‘Dia Tidak Cedera Tapi Gemuk’ – Pep Bengang Dengan Kalvin Phillips

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola nyata bengang Kalvin Phillips yang sudah kembali dari tugasannya bersama pasukan kebangsaan England dengan berat badan berlebihan.

Kalvin Phillips yang hanya bermain 94 minit sahaja sejak menyertai Manchester City musim ini lantaran kecederaan tidak disenaraikan dalam perlawanan City menewaskan Liverpool di Carabao Cup.

Phillips mengalami dua kecederaan bahu terkehel sejak menandatangani kontrak dari Leeds United dengan harga £42 juta pada musim panas lalu dan hanya membuat empat penampilan kelab.

Pemain tengah itu telah diarahkan supaya tidak berlatih bersama pemain yang lain apabila pemain England dan Portugal kembali melaporkan diri bersama kelab.

Pep Guardiola kemudiannya telah menjelaskan kenapa Calvin Phillips tidak disenaraikan, dengan penuh jujur dan tanpa berselindung Pep berkata:

“Dia tidak cedera – dia datang dengan berat badan berlebihan.”

“Saya tidak tahu [mengapa]. Dia tidak tiba dalam keadaan untuk melakukan sesi latihan dan bermain.”

Kalvin Phillips bermain dari bangku simpanan dua kali untuk England semasa Piala Dunia tetapi kini perlu berjuang untuk membuktikan dirinya kepada Guardiola, dengan City bertandang ke Elland Road untuk menentang kelab zaman kanak-kanaknya pada hari Rabu.

Bos City itu akan mahu menggilirkan pasukannya sepanjang tempoh perayaan sehingga bulan Januari dan menegaskan bahawa mereka perlu bergantung kepada Phillips, yang akan meringankan beban pemain tengah pertahanan pilihan pertama Rodri.

“Apabila dia sudah bersedia, dia akan bermain, kerana kami memerlukannya, kami amat memerlukannya.” tambah Guardiola.

“Ini perbualan peribadi dengan Kalvin.”

Buat masa terdekat ini, Kalvin Phillips tidak akan dapat bermain sehinggalah dia berjaya mengembalikan bentuk badan asalnya yang ideal dan membuat segala berat berlebihan.

Pep Guardiola menolak sebarang tanggapan bahawa England bertanggungjawab atas berat badan berlebihan Kalvin Phillips itu:

“Tidak tidak tidak Tidak. Sama sekali tidak.”

Pengurus dari Sepanyol itu telah mengenakan syarat ketat mengenai berat badan dan keadaan pemain sebaik sahaja dia tiba di Manchester City pada 2016. Sergio Aguero yang seberat 80kg dan pernah beratnya lebih 100g sahaja juga dikapak dari pasukan.

Samir Nasri, bekas pemain tengah City, pada mulanya tidak dibenarkan berlatih dengan seluruh skuad pada musim panas pertama di bawah Guardiola selepas melaporkan diri kerana berat badan berlebihan di pramusim.

Kalvin Phillips si ‘Yorkshire Pirlo’

Kalvin Mark Phillips nama penuh diberi lahir pada 2 disember 1995 dilahirkan di West Yorkshire, Leeds England berketinggian 5 kaki 10 inci.

Karier awalnya bermula bersama kelab bola sepak tempatan, Wortley dari tahun 2003 sehingg 2010 sebelum menyertai akademi Leeds United pada usia 14 tahun.

Kalvin Phillips berkembang di akademi Leeds United di setiap peringkat usia remajanya dan telah ditawarkan kontrak profesional oleh Leeds United pada 2014.

Kalvin Phillips memulakan karier bola sepak profesional sebagai pemain box-to-box atau central midfielder.

Pada musim 2014/14, Kalvin Phillips telah menjadi ketua pasukan pembangunan bawah 18 tahun dan banyak memanaskan bangku simpanan skuad senior.

Beliau berjaya melakukan debut pada musim tersebut dan menjaringkan gol senior dalam perlawanan keduanya walaupun tewas 2-1 kepada Cardiff City.

Lantaran aksi yang meyakinkan itu, di penghujung musim Kalvin Phillips telah ditawarkan kontrak lanjutan selama dua tahun.

Setahun kemudian kerana potensi dirinya yang tinggi, Phillips ditawarkan kontrak baru selama tiga tahun dan kehadiran Marcelo Bielsa merubah segalanya.

Phillips mendedahkan bahawa beliau telah dilatih bermain sebagai centre-back dan juga deep-lying playmaker bagi menghadapi musim 2018/19.

Kemudian Bielsa telah menggunakan Phillips sebagai pemain tengah bertahan dan juga boleh menjadi deep-lying defensive midfielder.

Tidak cukup dengan itu, Bielsa juga meletakkan Phillips sebagai centre-back apabila Leeds United bermain dengan tiga pertahanan.

Phillips terkenal dengan dengan hantaran pendek yang tepat dan mampu melambungkan bola ke mana sahaja dengan tepat kepada rakan asalkan masih di dalam padang.

Sejak menyertai Manchester City penampilannnya sangat dinantikan kerana ramai mahu tahu bagaimana Pep Guardiola akan menggunakan Phillips di padang.

BACA:  Manchester City Tak Pandang UCL Yang Dimenangi Real Madrid Kerana Nasib