Ditolak Bidaan £19 Juta Sebelum Ini, Kini Arsenal Berpeluang Dapatkan Tielemans Secara Percuma

Pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, Leicester menolak tawaran £19 juta daripada Arsenal untuk mendapatkan Youri Tielemans yang memasuki tahun akhir dalam kontraknya musim ini.

Leicester dikatakan meminta sekurang kurangnya £32 juta untuk pemain itu. Angka itu dianggap terlalu mahal oleh Arsenal untuk pemain yang berada di kontrak akhir.

Leicester yakin akan dapat meyakinkan pemain itu menandatangani perjanjian baharu dengan mereka.

Namun kini, pemain itu masih tidak melanjutkan kontrak dengan Leicester dan menuju ke bulan bulan terakhir dalam kontraknya.

Arsenal dilaporkan berada dalam ‘kedudukan terbaik’ untuk menandatangani Youri Tielemans apabila kontrak pemain tengah Leicester itu tamat pada penghujung musim ini menurut laporan.

The Gunners telah dikaitkan kuat dengan pemain Belgium itu pada masa lalu dan boleh mencapai perjanjian murah pada musim panas akan datang.

Pemain tersebut bermain di posisi tengah. Dan profilenya menepati kehendak Arteta. Lebih lebih lagi Arsenal kerapkali berdepan krisis kecederaan pemain seperti Thomas Partey.

Seterusnya, Tielemans memiliki kualiti pemimpin yang diinginkan oleh Mikel Arteta.

Arsenal gembira dengan ramalan Supercomputer

Musim ini Tielemans dan pasukannya Leicester bergelut dengan prestasi dalam Liga Perdana Inggeris.

Selain Arsenal, Manchester United serta beberapa kelab di luar England juga telah menunjukkan minat terhadap pemain berusia 25 tahun itu.

Arsenal dilaporkan berada di tempat terbaik untuk menyelesaikan perjanjian, dengan ketua jurulatih Mikel Arteta masih berharap untuk mengukuhkan bahagian tengahnya.

Kelab London utara sebelum ini telah mempertimbangkan untuk membuat bidaan untuk Tielemans tetapi telah memutuskan untuk menunggu sehingga kontrak pemain itu tamat.

Pada kedudukan semasa, Arsenal dilihat pasukan yang benar benar mampu menarik minat Tielemans. Ianya selepas The Gunners mulai menunjukkan hasil yang baik daripada proses yang dibina Arteta sebelum ini.

Arsenal juga dikatakan mendapat tahu bahawa Juventus menarik diri daripada usaha mendapatkan Tielemans.

Ditambah pula dengan Borussia Dortmund yang dilihat sedikit melonggarkan minat mereka untuk mendapatkan pemain tersebut.

Dan ianya memberikan peluang lebih besar buat The Gunners.

Adakah Tielemans akan menjadi senjata baharu Arsenal di bahagian tengah pada musim hadapan?

Jika berjaya, ianya pasti kesabaran yang terbalas untuk Arsenal yang sanggup menunggu pemain itu menjadi ejen bebas.

Leicester turut dilaporkan sedia untuk mendengar tawaran £17 juta daripada mana mana kelab untuk pemain itu pada Januari ini. Nampaknya Leicester kesuntukan masa untuk menjual pemain itu.

Tetapi tetap terdapat sedikit kerisauan tentang Newcastle United yang turut mulai menunjukkan minat terhadap pemain itu.

Newcastle ada kemampuan menawarkan gaji dan kontrak yang lebih lumayan kepada pemain tersebut.

Arsenal meneruskan pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka.

Terbaru The Gunners membelasah Nottingham Forest 5-0 di halaman sendiri.

Arsenal kembali ke puncak liga selepas kemenangan bergaya tersebut. Reiss Nelson, Thomas Partey, Gabriel Martinelli dan Martin Odegaard kesemuanya berada dalam senarai penjaring.

Arsenal mengajar Liverpool cara sebenar menentang pasukan kelompok bawahan liga.

Selain daripada bersaing untuk EPL, Arteta menuntut Arsenal untuk memenangi peringkat kumpulan dalam UEL untuk mengelak lawan yang sukar dari kalangan pasukan UCL pada pusingan kalah mati.

Dengan prestasi semasa Arsenal, mereka kelihatan sukar untuk dihentikan. Kegusaran utama Arsenal ketika ini hanyalah kecergasan Bukayo Saka.

Pemain itu terpaksa dikeluarkan awal dalam aksi menentang Forest kerana kecederaan.

Beberapa pemain Arsenal turut cuba meyakinkan Gareth Southgate bahawa mereka berhak bermain di Piala Dunia untuk England termasuk Ben White.

BACA:  Sanchez Pilih Manchester United Untuk Menang Semua Piala Yang Ada