Di Maria Beri Petanda Bakal Dijual PSG Untuk Memberi Laluan Kepada Pemain Baru

Pemain sayap Paris Saint-Germain, Angel Di Maria memberi bayangan beliau akan dijual PSG pada tirai perpindahan musim panas nanti bagi memberi laluan kepada pemain baru.

Pemain antarabangsa Argentina itu masih lagi mempunyai kontrak jangka panjang bersama PSG, tetapi beliau mengakui kelabnya sekarang bakal berbelanja besar sekali lagi dan beliau mungkin dijual untuk memberi laluan kepada muka baru.

Adakah Di Maria akan berpindah sekali lagi musim panas nanti ?

Di Maria berpindah ke PSG dari Manchester United pada tahun 2015 dengan yuran perpindahan dianggarkan berjumlah £44juta selepas mengharungi musim yang mengecewakan di Liga Perdana Inggeris.

Dengan usianya sudah menginjak 30 tahun, Di Maria sedar PSG mungkin sedang mencari calon jangka panjang untuk menggantikan tempatnya dalam pasukan utama.

Juventus dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Di Maria tetapi mereka perlu bersaing dengan Barcelona yang masih mengekalkan minat mereka terhadap pemain tersebut sejak sekian lama.

Ketika bercakap kepada majalah France Football, bekas pemain Benfica ini berkata masa depannya kini terletak di tangan PSG.

“Saya gembira bermain untuk Paris Saint-Germain, tetapi kelab ini perlu menandatangani pemain baru dan untuk melakukannya, beberapa pemain mesti dijual. Masa depan saya tidak terletak di tangan saya sepenuhnya kerana PSG berkuasa untuk menentukannya. Buat masa sekarang, saya masih lagi tenang.”

21 gol dari 40 perlawanan. Memang power dari seorang pemain sayap

“Semua pemain harus bekerja keras tanpa henti. Pihak kelab dan peminat harus lebih bersabar. Perkara paling penting sekarang adalah PSG mesti menandatangani pemain hebat yang mahu memenangi trofi atau pemain yang pernah memenangi banyak trofi dan berpengalaman luas. Selepas itu, kejayaan akan tiba dengan sendirinya di kelab ini.”

Musim ini menyaksikan Di Maria menjadi pemain penting dalam skuad Unai Emery walaupun PSG dibarisi ramai pemain hebat yang beraksi di posisi beliau. Di Maria berjaya mengharungi musim paling prolifik sepanjang kariernya dengan menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan.

Messi dan Di Maria mungkin bergabung di Nou Camp jika tiada aral melintang

Selain gol, beliau juga mencatatkan 7 assists dalam kempen Ligue 1 dan Liga Juara-Juara disamping membantu PSG memenangi double musim ini. Treble bakal menyusul sekiranya mereka berjaya menewaskan pasukan divisyen ke-3, Les Herbiers dalam aksi final Piala Perancis minggu hadapan.

Di Maria mungkin dilepaskan PSG tidak lama lagi kerana kelab tersebut berada dalam tekanan untuk mengurangkan perbelanjaan bagi mematuhi peraturan ‘Financial Fair Play’ yang ditetapkan oleh UEFA.

BACA:  Cristiano Ronaldo Punca Politik Jepun Jadi Ribut