“Dianggap Menganjing Klopp”- Ejen Salah Dihentam Kerana Cubaan Mengeruhkan Keadaan

Ejen Mohamed Salah, Ramy Abbas seolah-olah mengeruhkan lagi keadaan berkait masa depan anak buahnya di Anfield pada ketika ini.

Ramy Abbas memuat naik status menganjing kenyataan dari Jurgen Klopp di laman twitter miliknya, dan hal tersebut jelas tak disenangi oleh para peminat.

Salah pada ketika ini masih belum menandatangani kontrak baru bersama Liverpool dengan kontrak asal beliau akan tamat pada penghujung musim hadapan.

Jurgen Klopp telah memberi jaminan kepada para penyokong yang situasi berkait masa depan Salah dalam keadaan terkawal pada ketika ini.

Ketika sidang media sebelum aksi bertemu Brighton hari ini, Jurgen Klopp telah ditanya tentang hal tersebut dan beliau menegaskan bahawa tiada kepentingan untuk terlalu tergesa-gesa membincangkan hal itu pada ketika ini.

“Kita tak boleh lakukan lebih lagi, begitulah keadaan ia.”

Jelas Jurgen Klopp.

“Saya tak fikir ia tentang itu. Ia keputusan Mo. Pihak kelab hanya boleh lakukan apa yang kelab boleh lakukan. Begitulah keadaannya.”

“Saya tak ada benda buruk yang mahu dikatakan, semuanya baik-baik sahaja di mata saya pada ketika ini. Ia berjalan seperti mana ia sepatutnya berjalan.”

“Semuanya sudah ditetapkan. Tidak ada yang berlaku lebih lanjut, jadi tak ada tandatangan, tak ada penolakan atau apa saja.”

“Jadi ya, kita cuma perlu menunggu, ia jelas berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Tak perlu terburu-buru dalam situasi seperti itu.”

Walau bagaimanapun, komen Jurgen Klopp itu sepertinya tak disenangi oleh ejen Salah, Ramy Abbas Issa yang memuat naik status menganjing Klopp selepas pengurus Liverpool itu mengeluarkan kenyataan tersebut.

Ramy Abbas memuat naik emoji ketawa sebanyak tujuh ketul dan ramai peminat percaya status tersebut memang ditujukan kepada Jurgen Klopp.

Para peminat jelas sekali tak berpuas hati andai komen itu benar-benar ditujukan kepada Jurgen Klopp kerana mereka merasakan Ramy Abbas sekadar mengeruhkan keadaan.

Salah tolak tawaran kontrak baru

Mohamed Salah dilaporkan sudah menolak tawaran kontrak baru dari Liverpool, namun beliau masih teguh dengan pendiriannya yang beliau tidak mahu meninggalkan kelab.

Beliau percaya segala keputusan kini di tangan Liverpool dan beliau secara peribadinya masih tetap mahu kekal berada di Anfield.

Tidak pasti berapa nilai sebenarnya yang Salah minta dan tidak pasti juga berapa nilai atau kontrak baru yang The Reds tawarkan kepadanya, namun satu hal yang pasti, bintang Mesir itu telah menolak tawaran dari kelab.

Kontrak Salah di Anfield akan tamat pada musim panas 2023, yang mana dalam tempoh lebih kurang satu tahun dari sekarang, Salah sudah boleh mula berunding dengan kelab lain, dan turut menandatangani pra kontrak bersama kelab di luar England.

Walaupun usia pemain penyerang itu bakal mencecah 30 tahun pada musim ini, pihak kelab sepertinya akan tetap mahu terus mendapatkan khidmat pemain yang dianggap sebagai terhebat dalam dunia bola sepak kini itu.

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa beliau meminta kelab memberinya gaji £400,00 ke £500,000 seminggu dan kini pemain kebangsaan Mesir itu dilaporkan baru sahaja menolak tawaran lanjutan kontrak.

Jelas sekali ada yang beliau tak gembira dengan kontrak baru yang ditawarkan oleh pihak kelab, namun tak pasti apa sebenarnya hal yang menyebabkan beliau menolak untuk menandatangani kontrak baru.

Awal Januari lalu, Salah telah mendedahkan yang beliau menyerahkan segalanya kepada kelab, kerana kelab sudah tahu apa yang beliau mahukan.

“Saya mahu kekal, tapi itu semua bukan di tangan saya, ia di tangan mereka.”

Jelas Salah kepada GQ Magazine.

“Mereka tahu apa saya mahukan. Saya tak minta benda yang gila-gila.”

Tidak kira apa yang pemain berusia 29 tahun itu minta, satu hal yang pasti seandainya beliau turunkan tandatangan pada kontrak baru nanti, beliau bakal menjadi penerima gaji tertinggi dalam sejarah Liverpool.

Di usia beliau sekarang, sudah tentu Salah akan gembira untuk terus kekal di Anfield dan tamatkan kariernya bersama Liverpool.

Musim ini Salah tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya selepas beliau cemerlang menjaringkan 19 gol dan mencatatkan 10 assists dari 25 penampilan dalam saingan Premier League.

“Masalahnya sekarang, ketika kamu meminta sesuatu dan mereka menunjukkan kepada kamu yang mereka juga boleh berikan sesuatu, mereka patut laksanakan, kerana itu cara mereka hargai apa yang telah kamu berikan kepada kelab.”

“Saya berada di sini sudah lima tahun sekarang. Saya sangat kenal dengan kelab. Saya suka dengan penyokong. Penyokong suka dengan saya.”

“Tetapi untuk pimpinan kelab, mereka sudah tahu situasi ini, maka semuanya di tangan mereka sekarang.”

Jelas Salah lagi pada ketika itu.

Kini selepas beliau menolak tawaran baru dari kelab, Mohamed Salah sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang sama dengan beliau menganggap masa depannya berada di tangan kelab.

Melihat kepada situasi kontrak Salah pada ketika ini, beliau sepertinya berpotensi untuk meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Hal ini kerana Liverpool sudah tentu tidak akan melepaskan beliau pergi secara percuma sebagai pemain free ejen.

Seandainya beliau tetap tidak menerima tawaran kontrak dari pihak kelab, jelas sekali musim ini bakal menjadi musim terakhir The Egyptian King itu berada di Anfield.

Sumber: talkSPORT

BACA:  Luis Diaz Hanya Memerlukan 10 Minit Untuk Buktikan Beliau Penandatanganan Tepat Untuk Liverpool