Anderson Arroyo ibarat pemain yang dilupakan di Liverpool apabila sehingga kini masih belum melakukan sebarang penampilan untuk The Reds walaupun menyertai kelab Merseyside itu sejak 2018.
Arroyo diyakinkan untuk menyertai Liverpool dari kelab Colombia Fortaleza selepas menarik perhatian pencari bakat kelab itu di Kejohanan B-20 Amerika Selatan.
Berusia 18 tahun pada ketika itu, pemain pertahanan tengah yang turut boleh beraksi sebagai bek kanan dilabel sebagai ‘the next big thing’ di Anfield.
Arroyo segera dipinjamkan ke kelab divisyen ketiga Sepanyol Real Mallorca selama 18 bulan sebaik sahaja menyertai Liverpool pada 2018 kononnya untuk mendapatkan pengalaman.
Dan pada hari ini sudah pasti rata-rata penyokong Liverpool akan terpinga-pinga bingung-bingung dan pening lalat jika ditanya siapakah Arroyo.
🚨Forget that Liverpool still have another right-back!! Anderson Arroyo, 23-year-old right-back, Colombian nationality (Louis Diaz junior) moved to Liverpool in 2018, but did not receive a work permit. Last season, he was loaned to Spanish club Alaves. #LFCFamily pic.twitter.com/5jZSvjlqNr
— DNA.Thekop (@Kittisakyaprom) June 18, 2023
Ini tidaklah menhairankan walaupun untuk penyokong yang mengakui diri terpaling Liverpool. Keseluruhan karier Arroyo bersama Liverpool adalah di luar Anfield secara pinjaman.
Selain Mallorca, Arroyo turut pernah beraksi bersama Gent di Belgium, Mlada Boleslav di Republik Czech, dan Salamanca, Mirandes dan Alaves di Sepanyol.
Pada awal musim ini Arroyp menyertai kelab yang dimiliki Gerrard Pique FC Andorra yang bertanding di divisyen kedua bola sepak Sepanyol.
Enam tahun sejak menyertai Liverpool, ada hari ini di usia 24 tahun Arroyo masih ternanti-nantikan debut bersama Liverpool dan sehingga kini masih kempunan walaupun untuk beraksi bersama skuad simpanan kelab itu.
Sebab utama yang membataskan Liverpool menggunakan khidmat Arroyo adalah isu berkaitan permit kerja. Satu-satunya cara pemain itu boleh beraksi untuk Liverpool adalah sekiranya dia pernah beraksi di La Liga atau dipanggil menyertai skuad kebangsaan Colombia.
Anderson Arroyo has completed a loan move to FC Andorra for the 2023-24 season. ⤵
— Liverpool FC (@LFC) July 18, 2023
Buat masa ini Liverpool masih berharap perkara itu akan berlaku. Tetap yakin dengan kemampuan Aroyyo, Liverpool telah menawarkan lanjutan kontrak sehingga musim panas 2025 untuk pemain itu pada permulaan musim lalu.
Arroyo mampu melepasi syarat tersebut bersama Andorra. Kelab Sepanyol itu kini berada di kedudukan ke-15 Liga Segunda, dan hanya ketinggalan enam mata untuk ke play-off dengan baki 11 perlawanan lagi untuk diharungi.
Sepanjang kempen musim ini Arroyo telah melakukan lapan penampilan setakat ini, tetapo hanya berada di dalam kesebelasan utama sekali sahaja daripada enam perlawanan terakhir di semua pertandingan.
Itupun Arroyo dikeluarkan selepas 45 minit beraksi dalam perlawanan yang berakhir dengan kekalahan 4-3 kepada Mirandes pada September lalu.
Bercakap kepada Liverpool.com pada 2022, Arroyo pernah berkata: “Liverpool sentiasa memberi perhatian terhadap saya sepanjang tempoh pinjaman.
“Saya bertekad untuk mencipta nama di bola sepak Eropah pada satu hari nanti, dan saya mahu melakukannya bersama Liverpool.
.
.
.
.
.Mabuk ketum.