Dollah Salleh Digantung 9+9 Bulan Dan Didenda RM30 000

Jawatankuasa Tatatertib FAM telah memutuskan bahawa jurulatih pasukan Pahang Dollah Salleh digantung selama 18 bulan dan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bolasepak kelolaan atau anjuran FAM dan didenda sebanyak RM30,000.

Pemain tonggak Felda United Zah Rahan Krangar juga digantung 6 perlawanan dan didenda RM1000 kerana meludah muka pemain lawan. Sementara itu 2 pemain dari PKNP FC dan PKNS FC turut digantung serta denda.

Jurulatih penjaga gol PKNP FC dan PKNS FC digugurkan dakwaan terhadap mereka dan tiada hukuman dikenakan.

Dollah Salleh – Digantung 9+9 Bulan Dan Denda

Dollah Salleh digantung selama 18 bulan mengikut artikel 88 statut FAM dan didenda. Walaubagaimanapun Artikel 35 Kod Tatatertib FAM digunapakai, di mana Dollah dikenakan hukuman 9 bulan pertama dahulu dan 9 bulan lagi ditangguh jika berkelakuan baik.

Dollah digantung kerana membuat kenyataan media isu yang melibatkan FAM ketika perlawanan Felda United menentang Pahang pada 1 Julai 2017.

Mengikut hukuman dibuat FAM :

Perlawanan: Liga Super 2017, Felda United FC lwn Pahang pada 1 Julai 2017 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka

Kesalahan: Melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama dengan Artikel 88 Statut FAM akibat tindakannya yang membuat kenyataan/komen di ruangan media berhubung isu yang melibatkan FAM tanpa kebenaran dan secara terus atau inuendo boleh memberikan impak yang negatif ke atas nama baik dan reputasi FAM, selain daripada mengecam mengenai urusan pentadbiran hal-ehwal FAM (kepengadilan) atau pengelolaan Liga Malaysia selepas perlawanan berkenaan.

Hukuman: Penggantungan selama 18 bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bolasepak kelolaan atau anjuran FAM dan didenda sebanyak RM30,000. Walau bagaimanapun, jawatankuasa telah memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM di mana Defendan dikenakan penggantungan selama 9 bulan pertama dahulu (dari 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018) dan baki 9 bulan kedua (21 April 2018 hingga 20 Januari 2019) adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kepada kelakuan baik Defendan. Jika kesalahan yang sama berulang dalam tempoh 12 bulan selepas penggantungan pertama, maka hukuman penggantungan 9 bulan kedua akan dikuatkuasakan serta-merta terhadap Defendan. Hukuman ini boleh dirayu.

Zah Rahan Krangar – Gantung 2+4 Perlawanan

Zah Rahan Krangar digantung 6 perlawanan kerana meludah muka pemain Pahang dalam perlawanan Felda United menentang Pahang pada 1 Julai 2017. Zah Rahan dikenakan hukuman gantung 2 perlawanan terlebih dahulu.

Baki 4 perlawanan di tangguh dan tertakluk kepada kelakuan baik dalam tempoh 6 bulan.

Mengikut hukuman dibuat FAM :

Perlawanan: Liga Super 2017, Felda United FC lwn Pahang pada 1 Julai 2017 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(e) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya meludah di muka pemain lawan.

Hukuman: Penggantungan daripada bermain di dalam Perlawanan Rasmi dan Tidak Rasmi i.e. perlawanan Liga Malaysia dan perlawanan persahabatan untuk 6 perlawanan termasuk satu penggantungan automatik dan didenda sebanyak RM1,000. Walau bagaimanapun Jawatankuasa telah memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM di mana Defendan dikenakan penggantungan 2 perlawanan dahulu iaitu perlawanan bertemu Sarawak pada 11 Julai 2017 (penggantungan automatik) dan bertemu Perak pada 22 Julai 2017 manakala baki 4 perlawanan adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kepada kelakuan baik Defendan untuk tempoh 6 bulan selepas daripada tarikh penggantungan kedua. Hanya keputusan penggantungan boleh dirayu.

Pemain PKNS dan PKNP digantung serta denda

Muhammad Aizzat Bin Maidin Koty(PKNP FC) dan Amir Hafiz Bin Mohd Noor(PKNS FC) masing-masing digantung 2 perlawanan dan denda RM3000 kerana berkelakuan ganas dengan sengaja.

Mengikut hukuman dibuat FAM :

Perlawanan: Piala Presiden 2017, PKNP FC lwn PKNS FC pada 3 Julai 2017 di Stadium Mini 1Malaysia, Chemor

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan ganas dengan sengaja menendang di bahagian paha pemain PKNS FC, Amir Hafiz Bin Mohd Noor.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan ganas dengan sengaja menumbuk bahu di sebelah kiri pemain PKNP FC, Muhammad Aizzat Bin Maidin Koty.

Hukuman: Penggantungan 2 perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda sebanyak RM3,000. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

Digugurkan Dakwaan

Jurulatih penjaga gol PKNP FC, Zamri Bin Md Arif dan PKNS FC, Ashazar Bin Yahya digugurkan dakwaan atas kesalahan salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan.

Mengikut hukuman dibuat FAM :

Perlawanan: Piala Presiden 2017, PKNP FC lwn PKNS FC pada 3 Julai 2017 di Stadium Mini 1Malaysia, Chemor

Kesalahan: Salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan (Artikel 50 Kod Tatatertib FAM)

Hukuman: Jawatankuasa telah membuat keputusan untuk menggugurkan dakwaan terhadap Defendan. Oleh yang demikian, tiada sebarang hukuman tambahan yang dikenakan ke atas Defendan.

Sumber

Persatuan Bola Sepak Malaysia

Baca Juga

Baca Juga