Di Usia 13 Tahun Ten Hag Beritahu Cruyff Bagaimana Jurulatih Berkomunikasi Dengan Pemain

Pad usia 13 tahun pengurus Manchester United, Erik Ten Hag telah memberitahu legenda bola sepak, Mendiang Johan Cruyff Bagaimana seorang jurulatih sepatutnya berkomunikasi dengan para pemainnya.

Pada tahun 1984 setahun sebelum Johan Cruyff memulakan karier pengurusannya bersama Ajax, bekas pemain Barcelona yang telah pun bergelar pengurus muncul dalam rancangan TV di Belanda.

Bersama Johan Cruyff dalam rancangan itu adalah beberapa orang pemain bola sepak remaja, termasuklah Erik Ten Hag yang masih berambut lebat serta suci yang berusia 13 tahun.

Dalam perbincangan mengenai topik pemain muda atau remaja yang dijerkah serta ditengking oleh jurulatih, Erik Ten Hag telah melontarkan satu pandangan yang jauh lebih matang berbanding usianya.

Johan Cryuff yang merupakan pemenangan Ballon d’Or sebanyak tiga kali telah bertanya satu soalan kepada sekumpulan pemain remaja itu:

“Tapi ia banyak kali berlaku di mana pelatih menjerit atau itu tidak terjadi kepada kamu gais?”

Mendengar soalan itu, Erik Ten Hag penuh yakin menjawab:

“Saya berpendapat Tuan patut berhati-hati bahawa Tuan tidak perlu terlalu menjerit-jerit kepada pemain muda kerana Tuan boleh menghancurkan (semangat, mental) pemain seperti itu.”

“Tetapi untuk tahap yang tertinggi, seperti pasukan utama Ajax, Tuan boleh je nak memperkatakan (jerit) sesuatu tentang itu.”

Selepas menyatakan pandangannya itu, Erik Ten Hag terus menambah untuk memperkukuhkan hujahannya itu dengan berkata:

“Pemain ini (pasukan utama) berlatih hampir setiap hari dalam seminggu. Jika mereka terus melakukan kesilapan yang sama, Tuan sepatutnya pergi bersemuka dengan mereka.”

Johan Cryuff kemudian bertanya mahukan pengesahan:

“Jadi ini bermakna awak membezakan antara pemain remaja dan pemain bola sepak berbayar?”

Erik Ten Hag lalu mengiyakan pertanyaan Johan Cryuff dengan jawapan:

“Ya.”

Karier Erik Ten Hag sebagai pemain tidaklah begitu gemilangm dia bermain di posisi bek tengah untuk FC Twente, De Graafschap, RKC Waalwijk dan FC Utrecht. Tiga kali Ten Hag berkhidmat dengan FC Twente (1989-90, 1992-94 dan 1996-00) dan memenangi Piala KNVB pada musim 2000–01.

Ten Hag juga memenangi Eerste Divisie bersama De Graafschap pada musim 1990–91, sepuluh tahun sebelum memenangi piala bersama FC Twente. Dia bersara daripada sebagai pemain pada tahun 2002 di usia 32 tahun semasa bermain untuk FC Twente selepas berakhirnya musim Eredivisie 2001–02.

Selepas menjadi jurulatih, Ten Hag dapat meneruskan idea ‘Total Football’ Cruyff dan mencapai kejayaan bersama Ajax, di mana dia memenangi tiga gelaran Eredivisie.

Pada 2012, Ten Hag telah dilantik sebagai pengurus Go Ahead Eagles di Eerste Divisie oleh Marc Overmars, yang merupakan pemegang saham kelab itu.

Dalam musim pertama dan satu-satunya musimnya di Go Ahead Eagles. Erik Ten Hag berjaya membimbimg Go Ahead Eagles mendapat promosi pertamanya dalam tempoh 17 tahun.

Ten Hag kemudian melatih melatih anak-anak gergasi Jerman, Bayern Munich II dari 6 Jun 2013 hingga 2015 apabila Ten Hag telah digantikan dengan Heiko Vogel.

Perlawanan terakhirnya sebagai ketua jurulatih Bayern Munich II ialah ketika mengalami kekalahan 1–0 kepada Nürnberg II pada 22 Mei 2015.

Ten Hag kemudiannya menjadi Pengarah Sukan dan ketua jurulatih FC Utrecht pada musim panas 2015, di mana dia membawa kelab itu ke tempat kelima pada musim pertamanya.

Pada musim 2016–17, Ten Hag terus mempamerkan prestasi terbaik dengan membawa FC Utrecht menamatkan musim ditangga keempat, menempah tempat dalam kelayakan Liga Europa.

Dengan rekod pengurusan yang agak memberansangkan, Erik ten Hag menarik perhatian banyak kelab yang bukan gergasi.

Pada 21 Disember 2017, beliau dilantik sebagai ketua jurulatih AFC Ajax selepas kelab itu memecat Marcel Keizer dan disinilah hasil kerjayanya membuka mata kelab gergasi dan namanya mula dikenali ke serata dunia.

Erik Ten Hag merupakan bekas protege Pep Guardiola. Namanya mulai menjadi bualan sejak membantu membangkitkan semula Ajax sehingga kembali menjuarai Eredivisie sekali lagi dan membawa skuad muda Ajax mara ke separuh akhir UCL beberapa tahun lalu.

Ianya dianggap salah satu pasukan muda paling mengujakan di Eropah pada masa itu. Dengan adanya bakat seperti Mathijs De Ligt, Frenkie De Jong dan juga Donny Van De Beek yang kemudian berhijrah ke kelab lain.

Pada 2019, beliau membawa pasukan Ajax mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA 2018–19 buat kali pertama sejak 1997 dengan menang menentang juara bertahan Real Madrid 4–1 di Stadium Santiago Bernabéu pada peringkat pusingan 16.

Ajax juga menewaskan Juventus di tempat lawan 1–2 setelah seri pada perlawanan pertama 1–1 di tempat sendiri pada suku akhir.

Pada perlawanan pertama separuh akhir, beliau membawa pasukannya mendahului 1–0 menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur yang baru siap.

Bagaimanapun dalam perlawanan kedua, hatrik separuh masa kedua oleh Lucas Moura untuk Tottenham Hotspur dengan gol terakhir dijaringkan pada minit ke-96 untuk menjadikan kedudukan 3–2 (agregat 3–3).

Spurs menang menerusi peraturan gol di tempat lawan, menamatkan impian Ajax yang menaruh harapan untuk bermain di final.

Ten Hag memenangi trofi pengurusan pertamanya bersama Ajax pada 5 Mei 2019 iaitu Piala KNVB 2018–19, menewaskan Willem II di final.

Hanya 10 hari selepas memenangi piala, Ajax, diketuai oleh Ten Hag memenangi Eredivisie juga selepas kemenangan 1–4 di tempat lawan ke atas De Graafschap.

Pada 18 April 2021, Ten Hag membimbing Ajax menjulang Piala KNVB ke-20 dengan kemenangan 2–1 ke atas Vitesse pada perlawanan akhir.

Dua minggu kemudian, Ten Hag melanjutkan kontraknya dengan Ajax hingga akhir musim 2022–23.

Pada 16 Januari 2022, Ten Hag menjadi pengurus terpantas dalam sejarah liga untuk mencapai 100 kemenangan bersama Ajax, mencapai kejayaan itu hanya dalam 128 perlawanan sahaja.

BACA:  Rashford Berhadapan Amarah ETH Selepas 'Libur-Libur' Di Kelab Malam Selama Dua Malam