Doktor Fisio Baru Arsenal Kelihatan Seperti Fighter UFC

Pakar fisio baru Arsenal lebih kelihatan seperti petarung UFC berbanding kerjaya sebenarnya sebagai seorang doktor.

Menurut laporan dari sumber sahih, David Ornstein untuk The Athletic, Arsenal kini dalam perancangan untuk menggantikan Bruno Mazziotti dengan Chris Morgan.

Menurut laporan sama, Chris Morgan dijangka akan kembali ke Anfield untuk berkhidmat bersama Liverpool buat kali yang kedua dalam kerjayanya.

Mazziotti pula sebelum ini pernah bekerjasama dengan pegawai teknikal Arsenal, Edu di Corinthians dan pasukan kebangsaan Brazil.

Mereka berdua sudah sering bekerjasama dan dikatakan hubungan mereka sangat baik serta mereka memang mempunyai kesefahaman dalam urusan kerja.

Mazziotti dinilai sebagai seorang yang bagus menurut Neymar, Ronaldo Nazario, Thiago Silva dan Alexandre Pato yang mana beliau telah membantu bintang-bintang tersebut untuk segera pulih dari kecederaan.

Beliau telah bekerja bersama PSG sejak dari tahun 2018 lagi dan dijangka akan meninggalkan Juara Ligue 1 itu selepas tamat kejuaraan Eropah nanti selepas pemecatan ketua pegawai eksekutif beliau Martin Buchheit.

Selain dari mempunyai PHD dalam physiotherapy dan kemahiran bahasa Inggeris, doktor berusia 42 tahun itu turut mempunyai tali pinggang hitam dalam Jiu Jitsu.

Para peminat Arsenal dilaporkan sangat teruja dan gembira untuk menantikan kedatangan beliau untuk bersama the Gunners.

Nampaknya Sead Kolasinac bakal mempunyai persaingan dalam kelab, seorang doktor fisio yang mempunyai gaya serta potongan badan seperti petarung UFC.

BACA:  Liverpool Bantai Arsenal 5-1, Malam Penyokong Meriam Terasa Sakit Dikhianati