Diego Costa Dedahkan Kunci Utama Gandingannya Bersama Suarez

Diego Costa telah mendedahkan kunci utama yang akan menjadi penanda aras kepada gandingannya bersama bekas penyerang sensasi Barcelona, Luis Suared yang baru dirembat oleh Atletico Madrid.

Luis Suarez dan Diego Costa merupakan ‘penjahat’ yang terkenal di Premier League dan mempunyai rekod karier yang boleh dikatakan sangat berjaya dengan julangan Piala domestik.

Persoalan timbul dikalangan peminat bola sepak bagaimana dua penyerang yang terkenal dengan kontroversi yang bukan-bukan di padang itu akan bergandingan bersama.

Sudah ditakdirkan untuk bermain bersama di bawah panji Atletico Madrid yang kini di bawah naungan Diego Simeone yang boleh tahan gilanya, Diego Costa telah ditanya bagaiman beliau akan beraksi bersama Suarez?

Tnapa berselindung lagi Costa telah mendedahkan kunci utama yang akan menjadi pegangannya nanti dengan ringkas padat, sendat dan kelakar.

“Ini sangat bagus, salah seorang daripada kami akan menggigit dan seorang lagi akan menendang.”

—-

“It’s really good, one of us bites and the other kicks.”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Diego Costa ini nyata disukai oleh peminat yang menyaksikan beliau sedar akan kontroversi dan kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang kariernya.

Mengulas mengenai kedatangan Luis Suarez ke Atletico Madrid dan debut yang cemerlang, Diego Costa seakan tidak percaya bahawa beliau dan Suarez akan dapat bergandingan kerana pelik kenapa Barcelona melepaskan Suarez.

Luis Suarez telah memberi impak segera walaupun masuk untuk bermain hanya untuk tempoh 20 minit sahaja dengan merencana tiga gol dengan dua jaringan dan satu assist.

“Aku tak faham bagaimana Barcelona boleh melepaskan pemain seperti Luis Suarez”

Jalan cerita dan pengakhiran karier Diego Costa dan Luis Suarez bersama kelab terakhir mereka sebelum menyertai Atletico Madrid hampir sama.

Costa tidak lagi diinginkan oleh Antonio Conte ketika di Chelsea dan Suarez pula dilayan seperti sampah apabila tidak berada di hati Ronald Koeman dan terus diperangi Presiden Barcelona.

Suarez minggu lalu secara rasminya telah menjadi pemain Atletico Madrid selepas dilepaskan oleh Barcelona dengan nilai £5.5 juta dan telah membuat debut ketika Atletico menewaskan Granada 6-1.

Pada minit ke-70, Diego Someone telah memasukkan Luis Suarez dan mengeluarkan Diego Costa ketika Atletico Madrid sedang mendahului Granada dengan jaringan 3-0.

Dua minit di padang berjaya mencatatkan assists untuk jaringan keempat Atletico yang telah dijaringkan oleh Marcos LIorente yang juga baru saja dimasukkan menggantikan Joao Felix.

Pada minit ke-85, Luis Suarez berjaya menjaringkan gol debutnya bersama Atletico selepas berjaya menanduk masuk bola hantaran dari LIorente.

Jorge Molina menjaringkan gol saguhati untuk Granada pada minit ke-87 sebelum Luis Suarez sekali lagi menjaringkan gol kedua untuk debutnya dan gol keenam untuk Atletico.

Adakah gandingan dua pemain penyerang Kontroversi ini akan melahirkan duo yang berbisa lagi menakutkan di Eropah? Sorang menggigit sorang menendang.

BACA:  Suarez Rai Gol Dengan Menganjing Ronald Koeman