Pertembungan antara Liverpool dan Tottenham Hotspur awal pagi tadi dianggap antara aksi ‘Game of The Season’ oleh para peminat selepas kedua-dua pasukan mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.
Aura penyokong di Tottenham Hotspur Stadium juga memainkan peranan penting dengan para penonton berjaya menghangatkan lagi aksi dalam perlawanan ini.
Tottenham Hotspur sudah berehat sejak beberapa minggu lalu selepas kesemua perlawanan mereka ditangguhkan kerana kem mereka dilanda wabak pandemik.
Tottenham 2-2 Liverpool: Points shared in end-to-end festive thriller – 5 talking points | @FreddieKeighley https://t.co/WLmTpWTPPm pic.twitter.com/SsWRL2weZG
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 19, 2021
Minggu ini mereka turun bertemu pencabar utama kejuaraan liga, Liverpool di Tottenham Hotspur Stadium dalam misi untuk mengutip tiga mata penuh.
Tidak dinafikan Spurs di bawah kendalian Antonio Conte jelas sekali sangat berbeza dari mereka yang dikenali sejak beberapa musim kebelakangan ini.
Para pemain Tottenham Hotspur dilihat bermain dengan lebih teratur dan berdisiplin dan mereka juga dilihat sudah ada identiti sendiri dalam permainan mereka.
Aksi mereka ketika bertemu Liverpool awal pagi tadi bolehlah dianggap sebagai yang terbaik sejak beberapa musim kebelakangan ini, dengan mereka berjaya mengikat sang penakluk dunia itu dengan keputusan 2-2.
FT: Tottenham 2-2 Liverpool.
A crazy game full of controversial moments comes to an end. Manchester City now have a 3 point lead ahead of Liverpool. pic.twitter.com/fTR9wCeAsS
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) December 19, 2021
Conte menggunakan formasi 5-3-2 berdepan skuad kendalian Jurgen Klopp yang turun dengan sistem kebiasaan mereka 4-3-3.
Sedar akan corak permainan pantas Liverpool, Conte menggunakan lima pemain pertahanan serta tiga midfield untuk mengasak jentera serangan Liverpool sejak dari kawasan tengah padang lagi.
Ketika memenangi bola, para pemain Spurs tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan balas, dengan mereka terus berusaha untuk bertukar hantaran pendek, lalu bergerak masuk ke kawasan final third Liverpool.
Kane dan Son bersedia di hadapan untuk memulakan serangan, dengan kedua-dua pemain ini jelas sekali berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan The Reds.
Tottenham 2-2 Liverpool (80 mins)
13’ Kane ⚽️
35’ Jota ⚽️
69’ Robertson ⚽️
74’ Son ⚽️
77’ Robertson 🟥Game of the season so far? 😮💨 pic.twitter.com/3MWIJbjjH9
— Statman Dave (@StatmanDave) December 19, 2021
Walau bukan semua 11 pemain berada di tahap persembahan terbaik mereka, namun tidak dinafikan Spurs berfungsi di setiap posisi.
Harry Winks antara yang cemerlang dalam perlawanan ini, dengan beliau merupakan tembok pertama yang perlu jentera serangan Liverpool lepasi, dan beliau jugalah merupakan penggerak utama ketika Spurs melancarkan serangan.
Statistik serangan Spurs
Tottenham Hotspur dalam perlawanan ini berjaya melakukan 10 percubaan dengan lima darinya merupakan percubaan tepat dan dua darinya berjaya dihadang.
Spurs juga berjaya mencipta enam kesempatan emas untuk menjaringkan gol dan mereka turut cemerlang melakukan dua serangan pantas yang berjaya.
Kejayaan terbesar jentera serangan Spurs dalam perlawanan ini adalah ketika mereka beberapa kali berjaya lepas masuk ke kotak penalti Liverpool.
🚨⚽ | Full-time: Tottenham 2-2 Liverpool.
⚽ Harry Kane (13')
⚽ Diogo Jota (35')
⚽ Andy Robertson (69')
⚽ Heung-Min Son (74')MOTM: Paul Tierney pic.twitter.com/io6oe4bhDl
— LiverpoolBuzz 🔔 (@LiverpoolBuzzz) December 19, 2021
Jentera serangan Spurs berjaya mencipta 10 shoots dari dalam kotak penalti Liverpool, dan ia jelas membuktikan build up serangan mereka sangat berkesan.
Untuk membuktikan yang para pemain Spurs berjaya mengawal permainan dengan baik adalah dengan melihat jumlah hantaran yang berjaya mereka cipta.
Para pemain Spurs berjaya mencipta 404 hantaran dalam perlawanan ini, dengan mereka kerap bermain hantaran pendek ketika merencana gerakan untuk masuk ke kotak penalti Liverpool.
Statistik bertahan Spurs
Barisan pertahanan Spurs berjaya mencipta 25 clearance, lapan pintasan sempurna dan 15 tackle sempurna sepanjang perlawanan ini.
FT: Tottenham 2 – 2 Liverpool
Can't help but feel somewhat aggrieved after that shambolic refereeing performance from Paul Tierney. An incredible showing of double standards in the sending off for Robertson after Kane's tackle… How are you feeling, Reds? 🤔 #LFC pic.twitter.com/neGAKid6mW
— Empire of the Kop (@empireofthekop) December 19, 2021
Mereka juga turut berjaya memenangi 16 perebutan bola di udara, berbanding Liverpool yang hanya mampu memenangi sembilan sahaja.
Spurs juga turut berjaya memenangi 49 perebutan bola secara keseluruhannya dalam perlawanan ini dengan mereka jelas sekali cemerlang dalam mematahkan serangan dari skuad Liverpool.
Apa yang lebih menakjubkan lagi, skuad Liverpool yang sebelum ini terkenal dengan permainan serangan balas mereka, gagal untuk mencipta walau satu serangan balas dalam perlawanan ini.
Kesemua build up mereka berjaya dipatahkan oleh barisan tengah dan pertahanan Tottenham Hotspur dan menyebabkan Salah tidak mampu untuk menjalankan tugasnya.
Spurs 2 Liverpool 2
Tottenham Hotspur terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Harry Kane yang cemerlang menyempurnakan bola hantaran cantik dari Tanguy Ndombele.
GOAL!
This game has been wild. Just absolutely wild.
Son Heung-Min gets Tottenham back on level terms almost immediately!
What next?!
Tottenham 2-2 Liverpool. 15 minutes to go.#TOTLIV #bbcfootball
— BBC Sport (@BBCSport) December 19, 2021
Liverpool kemudiannya berjaya memadam gol pendahuluan Spurs selepas Diogo Jota tenang menanduk masuk bola hantaran silang dari Andrew Robertson.
Pada aksi babak kedua permainan, Liverpool berjaya memperoleh gol pendahuluan selepas Andy Robertson cantik menanduk masuk bola hantaran dari Trent Alexander Arnold.
Selang beberapa minit selepas itu, hasil kesilapan dungu Alisson Becker yang kemudiannya dihukum oleh Son Heung Min untuk gol kedua Spurs dalam perlawanan ini.
Andy Robertson selepas mencatatkan assists dan menjaringkan gol, beliau melengkapkan malam yang indah untuknya dengan dihantar untuk mandi awal.
Brilliant game of football. Full time: Tottenham 2-2 Liverpool. #TheScoreKE pic.twitter.com/XhxFz9jXbs
— Kiss 100 Kenya (@Kiss100kenya) December 19, 2021
Ketua pasukan Scotland itu melakukan kekasaran tak sepatutnya ke atas Emerson Royal dan menyebabkan pengadil perlawanan terpaksa melayangkan kad merah kepadanya.
Spurs walau bagaimanapun gagal untuk memanfaatkan kesempatan bermain berdepan 10 orang pemain, dengan keputusan kekal 2-2.
Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata, namun aksi dan persembahan yang mereka tunjukkan jelas sangat menakjubkan.
Antonio Conte telah menjalankan tanggungjawab beliau dengan cukup sempurna dengan beliau cemerlang membentuk semula skuad Spurs yang barai menjadi antara yang terbaik dalam saingan Premier League pada ketika ini.
Termasuk aksi bertemu Liverpool, Spurs masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dalam saingan Premier League di bawah kendalian Antonio Conte.
FT Tottenham 2-2 Liverpool
Goals, controversy, chances, cards – a pulsating encounter between #THFC and #LFC ends honours even.#TOTLIV pic.twitter.com/i8QlyI9dMW
— The Athletic UK (@TheAthleticUK) December 19, 2021
Mereka mencatatkan tiga keputusan seri dan berjaya memperoleh dua kemenangan dari lima perlawanan di bawah Conte dalam saingan Premier League.
Tottenham Hotspur kini berada di kedudukan ketujuh dalam carta liga, dengan mengumpul 26 mata.
Mereka masih ada baki tiga perlawanan yang belum dimainkan kerana aksi mereka sebelum ini terpaksa ditangguhkan.
Seandainya Spurs berjaya mencatatkan kemenangan dalam kesemua tiga perlawanan itu, tidak mustahil untuk melihat mereka berada di kelompok empat teratas dalam saingan Premier League.
🏴 | Tottenham 2:2 Liverpool
Goals, big chances missed, controversial referee decisions, eight yellows and one red card – this clash had it all, as ultimately the points are shared in North London.
Reds are now three points behind Man City, while Spurs sit in 7th!#TOTLIV pic.twitter.com/BfwjpC3wyG
— SofaScore (@SofaScoreINT) December 19, 2021
Liverpool sementara itu kekal di kedudukan kedua, dengan mereka kini tiga mata dibelakang pendahulu Manchester City.
Sumber: Sofa Score