Digantung Lima Tahun Dari Sukan Bola Sepak Kerana Menggigit Alat Sulit Lawannya

Seorang pemain bola sepak telah digantung selama lima tahun dari bermain bola sepak kerana pergaduhan pasca perlawanan dengan salah satu lawannya.

Kejadian yang mengerikan itu berlaku pada bulan November tahun lalu di timur Perancis untuk perlawanan divisi kedua liga tempatan antara Terville dan Soetrich.

Sekiranya anda ada masalah trauma atau mudah terkejut berhati-hati ketika membaca. Kerana berita ini agak menyeram dan menyedihkan.

Dalam perlawanan itu dua orang pemain dari kedua-dua pasukan mula bergaduh, namun salah seorang pemain dari Terville telah cuba untuk menghentikan pergaduhan itu.

Salah seorang pemain dari Soetrich tidak selesa melihat beliau campur tangan dalam pergaduhan dua pemain yang sedang bertumbuk itu.

Niat baik beliau untuk meleraikan pergaduhan bertukar menjadi tragedi apabila, seorang dari pemain Terville telah memegang beliau lalu menggigit bahagian sulitnya dengan kuat.

Terkena bola saja pon dah boleh putus nyawa di buatnya apa lagi kena gigit dengan kuat. Bayangkan saja kesan dari gigitan yang tidak diingini itu mengakibatkan beliau menerima 20 jahitan.

Maguire baru tendang Batshuayi di kawasan sama pon ramai dah bising mengapa beliau tidak dikenakan tindakan buang padang. Bayangkan kalau insiden seperti ini berlaku di Liga-liga besar dunia apa agaknya akan berlaku.

Tribunal tatatertib dipanggil untuk menyelesaikan hukuman yang bakal dikenakan kepada si penggigit dan mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu.

Lelaki yang disakiti dengan digigit bahagian sensitive nya itu telah dihukum penggantungan selama enam bulan. Sakit dapat kena hukum lagi, sungguh malang nasib beliau yang cuma mahu meleraikan pergaduhan.

Untuk si penggigit itu pula beliau telah dihukum penggantungan selama lima tahun dari bermain bola sepak menurut Daily Mail.

The Mosellan Football District’s” Emmanuel Saling berkata, kedua-dua pasukan bersalah dalam insiden pergaduhan seperti ini.

“Peristiwa tragik itu berlaku selepas pertandingan, di tempat letak kereta stadium. Terdapat pergaduhan dan ada yang masuk campur membuatkan keadaan semakin buruk,”

kata Encik Saling.

“Ia agak jarang berlaku untuk tempoh beberapa tahun, ada kurang daripada 10 kes setiap tahun. Kes itu agak terpencil tapi,tentunya ada ketegangan yang buruk”

Jawatankuasa disiplin perlu memanggil seorang saksi pakar untuk kes itu kerana ia luar biasa.

Untuk pengatahuan perlawanan pada November lalu itu berakhir dengan keputusan seri 1-1. Berikutan keputusan seri itu Terville dan Soetrich berkongsi satu mata dan ia adalah mata pertama untuk pasukan Terville musim ini.

Pasukan Terville telah dihukum penolakkan dua mata berikutan insiden ini dan mereka cuma ada satu mata sepanjang musim ini. Mereka juga telah didenda 200 Euro.

Kelab itu dihukum kerana tidak memenuhi kewajiban keselamatan mereka. Hal ini kerana tiada pengawal yang mengawal insiden itu dan tiada pengawai yang bertindak ketika pergaduhan itu berlaku.

Semoga tiada lagi pemain bola atau sesiapa sahaja mengulangi perbuatan itu. Kasihanilah lawan anda. Jangan digigit masa depan mereka.

Baca Juga

Baca Juga