Didier Drogba Menjadi Pemain-Pemilik Kelab Amerika Syarikat

Didier Drogba telah sah menjadi pemain dan pemilik kelab Phoenix Rising FC, atau dalam bahasa Melayunya Phoenix Bangkit – sama seperti tajuk lagu M. Nasir, sebuah kelab bola sepak yang bermain di liga United Soccer League (USL).

Lagenda Chelsea tersebut telah mendapatkan tips dan nasihat daripada pemilik Chelsea, Roman Abramovich, sebelum membeli saham kelab ini dan rancangan jangka masa panjangnya ialah membawa kelab ini bermain di Liga Utama Bola Sepak (MLS) pada tahun 2020.

Logo Kelab Bola Sepak Phoenix Bangkit

Untuk memperkuatkan lagi pasukan ini, Phoenix telah mendapatkan seorang lagi lagenda Chelsea, Shaun Wright-Phillips, dan mereka juga bersedia untuk membawa lebih ramai pemain bintang Liga Perdana Inggeris.

Lagenda Chelsea ini turut menyertai Dorgba di Phoenix

Pada masa yang sama, Drogba berharap kelab ini dapat memupuk minat rakyat Amerika terhadap bola sepak yang sebenar, bukan bola sepak yang menggunakan tangan. Demi projek ini juga, Drogba telah menolak tawaran beberapa kelab dari Liga Perdana, Liga Kejuaraan, China dan Amerika Selatan. Drogba ternyata amat teruja dengan prospek projek ini.

“Aku tak rasa dalam dunia ini ada lagi pemain merangkap pemilik, tapi ini menunjukkan bagaimana zaman berubah, bagaimana liga berubah dan bagaimana bola sepak menjadi semakin diminati, dan aku sangat gembira aku pilih jalan ini,” kata Drogba yang terlupa bahawa sudah ada pemain merangkap pemilik di Malaysia, cuma belum melakukan debut sahaja.

Drogba dan Roman Abramovich

“Aku dah berborak banyak kali dengan Roman Abramovich berkenaan pelbagai perkara, dan percayalah, bukan mudah nak jadi pemilik. Roman sokong tindakan aku ni.

“Apa yang aku buat ni tak gila, cuma nampak gila dan cukup berbeza dengan apa yang kawan-kawan aku sedang buat.

“Kalau nak cerita kan bro, aku dapat banyak tawaran untuk bermain di Liga Perdana, Liga Kejuaraan, Timur Tengah, China, Brazil..tapi hanya satu kelab untuk aku di England, dan itu lah Chelsea.

“Chia chia chia!” Jerit Drogba sambil membuat tarian pick up line.

“Sukar juga nak fikir pada mulanya. Projek ni projek besau, diorang pula tawarkan aku untuk jadi pemilik bersama memandangkan aku ada pengalaman dan pengetahuan dalam bola sepak. Ye lah, dah bertahun-tahunkan aku main bola.

“Diorang juga minta aku bantu kelab ini untuk berkembang dan menjadi sebahagian daripada MLS.

Drogba sebelum ini telah bermain selama 18 bulan bersama Montreal Impact, di mana dia telah membantu kelab Kanada tersebut layak ke pusingan kalah mati buat pertama kali. Drogba juga telah melakukan debut yang sempurna bersama kelab ini dengan melakukan hatrik.

Bekas pemain Cote d’Ivoire ini juga merupakan seorang yang sangat berpengaruh di England, terutamanya Chelsea. Guus Hiddink cuba membawanya sebagai jurulatih di Chelsea pada musim lalu, manakala Eden Hazard pula telah menelefon Drogba untuk meminta pendapat sebelum menyertai Chelsea.

Selain Hazard, Eric Bailly dan Idrissa Gueye juga menghubungi abang besar ini untuk bertanyakan buah fikiran sebelum masing-masing berhijrah ke Manchester United dan Everton.

Kini, MLS pula dilihat yang bakal mendapat faedah daripada pengalaman penyerang kelas dunia ini.

Phoenix kini berada di divisyen 3 piramid bola sepak Amerika Syarikat dan dilatih oleh bekas pertahanan Ipswich, Frank Yallop. Ketika ditanya sama ada dia tidak boleh disentuh oleh jurulatih, Drogba sekadar gelak.

“Dah banyak kali orang tanya macam ni,” jawab Drogba, tersenyum manis.

“Pada pengamatan jurulatih dan dari segi teknikal, bila aku masuk padang, aku ialah pemain. Tak mungkin dan tak akan terjadi aku suruh jurulatih letak aku main di mana. Simpang malaikat 44!

Frank Yallop

“Tapi tu lah, harap-harap aku dapat bermain sampai umur aku 40 tahun dan kalau aku berjaya, itu adalah pencapaian yang cukup hebat.

“Aku akan lebih fokus kepada sisi perniagaan, macam mana nak buat duit, bukan mengganggu keputusan jurulatih. Di padang, aku pemain dan aku kena patuh kepada jurulatih. Di bilik mesyuarat, aku adalah sebahagian daripada lembaga eksekutif.

Ketika ditanya kenapa dia memilih kelab Amerika dan bukan kelab England atau Malaysia, Drogba menjawab,”Aku bermain di MLS setahun setengah dengan Montreal Impact dan aku suka. Kalau kau nak tahu macam mana, kau kena pergi sana dan tengok sendiri.

Stadium Phoenix Rising FC

“Kualiti permainan di MLS boleh dikatakan cukup baik.

“Ramai pemain muda dinaikkan dan liga ini juga dah semakin berkembang. Ini kira bagus untuk aku dan yang paling penting, aku adalah sebahagian daripada watak dalam perkembangan ini.

“Keputusan ini memang cukup besau untuk aku buat,” ujar Drogba, mengakhiri perbualan.

Harga tiket di Stadium Phoenix FC.

Liga MLS semakin diminati ramai dan semakin menjadi tarikan buat penonton dari seluruh dunia, berbanding liga-liga picisan yang lain seperti Liga Super China, Liga Australia atau Liga Malaysia. Cabaran utama buat Drogba di sana pastinya menarik lebih ramai penonton untuk turun ke stadium, menyokong pasukan mereka.

Artikel ini diklepet dan diolah semula mengikut nafsu penulis dari Mirror Football

Baca Juga

Baca Juga