‘Dipecat, Tetapi Kontrak Ditambah 2 Tahun’ – Klausa Pelik Jurulatih Cagliari Yang Sukar Difahami

Walter Mazzarri telah dipecat oleh kelab Serie A, Cagliari dan secara tidak langsung ia mengaktifkan klausa penyambungan kontrak beliau bersama kelab Itali itu sehingga 2024!

Turut pernah mengendalikan Watford, Mazzarri telah dipecat oleh Cagliari pada Isnin lalu pada ketika kelab tersebut berada di kedudukan ke-17 liga – 2 mata di luar zon penyingkiran dan musim berbaki 3 perlawanan.

Cagliari turut telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemecatan Mazzari di laman sesawang rasmi kelab.

Klausa pelik contrak Mazzarri

Walaupun dipecat, secara teknikal Cagliari masih lagi menjadi majikan Mazzarri sehingga 24 disebabkan oleh klausa pelik yang dilaporkan berada di dalam kontrak jurulatih itu.

Pada September lalu Mazzarri dikatakan memperbaharui kontrak bersama kelab itu yang menyelitkan klausa: kontrak secara automatik disambung sehingga 2024 sekiranya dipecat daripada jawatan sekarang jika kelab berada di luar zon penyingkiran.

Walaupun tewas 2-1 kepada Verona pada hujung minggu lalu, Cagliari masih berada di zon selamat selepas pasukan di kedudukan ke-18, Salernitana sekadar seri 1-1 menentang Atalanta pada Isnin.

Apa nasib Mazzarri?

Cagliari akan meneruskan perjuangan mengelak daripada tersingkir dari Serie A pada Ahad akan datang menentang Saleritana – yang memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding Cagliari.

Kelab Sardinian itu akan berhadapan Inter Milan dan Venezia dalam dua perlawanan sukar untuk dua perlawanan terakhir pada musim ini.

Jurulatih skuad remaja Cagliari, Alesandro Agostini dijangka akan mengendalikan tiga perlawanan terakhir pasukan itu.

Manakala Mazzarri – antara calon mengambil alih Liverpool sebelum ketibaan Jurgen Klopp – akan diberikan cuti khas.

Jika laporan mengenai klausa pelik di dalam kontrak Mazzarri itu benar – maka beliau boleh menerima pampasan yang lumayan.

Baca Juga

Baca Juga