Di Usia 15 Tahun Can Oncu Cipta Sejarah Pelumba Termuda Muncul Juara Perlumbaan Grand Prix

Pelumba Wildcard dari pasukan Red Bull KTM Ajo yang juga merupakan juara Red Bull MotoGP Rookies Cup 2018, Can Oncu telah muncul sebagai juara termuda dalam sejarah perlumbaan Grand Prix.

Tunggangan sensasi Can Oncu di usia 15 tahun dan 115 hari membolehkan beliau menamatkan perlumbaan di tempat pertama dalam keadaan litar basah di Red Bull MotoGP Rookies Cup.

Lebih manis dengan kemenangan ini Can Oncu telah menewaskan juara dunia 2018 bagi kelas Moto3, Jorge Martin dari pasukan Del Conca Gresini Moto3 dengan kelebihan 4 saat.

Sebelum ini rekod pelumba termuda dipegang oleh Scott Redding selepas memenangi perlumbaan di Donington Park pada tahun 2008.

Can Oncu muncul pelumba pertama memenangi perlumbaan Grand Prix pada aksi debut sejak Noboru Ueda memenangi kategori 125cc di GP Jepun pada tahun 1991.

Jorge Martin mengucapkan tahniah kepada Can Oncu atas kemenangan yang penuh bersejarah ini.

Baca Juga

Baca Juga