Digelecek Pertahanan Chile, Messi Jadi Bahan Ketawa Warganet

Tanpa disedari ramai orang, Piala Copa America sebenarnya sudahpun mula berlangsung dan perlawanan pusingan pertama sudahpun dimainkan oleh lapan pasukan.

Pagi tadi, finalis Piala Dunia 2014, Argentina terpaksa berpuas hati berkongsti mata dengan pasukan Chile, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Pemain terbaik dunia, Leo Messi, terlebih dahulu membuka jaringan menerusi satu tendangan bebas yang padu daripada di mana bola melencong laju tepat ke bucu gol Chile tanpa sempat penjaga gol Chile membuat apa-apa.

Gol tersebut menjadikan Messi muncul sebagai penjaring gol menerusi tendangan percuma paling banyak dalam sejarah bola sepak dengan 57 gol, satu gol mengatasi pemain yang sering dilaga-lagakan oleh peminat dengannya – kapten Portugal, Cristiano Ronaldo.

Selepas itu serangan demi serangan daripada Argentina gagal menembusi gol Chile, sebaliknya pada minit ke-57, Eduardo Vargas muncul wira apabila menjaringkan gol penyamaan.

Messi, belum pernah menjulang sebarang piala bersama pasukan Argentina, kecuali pingat emas Olimpik pada tahun 2008 dan kegagalannya membawa Argentina menjuarai sesuatu  di peringkat tertinggi telah dijadikan modal oleh pembencinya yang menafikan pemain genius ini sebagai pemain terbaik sepanjang zaman atau GOAT.

Dalam perlawanan menentang Chile tersebut, berlakunya satu kejadian di mana kalau kita tengok sebenarnya biasa-biasa sahaja, tetapi bagi pembenci Messi, ini adalah satu modal yang besar boleh digunakan untuk mengejek pemain ini.

Pada separuh masa kedua, Messi cuba untuk menggelecek melepasi dua pertahanan Chile namun ketika dia terkial-kial mengawal bola, kapten Chile, Guillermo Maripan berjaya mengekang asakan tersebut, lalu bola bergolek ke penjuru padang.

Messi yang geram dengan kegagalannya menggelecek, terus melakukan tekanan kepada bola di kaki Maripan di penjuru padang.

Ketika Messi menghulurkan kakinya ke arah Maripan, dengan selamba Maripan menguis bola dan menggelecek melepasi Messi dengan gaya gelecekan Messi, lalu cuba menghantar bola kepada rakannya.

Tapi sayang, bola keluar padang pula. Gelecekan Maripan adalah seperti video di bawah.

Kalau nak ikutkan, gelecekan tu biasa sahaja, tapi bila Messi yang digelecek, maka ini mencetuskan sensasi internet tertumanya di Twitter, di kalangan pembenci bintang Barcelona ini.

Maka, bermulalah episod mengejek Messi di Twitter, di mana ada yang mempersoalkan Messi sebagai GOAT, dan ada juga yang memuji Maripan kerana berjaya menggelecek GOAT dengan gaya sebegitu.

Sebaik perlawanan tamat, Maripan diangkat sebagai pemain terbaik Chile di atas padang, tetapi bukan kerana aksinya yang memalukan Messi tersebut, sebaliknya kehebatannya mengemudi barisan pertahanan yang kerap kali mengecewakan pemain serangan Argentina.

Kalau kita buka kitab sejarah, Maripan mula bermain untuk Chile pada tahun 2017, ketika dua berusia 23 tahun. Setakat ini, dia telah mewakili negaranya sebanyak 29 kali dan menjaringkan dua gol.

Ketika Chile menjuarai Copa America selama dua tahun berturut-turut, pada 2015 di laman sendiri, dan pada tahun 2016 di Amerika Syarikat, Maripan pada waktu itu masih terlalu muda dan tidak menonjol bersama Universidad Catolica.

Selepas perlawanan hari ini, Chile akan turun menentang Bolivia pada hari Ahad ini, kemudian diikuti Uruguay pada 22 Jun nanti, sebelum melengkapkan jadual kumpulan A dengan menentang Paraguay pada 25 Jun.

Manakala Argentina pula bakal berdepan Uruguay pada hari Isnin, sebelum melayan Paraguay pada 22 Jun. Perlawanan terakhir Argentina pada peringkat kumpulan adalah menentang pasukan belasahan, Bolivia, pada 29 Jun.

Dengan barisan pemain yang ada seperti Messi, Angel di Maria, Sergio Aguero dan Lautaro Martinez, Argentina dilihat tidak mempunyai masalah untuk melepasi kumpulan A dan sekurang-kurangnya layak ke perlawanan separuh akhir.

Baca Juga

Baca Juga