Dinamik Guilherme de Paula Memacu Kecemerlangan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur seperti hilang sumber dinamik ditengah padang ketika melalui fasa 5 kekalahan daripada 5 perlawanan awal dan terjerumus ke kelompok bawahan Liga Super.

Situasi ini menyaksikan ketua jurulatih Kuala Lumpur ketika itu Yusri Che Lah mengambil tanggungjawab di atas prestasi buruk dengan meletakkan jawatan.

Yusri meletak jawatan selepas tewas kepada Selangor 2-3, perlawanan ke-5 Liga Super. Selepas pemergian Yusri Kuala Lumpur kembali menemui sentuhan.

Lelaki yang menjadi faktor dan punca kebangkitan kembali Kuala Lumpur adalah Guliherme de Paula.

Guliherme de Paula pulih dari kecederaan dan kembali berada di kesebelasan utama pada perlawanan ke-6.

Indra Putra Mahayuddin kembali menemui sentuhan lamanya selepas Guilherme kembali

Selepas itu Guilherme muncul dalam 9 perlawanan berturut-turut sehingga semalam dan memacu kecemerlangan Kuala Lumpur.

Dinamik daripada Guilherme membawa Kuala Lumpur keluar dari fasa teruk.

Indra Putra Mahayuddin seperti mempunyai seorang rakan bagi memacu Kuala Lumpur keluar dengan keputusan lebih baik.

Kuala Lumpur memperbaiki catatan dari 5/5 kalah kepada 4 menang, 3 seri dan 2 tewas melalui 9 perlawanan tanpa Yusri.

Ratio jaringan meningkat hampir 2 gol setiap perlawanan.

Guilherme dan Indra menyumbang 14/19 jaringan Kuala Lumpur pada fasa tersebut.

Azmi Muslim tiba tepat pada masanya dan terus menjadi pemain utama sejurus pertukaran jurulatih.

Diambil dari pasukan yang digantung, Perlis pemain ini menjadi kelompok pemain yang membawa keluar Kuala Lumpur dari terus menjunam.

Siapakah pemain yang terkeluar dari kesebelasan utama selepas Guilherme dan Azmi menembusi skuad ini?

Langkah kanan buat Azmi Muslim bersama Kuala Lumpur selepas kecewa dengan krisis di Perlis

Pemain import dari Jepun yang bermain di posisi tengah tewas dalam perebutan poisisi.

K.Lumpur menambah pemain serangan dengan mengurangkan pemain tengah. Ryutaro tersisih, Guilherme kembali.

Ryutaro terpaksa bersaing dengan Paolo Joseu dan Zhafri Yahya jika Kuala Lumpur bermain dengan 2 pemain tengah.

Seperti perlawanan semalam Ryutaro dimainkan jika Kuala Lumpur menggunakan 3 pemain di tengah.

Fitri Omar mula mendapat saingan kuat dari Azmi Muslim. Azmi mula memecah masuk sebagai pemain utama.

Dalam statistik permainan Fitri merupakan seorang pemain yang agak agresif dengan 6 kad kuning dalam 10 penampilannya.

Kuala Lumpur menjaringkan 19 sepanjang kemunculan Guilherme de Paula dalam 9 perlawanan terakhir

Digantung 1 perlawanan kerana 3 kad kuning dan 1 lagi kad kuning di Piala Fa dan liga bakal menyaksikan pemain ini digantung 2 perlawanan lagi.

Sementara itu dalam 8 penampilan Azmi, pemain ini masih bebas dari sebarang kad.

Sekurang-kurangnya 2 pemain baharu muncul diantara titik teruk dan baik pasukan ini. Perubahan jurulatih dan prestasi Indra tidak dijangka.

Satu dari 3 perkara tersebut adalah faktor Guilherme.

Adakah pemain ini wajar menjadi 11 pemain terbaik separuh musim? Paling kurang mungkin namanya perlu ada di 22 terbaik.

Baca Juga

Baca Juga