta oleh anak-anak buah Diego Simeone.

Sejurus selepas tamat perlawanan video rakaman saat penuh emosi Luis Suarez telah tersebar yang nyata meruntun jiwa mereka yang melihatnya.

Luis Suarez menitiskan air mata kegembiraan ketika membuat oangggilan video dengan keluarganya, Suarez seperti hilang kata kata, terduduk di tengah padang sambil mengesat air matanya yang mengalir.

Luis Suarez mengalami permulaan musim 2020/21 dengan penuh tragik apabila disampahkan lalu dibuang begitu sahaja oleh Barcelona dengan alasan beliau sudah terlalu tua.

Diego Simeone dan Ateltico Madrid masih percaya kepada kehebatan Luis Suarez dan segera menawarkan kontrak untuk mendapatkan Suarez secara percuma. Dah hasilnya lumayan.

Kepercayaan Ateltico Madrid kepada dibalas Luis Suarez dengan aksi dipadang bukannya diranjang dengan menjaringkan 21 gol musim ini untuk Atletico.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Suarez masih lagi terluka dengan Barcelona dan nyata luka itu akan membengkak selama-lamanya. Suarez berkata:

“Barcelona tidak menghargai aku, dan Atletico Madrid membuka pintu untuk aku.”

“Aku akan sentiasa berterima kasih kepada kelab ini kerana mempercayai aku.”

Luis Suarez pasti akan dikenang sebagai legenda Barcelona walau dihina dan juga akan disebut sebagai legenda Atletico Madrid pada masa yang sama.

Suarez telah membantu menyempurnakan impian peminat Atletico dan Simeone menjadi kenyataan sekali lagi selepas kejuaraan terakhir mereka pada 2014 yang juga hadir pada hari terakhir.

Kerisauan dan kebimbingan Lionel Messi akan perbuatan Barcelona melepaskan Suarez kepada pihak lawan dengan begitu sahaja nyata menjadi kenyataan sebagai mana impian peminat Atletico Madrid.

Sebelum pergi, Suarez telah menjaringkan 195 gol untuk Barcelona, bermain 283 perlawanan, 113 assist dan 13 trofi. Beliau menjadi penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah Barcelona.

Lionel Messi walaupun menjadi pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman, sedar akan kehebatan Suarez yang sudah lama berganding bersama beliau.

Selepas Suarez dilepaskan Barcelona, Messi menganggap itu satu keputusan yang silap dan akan memakan diri dan ternyata itu benar.

“Perkara yang gila adalah mereka menjual Luis Suarez secara percuma ke kelab yang bersaing dalam satu pertandingan liga dengan kami.”

Semuanya sudah tertulis dan semuanya sudah terjadi, Luis Suarez dan Atletico Madrid kini sah bergelar juara.

Gol Suarez Julang Ateltico Sebagai Juara

Kehangatan dan kegilaan yang nyata La Liga musim ini apabila kejuaraan hanya dapat disahkan pada hari dan perlawanan terakhir liga bagi menentukan siapa bakal bergelar juara.

Mampukah Real Madrid mempertahankan kejuaraan atau Atletico Madrid muncul juara selepas kali terakhir bergelar juara pada tahun 2014 yang juga ditentukan pada hari terakhir.

Pada musim 2013/14 itu kejuaraan ditentukan antara Atletico Madrid dan Barcelona dan perlawanan berlangsung di Camp Nou pula. Lagi dramatik.

Walaupun mendahului tiga mata, Atletico Madrid memerlukan sekurang-kurangnya seri atau menang untuk muncul juara.

La Liga menggunakan peraturan ‘head to head’ sebagai tie breaker bukannya kelebihan jaringan gol seperti liga yang lain. Sama macam Itali.

Alexis Sanchez meletakkan Barcelona di depan namun Diego Godin menjadi wira menyamakan kedudukan dengan satu sundulan dan mengikat perlawanan hingga tamat permainan.

Namun kejuaraan Atletico Madrid musim ini juga boleh tahan dramatiknya bermula pada perlawanan ke-37 di mana jaringan lewat permainan Luiz Suarez memberi kelebihan besar kepada Atletico.

Turun perlawanan ke-38 menentang Real Valladolid yang mahu terus kekal di La Liga, Atletico Madrid mempunyai kelebihan dua mata di depan, mata yang disumbangkan oleh Luiz Suarez.

Ronaldo fenomena yang menjadi pemilik Valladolid telah menawarkan bonus wang tunai €150,000 ataupun RM757k seorang jika mereka berjaya menang ke atas Atletico dalam aksi terakhir.

Ronaldo bermain dengan Real Madrid dari tahun 2002 ke 2007. Jadi beliau pastinya akan menjadi wira Real Madrid sekali lagi jika berjaya membantu kelabnya menjadi juara pada hari terakhir La Liga.

Tetapi Ronaldo menafikan bahawa itu adalah misi utama mereka. Sebaliknya misi utama mereka adalah untuk menang dan mengelakkan penyingkiran pada hari terakhir.

Keinginan Real Valladolid untuk menang dan kekal di La Liga jelas apabila bermain dengan penuh semangat dan mendahului pada minit ke-8 hasil jaringan Oscar Plano.

Hantaran Marcos de Sousa yang cantik berjaya mencari Oscar Plano yang melakukan larian solo dari tengah padang walaupun sentuhan pertamanya agak dahsyat bola berjaya dikawal kembali disusuli penyudah yang tenang.

Hanya sentuhan penyudah dan kegopohan menjadi penghalang Real Valladolid untuk terus menggandakan kedudukan walaupun menguasai perlawnan.

Angel Correa menyamakan kedudukan pada separuh masas kedua dengan satu rembatan leret dan deras menutmeg pemain Real Valladolid dengan bergaya.

Gol Angel Correa ternyata menjadi pemangkin semangat kebangkitan Atletico Madrid yang kembali bermain dengan kemas selepas sejam menampilkan aksi longlai.

Ketika gol Angel Correa dijaringkan, Karim Benzema juga menjaringkan gol penyamaan untuk Real Madrid yang juga ketinggalan namun jaringan Benzema dibatalkan kerana offside.

Luis Suarez sekali muncul wira Atletico Madrid apabila menjaringkan gol kemenangan melalui gerakan solo selepas pemain Real Valladolid membuat hantaran kebelakang.

Bola tepat kepada Suarez yang terus memecut untuk gol kemenangan yang mengesahkan kejuaraan La Liga ke-11 Atletico Madrid.

Suarez memanipulasi kesilapan lawan yang tersilap hantaran ke belakang dan kemudian melakukan leretan yang kemas menewaskan penjaga gol.

Real Madrid berjaya bangkit menewaskan Villareal namun keputusan itu tidak penting kerana Atletico Madrid juga telah mencatatkan kemenangan.

Real Valladolid gagal meraih wang €150,000, jika menang sekalipun mereka tetap akan turun ke liga bawahan keran Elche mencatatkan kemenangan dan Huesca pula seri.

Tapi kalau menang walaupun tersingkir kurang-kuran dapat €150,000 seorang.

Sejak 2005 sehingga 2021 hanya satu pasukan sebelum ini menjadi juara selain daripada Real Madrid dan Barca iaitu Atletico pada musim 2013/14 dan musim 2020/21.

Starting line-up: Masip, Janko, Olivas, El Yamiq, Olaza, Plano, San Emeterio, Mesa, Villa, Weissman, Marcos André

Substitutes: Samu Pérez, Luis Pérez, Joaquín, Sánchez, Nacho, Hervías, Kike Pérez, Míchel, Jota, Waldo, Guardiola

Starting line-up: Oblak, Trippier, Felipe, Giménez, Hermoso, Llorente, Koke, Saúl, Carrasco, Correa, Suárez

Substitutes: Grbic, Lodi, Vrsaljko, Kondogbia, Torreira, Herrera, Vitolo, Joao Félix, Dembélé

Suarez Hero Comeback Atletico

Juara liga Sepanyol, La Liga masih lagi belum menemui titik noktah untuk mencari siapa akan bergelar juara bagi musim 2020/21 selepas 37 perlawanan telah pun dilalui.

Persaingan sengit antara pendahulu ketika ini, Atletico Madrid, penyandang juara, Real Madrid dan Barcelona telah berlangsung dan ketiga-tiga pasukan ini saling kehilangan mata.

Dengan berbaki satu lagi perlawanan, Barcelona telah pun terciduk dan tiada harapan lagi untuk bergelar juara selepas tewas dengan aksi kebangkitan Celta Vigo.

Atletico Madrid juga hampir kehilangan mata namun berjaya melakukan kebangkitan dengan gol kemenangan hadir melalui Luiz Suarez dipenghujung perlawanan.

Osasuna hampir saja mencuri satu mata daripada Atletico Madrid selepas berjaya mengikat pasukan bimbingan Diego Simeone pada separuh masa pertama.

Luiz Suarez telah terlepas peluang keemasan apabila percubaannya telah terkena tiang dan bola situasi 1 vs 1 berjaya diselamatkan.

Pada minit ke-59 Stefan Savic telah meletakkan Atletico Madrid di depan namun jaringan itu telah dibatalkan.

Memasuki fasa akhir permainan Osasuna mendahului pada minit ke-75 melalui jaringan Ante Budimir melalui satu sundulan tajam yang diselamatkan di dalam gawang.

Renan Lodi menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian dengan satu rembatan deras di depan muka penjaga gol Osasuna.

Ketik perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri Luiz Suarez muncul wira dengan gol kemenangan.

Barcelona telah tersingkir daripada perebutan gelaran La Liga musim ini selepas tewas 2-1 kepada Celta Vigo di laman keramat mereka, Camp Nou.

Barcelona bermula penuh bergaya dengan jaringan pembukaan Lionel Messi pada minit ke-28 melalui tandukan menyudahkan umpanan Sergio Busquets.

Namun gol itu hanya kekal 10 minit sahaja apabila Santi Mina menyamakan kedudukan dengan rembatan yang membuatkan Marc-Andre ter Stegen menjadi tugu.

Santi Mina terus menjadi duri dalam daging Barcelona apabila menjaringkan gol kemenangan Celta Viga di penghujung perlawanan dengan rembatan jarak dekat.

Kemenangan tipis Real Madrid ke atas kelab anak jati, Athletic Bilbao hasil jaringan Nacho Fernandez sudah cukup untuk terus mengheret kejuaraan ditentukan pada hari terakhir.

Dua pasukan dari bandar Madrid akan menentukan siapa yang bakal bergelar juara dengan Atletico Madrid mempunyai kelebihan dua mata.

Pada perlawanan terakhir Real Madrid akan bertemu Villareal dan Real Valladolid menanti kunjungan Atletico Madrid. Zinedine Zidane perlu mengharapkan kekalahan pasukan Diego Simeone untuk bergelar juara.

Real Valladolid pasti berhabisan untuk menang kerana mereka kemenangan akan memberi peluang kepada mereka untuk terus kekal di La Liga.

Saingan peringkat bawahan juga sengit dan pasukan yang bakal tersingkir juga belum dapat disahkan lagi setakat ini dan hanya Eibar yang yang sudah mengesahkan penyingkiran.

Suarez Yang Terbuang Bakal Bergelar Juara?

Luiz Suarez telah ditendang dan dibuang oleh Barcelona dan alasan yang diberikan Ronald Koeman ketika Suarez dibakul sampahkan adalah pemain itu sudah terlalu tua. Macam la Messi tu muda.

Selepas itu bermulalah kisah hidup Suarez sebagai pemain gelandangan yang mahu mencari kelab baru dan ini terjadi disebabkan kekalahan 8-2 kepada Bayern Munich.

Juventus menyatakan minat mendapatkan Suarez tetapi oleh kerana kuota pemain import Old Lady sudah penuh maka Suarez perlu mendapatkan pasport Italy.

Nasib menyebelahi Suarez apabila isterinya merupakan warganegara Italy dan Suarez layak untuk memohon tetapi perlu menjalani ujian Bahasa Italy (B1 Italian language exam) untuk mendapatkan kewarganeraan.

Luis Suarez telah lulus ujian bahasa Italy yang dijalankan di Universiti Perugia tetapi langit tidak selalu cerah dan malam tidak selalu gelap.

Suarez tetap Suarez Media Italy, Repubblica dan Ansa melaporkan bahawa pemain penyerang itu dituduh menipu berikutan kerana terdapat dakwaan ada ‘penyelewengan’ di mana Suarez mendapat soalan lebih awal dan sudah pasti sudah tahu jawapan.

Pada ketika itu mustahil untuk Suarez meneruskan kariernya di Italy dan Suarez akan berdepan masalah besar jika pertuduhan yang dibuat itu adalah benar dan drama berterusan.

Atletico Madrid telah membuka pintu kepada Luis Suarez namun Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu dilaporkan telah menyekat hasrat Suarez untuk bersama Diego Simeone.

Atletico Madrid menandatangani Suarez secara percuma dan sanggup membayar bonus sekitar €4-6 juta euro kepada Barcelona yang pelahap dan kejam.

Kini Suarez cemerlang seperti biasa bersama Atletico dan hanya selangkah lagi untuk membawa Atletico Madrid bergelar juara La Liga di kala Barcelona telah terciduk.

Dengan alasan terlalu tua dan bersatu bersama Diego Simeone dengan harga €7 juta, Suarez telah menjaringkan 20 gol di La Liga.

BACA:  Suarez Disampahkan Barcelona Kini Julang Atletico Bergelar Juara