Djibril Cisse Telah Mengumumkan Persaraan Dari Dunia Bola Sepak

Bekas pemain Liverpool Djibril Cisse telah mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak selepas hampir 20 tahun berkhidmat selaku penyerang berbisa.
djibril-cisse-telah-bersara

Pemain berusia 34 tahun itu yang kali terakhir beraksi untuk Bastia di Liga Perancis tidak bersama dengan mana-mana pasukan sejak meninggalkan kelab itu hujung musim lepas.

Dia mengakui badannya sudah tidak mampu menahan tekanan tinggi bermain bola. Karier Cisse bermula di Auxerre pada tahun 1998 sebelum dipikat Liverpool pada 2004.

Pencapaian terbaik Cisse, membantu The Reds menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan UEFA Super Cup pada tahun 2005 ketika itu dibawah kendalian Rafael Benitez.

Namun dia mula menyuarakan hasrat untuk berpindah apabila Benitez menurunkannya di posisi sayap dan bukannya penyerang.

Cisse menyertai beberapa kelab selepas itu antaranya Marseille, Sunderland, Pananthinaikos, Lazio, Queens Park Rangers dan Kuban Krasnodar.

Maklumat Karier Djibril Cisse

djibril-cisse-telah-mengumumkan-persaraan

Baca Juga

Baca Juga