Didier Drogba Umum Persaraan Dari Bola Sepak Pada Usia 40 Tahun

Legenda Chelsea, Didier Drogba akhinya mengumumkan persaraannya dari bola sepak selepas bergelar pemain profesional selama 20 tahun.

Penyerang berasal dari Ivory Coast itu menyertai Chelsea sebanyak dua kali, dimana beliau berjaya menjaringkan 164 gol dari 381 perlawanan untuk kelab tersebut.

Drogba menamatkan kariernya di USA bermain untuk Phoenix Rising, kelab yang dimiliki beliau.

Antara pencapaian terhebat Drogba bersama Chelsea adalah ketika menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2012 disamping memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali.

Permulaan karier Drogba agak menarik.  Beliau tidak pernah menghadiri sebarang akademi bola sepak ketika usia remajanya dan hanya bergelar pemain profesional pada usia 21 tahun. Beliau memulakan kariernya bersama Le Mans sebelum menyertai kelab Ligue 1, Guingamp pada tahun 2002.

Persembahan cemerlang Drogba bersama Guingamp telah menarik minat kelab gergasi Perancis, Marseille dan pada tahun 2003, beliau berpinda ke kelab tersebut dengan yuran perpindahan sekitar £3.3 juta.

Drogba berjaya menjaringkan 19 gol dalam musim pertamanya bersama Marseille dan ia telah menarik minat Chelsea untuk membuat bidaan berjumlah £24 juta pada musim berikutnya. Beliau berpindah ke Stamford Bridge pada Julai 2004 dan memainkan peranan penting dalam era Roman Abramovic yang dipenuhi dengan trofi.

Drogba bersama trofi yang dimenanginya sepanjang bersama Chelsea. Meriah

“Selepas 20 tahun bermain bola sepak, saya mengambil keputusan untuk menamatkan karier permainan saya.”

Kelab terakhir Drogba sebelum bersara adalah Phoenix Rising, kelab yang berpengakalan di Amerika Syarikat yang mana beliau juga adalah pemilik bersama kelab tersebut.

“Ini merupakan cara terbaik untuk saya bercara kerana saya dapat membantu bakat-bakat muda berkembang menjadi pemain yang lebih baik.”

“Cara terbaik untuk saya bersara adalah dengan memberikan sesuatu kepada sukan ini kerana saya telah mempelajar banyak perkara sepanjang karier saya.”

Drogba berjaya memenangi 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam 8 tahun pertamanya bersama The Blues selain 4 trofi Piala FA dan 2 Piala Liga.

Beliau juga muncul sebagai pemenang kasut emas sebanyak dua kali iaitu bagi musim 2006/2007 dan 2009/2010. Beliau meninggalkan Chelsea buat kali pertama selepas membantu kelab tersebut menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dengan menewaskan Bayern Munich menerusi penentuan sepakan penalti.

Jika Liverpool mempunyai ‘Miracle of Istanbul’, Chelsea pula mempunyai satu malam yang tidak akan dilupakan di Munich

Ia merupakan malam yang cukup bermakna buat Drogba kerana beliau berjaya menjaringkan gol pada saat terakhir perlawanan untuk mengikat perlawanan ke masa tambahan. Drogba sekali muncul hero buat Chelsea apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir untuk mengesahkan trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab tersebut.

Di peringkat antarabangsa pula, Drogba berjaya menjaringkan 65 gol dari 105 penampilan untuk Ivory Coast. Beliau mewakili Ivory Coast dalam tiga edisi Piala Dunia dan dinamakan sebagai Pemain Tahunan Afrika sebanyak dua kali.

BACA:  Video: Bukti Kemuliaan Hati Kante Melayan Peminat Tak Kira Tempat Dan Masa