Sir Jim Ratcliffe berhadapan kemungkinan menjual semua pemilikannya di dalam Manchester united selepas 18 bulan melengkapkan pemilikan minoriti di dalam kelab itu pada bulan lalu.
Ratcliffe melengkapkan pemilikan 25% saham kelab dengan nilai £1.3 billion sehari sebelum Krismas, dan pengasas Ineos itu diberikan mandat untuk mengawal operasi bola sepak di United.
Pemilikan tersebut pada masa ini belum lagi dimuktamatkan sepenuhnya dan dijangka akan diselesaikan pada pertengahan Februari ini.
Ratcliffe bagaimanapun tidak membuang masa dan sudah pun mula bekerja dengan melawat beberapa fasiliti United sejak beberapa minggu lalu, termasuk hadir menyaksikan sendiri perlawanan United menentang Tottenham di Old Trafford pada hujung minggu lalu.
🔺 NEW: The Glazer family will have the power to sell Manchester United to another buyer and force Sir Jim Ratcliffe to sell his stake after 18 months, documents reveal.
Read more ⬇️https://t.co/vQAfsMqzc8
— Times Sport (@TimesSport) January 17, 2024
Pendedahan dokumen baharu perjanjian jual beli pemilikan bagaimanapun mendedahkan Ratcliffe berkemungkinan terpaksa menjual kembali semua saham miliknya selepas tempoh dua tahun pembelian tersebut dimuktamadkan.
The Times melalui pendedahan terbaru melaporkan beberapa syarat yang terkandung di antara Ratcliffe dan keluarga Glazer ketika mendapatkan saham minoriti kelab.
Dokumen yang dihantar kepada US Securities and Exchanges (SEC) itu menjelaskan bagaimana Glazer tidak boleh melakukan penjualan semula dalam tempoh setahun untuk baki saham selepas pemilikan oleh Ratcliffe dilengkapkan.
Glazers can force Jim Ratcliffe to sell Manchester United stake in 18 months, documents reveal.
Also: Qatari Sheikh Jassim failed to provide financing commitment guarantees – even up until Sept 2023.
Full story with @Lawton_Times here ⬇️⬇️:https://t.co/qFHIkpCATB pic.twitter.com/ETanJHfcSr
— Martyn Ziegler (@martynziegler) January 17, 2024
Glazer yang masih menjadi pemegang saham utama bagaimanapun berhak menjual baki pegangan mereka apabila tempoh tersebut tamat pada masa hadapan. Di dalam situasi ini sudah tentu Ratcliffe akan berhadapan masalah sekiranya Glazer menjual majoriti saham lebih besar kepada pihak ketiga.
Situasi ini bermakna Ratcliffe terpaksa menjual kesemua saham (25%) miliknya dan meninggalkan United.
Di dalam situasi ini Ratcliffe tiada pilihan kerana Lembaga Pengarah kelab mempunyai kuasa untuk mendesak pemilik saham biasa menjual semua pegangan untuk membenarkan penjualan penuh (100%) pemilikan- sekiranya Glazer memilih untuk berbuat demikian.