Diogo Dalot Berkongsi Gambar Ngeri Kecederaan Yang Menimpanya Ketika Aksi Bertemu Villa

Diogo Dalot telah berkongsi gambar ngeri melibatkan kecederaan ankle yang beliau alami ketika aksi kemenangan 1-0 mereka menewaskan Aston Villa awal pagi tadi.

Manchester United berjaya mara ke pusingan keempat saingan FA Cup musim ini, selepas kejayaan mereka menewaskan Aston Villa di Old Trafford.

Dalam perlawanan tersebut, Diogo Dalot telah terlibat dalam satu insiden pelanggaran yang agak mengerikan, dengan darah jelas terlihat memancut dan melekat di stokin beliau.

Petugas kesihatan United kemudiannya meluru masuk ke padang untuk memberi bantuan kepada Dalot, dengan Aaron Wan-Bissaka juga turut bangun dan bersedia untuk di bawa masuk.

Walau bagaimanapun, Dalot menegaskan yang beliau masih mampu untuk terus bermain, dan apa yang mengejutkan, beliau mampu bermain sehingga tamat perlawanan.

Fabrizio Romano kemudiannya telah berkongsi gambar ankle pemain berusia 22 tahun itu, dan ia jelas sangat mengerikan.

Seram bukan? Hampir nampak tulang dan ia jelas bukan kecederaan biasa-biasa.

Dalot memuat naik gambar tersebut di laman twitter dengan beliau turut menulis:

β€œTerima kasih atas segala mesej. Semuanya baik-baik sahaja sekarang dengan bantuan dari doktor. Untuk yang seterusnya! Gambar yang bagus untuk sesiapa yang menyukai anatomi.”

Pemain kebangsaan Portugal itu menghabiskan sepanjang musim lalu bersama AC Milan sebagai pemain pinjaman, selepas beliau gagal untuk mendapat tempat di Old Trafford.

Aaron Wan-Bissaka terlalu dominan di posisi tersebut ketika United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, dan kini sepertinya tempat itu sudah menjadi milik Dalot.

Milan berhasrat mahu mendapatkan beliau sebagai pemain pinjaman sekali lagi, namun Man Utd tidak membenarkan pemain muda mereka itu untuk pergi ke mana-mana pada ketika ini.

Pengurus interim kelab, Ralf Rangnick jelas sekali lebih berminat untuk menggunakan khidmat Dalot, dengan bintang Portugal itu telah tampil dalam lima dari tujuh perlawanan sepanjang dikendalikan oleh pengurus dari Jerman itu.

Scott McTominay muncul sebagai wira Man Utd selepas beliau berjaya menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan ini yang membawa United ke pusingan keempat pertandingan ini.

Villa dua kali berjaya merobek gawang United menerusi Danny Ings dan Ollie Watkins namun kedua-duanya dibatalkan oleh pengadil perlawanan, Michael Oliver.

Gol jaringan Ings dibatalkan kerana pengadil mendakwa Jacob Ramsey sebenarnya telah mengasari Edinson Cavani ketika build up gol tersebut.

Sementara gol Ollie Watkins pula dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana mendakwa beliau berada di kedudukan offside sebelum bola masuk ke gawang gol setan merah.

Agak mengejutkan untuk melihat Dalot masih mampu bermain sehingga tamat perlawanan, selepas melihat bagaimana teruknya keadaan ankle beliau ketika insiden itu berlaku.

Sudah tentu beliau bermain dalam kesakitan, dan mungkin juga kesakitan itu lebih dirasai selepas tamat perlawanan tersebut.

Kemenangan United sepertinya menyembuhkan sedikit luka beliau itu kerana pengorbanan besar yang beliau lakukan membuahkan hasil yang lumayan.

Manchester United selepas ini dijadualkan akan bertemu dengan Middlesbrough di pusingan keempat saingan FA Cup dan perlawanan tersebut akan turut dilangsungkan di Old Trafford.

Untuk aksi saingan Premier League pula, Manchester United selepas ini akan sekali lagi turun beraksi bertemu Aston Villa, dan perlawanan selepas ini akan dilangsungkan di Villa Park.

Kedua-dua pasukan sangat terdesak mahu dapatkan tiga mata penuh dari perlawanan tersebut, dalam usaha mereka untuk memperbaiki kedudukan masing-masing dalam carta saingan Premier League.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Dalot, Hojlund dan Taktikal Amorim: Mengapa United Gagal Maksimumkan Serangan?