Diego Forlan Mendedahkan Kualiti Messi Yang Tidak Ada Pada Ronaldo

Bekas penyerang Manchester United Diego Forlan telah mendedahkan perbezaan kualiti yang ada pada Lionel Messi dan kualiti itu tidak dimiliki oleh Cristiano Ronaldo walaupun sebesar zarah.

Tidak sukar untuk kita mencari satu persamaan antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kerana Kedua-dua pemain ini mampu menjaringkan gol.

Sangat ketara persamaan kedua-dua pemain terbaik pada abda ke-21 ini. Musim lepas sejak 2008/09, Trofi Pichichi yang merupakan anugerah bagi penjaring terbanyak La Liga tidak menjadi milik pemain lain kecuali Ronaldo atau Messi.

Pemain Barcelona dan Real Madrid ini mempunyai sikap yang berbeza, Messi seorang yang sederhana dan tidak mementingkan diri. Akan menyertai keraian gol bersama rakan-rakan. Manakala Ronaldo akan ada menunjukan sikap kecewa bila ada yang tidak kena dengan cara beliau.

Dari segi gaya permainan mereka tidak sama. Pemain Argentina ini bermain seperti ahli silap mata yang penuh gaya dan helah lantaran bakat semulajadi yang ada. Manakala Ronaldo merupakan pemain yang bergantung kepada kekuatan dan kemampuan fizikal yang diperolehi dari kerja keras beliau.

Walaupun berbeza gaya permainan tetapi hasilnya sama iaitu jaringan gol.

Forlan Memenangi Pichichi Dua Kali

Sebelum El Pistolero ‘Abang Gigit’ Luis Suarez memecah dominasi Ronaldo dan Messi sebagai pemenang Pichichi pada musim 205/16, Diego Forlan merupakan pemenang terakhir anugerah tersebut.

forlan-pichichi

Diego Forlan pada musim 2008/09 beraksi bersama Atletico Madrid telah menjaring 32 gol dan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak. Forlan juga pernah memenangi Pichichi pada 2004/05 dengan 25 gol ketika bersama The Yellow Submarine, Villareal.

Kualiti Messi Yang Tidak Ada Pada Ronaldo

Pemain Uruguay ini pernah bermain bersama Ronaldo di Manchester United dan mereka pernah memenangi Piala FA pada 2004. Forlan sempat beraksi hanya satu musim penuh sahaja bersama Ronaldo sebelum ke Villareal dan itu sudah cukup untuk Forlan berbicara mengenai cara permainan Ronaldo.

Bintang Real Madrid itu telah meningkat dengan begitu ketara sejak menyertai United ketika berumur 18 tahun pada 2003. Tetapi kegilaan dan kecintaan Ronaldo dalam menjaringkan gol tidak pernah berubah walaupun seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Eh silap, walaupun sedikit.

Sejak Ronaldo tiba di England hinggalah sekarang terdapat satu perkara yang membuatkan Forlan berasa kecewa dengan Ronaldo dan Forlan tidak teragak-agak untuk meluahkan kekecewaannya itu bagi mencari ketenangnan abadi di hati.

Forlan percaya Ronaldo tidak sama seperti Messi kerana Ronaldo kurang mengambil berat tentang permainan dan hanya mahu menjaringkan gol

“Hanya itu sahaja peranan (menjaringkan gol) Ronaldo dalam perlawanan yang saya harap tidak akan berubah” Luah Forlan.

Deigo Forlan berpendapat Ronaldo sekarang lebih kepada menjadi seorang penyudah di depan gol dan sudah tidak mempunyai sentuhan individu yang ajaib seperti Messi.

“Semasa saya beraksi bersama Ronaldo dan tahun pertamanya di Real Madrid, beliau selalu menggelecek pemain lawan untuk suka-suka dan menikmati perlawanan seperti Messi. Sekarang beliau lebih kepada sentuhan penyudah yang membunuh di depan gol.

Forlan juga menambah dikala Ronaldo sudah kehilangan sentuhan ajaib, Messi masih mempunyainya sehingga sekarang.

“Messi  mempunyai sentuhan penyudah, tetapi Messi juga masih mempunyai kebolehan untuk melepas 2,3 orang pemain dan mengubah permainan.”

Maka itulah pendapat Forlan yang membezakan kualiti yang ada pada Ronaldo dan Messi. Ada benar juga pemerhatian Forlan, Ronaldo sudah kehilangan sentuhan ajaib tetapi Ronaldo masih berbisa di depan gol.

Baca Juga

Baca Juga