Dollah Salleh Terkejut Dan MB Pahang Mahu Gol Goulon Dicalonkan Untuk Anugerah PUSKAS

Pahang berjaya menewaskan Perak 3-1 dalam saingan Piala FA 2019 peringkat separuh akhir di Kuantan. Pemain import Pahang, Herold Goulon menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini dan gol keduanya sungguh istimewa.

Herold Goulon menjaringkan gol kedua peribadi pada masa kecederaan melalui satu sepakan percuma dari tengah padang. Entah sepakan percuma Houlon terlalu padu dan mengelirukan atau Hafizul Hakim lalai dan tidur di gawang?

Gila gol padu.

Goulon Tak Sangka

Goulon sendiri tidak menyangka tendangan yang dilakukannya itu mampu menghasilkan jaringan yang sebegitu padu seperti yang diluahkan beliau kepada Harian Metro.

“Koi hanya fokus dan melakukan tendangan ke arah pintu gol lawan dan tidak sangka ia menghasilkan gol.”

“Memang terkejut tapi tuah menyebelahi koi untuk membantu Pahang meraih kemenangan selesa sebagai bekalan bagi separuh akhir kedua.” katanya.

Dollah Terkejut

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh juga nyata terkejut dengan jaringan itu kerana ketika sepakan dilakukan Goulon, Dollah sudah memalingkan pandang ke belakang.

“Sebaik Goulon melakukan tendangan, saya katakan apa yang sudah dilakukannya untuk melakukan sepakan seperti itu dan terus menoleh ke belakang.”

Dollah mengetahui gol itu apabila melihat pemain dan pegawai pasukan meraikan jaringan. Dollah menganggap gol itu bukan sahaja padu tetapi merupakan satu bekalan penting.

“Tapi koi terkejut apabila jurulatih dan pemain simpanan sedang meraikan gol yang dilakukan Goulon yang sememangnya tidak dijangkakan.”

“Apa yang boleh koi katakan gol ketiga itu begitu bermakna dan penting sebagai bekalan apabila bertandang ke Ipoh.” katanya.

MB Pahang Mahu Dicalonkan Untuk Anugerah PUSKAS

Sementara itu Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang menyaksikan perlawanan itu di kedai makan mengakui permainan yang dipamerkan Pahang sangat menarik.

“Meraikan kemenangan pasukan bolasepak Pahang bersama Dato’ Seri Shairuddin Ab Moin, Dato Aziz Kiram, DO Raub dan ketua-ketua kampung di restoran Anak Raub Corner.”

“Game cantik!”

Demi memenuhi aspirasi rakyat Malaysia maka, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail mahu gol Goulon itu dicadangkan untuk anugerah FIFA PUSKAS yang pernah diraih pemain Pulau Pinang iaitu Faiz Subri.

“Cantik jaringan Herold Guolon. Wajar dicalonkan untuk Anugerah FIFA PUSKAS.”

Faiz Subri Menang Anugerah FIFA PUSKAS

Detik bersejarah dalam bola sepak Malaysia apabila Faiz Subri dinobatkan sebagai pemenang Puskas Award yang merupakan anugerah tertinggi di pentas bola sepak dunia. Nak harapkan Malaysia ke Piala Dunia, Piala Asia pun tenat tetapi sudah pasti ada cahaya di hujung terowong terutama di waktu siang.

Hasil undian datuk, nenek, pakcik makcik, abang, adik, kakak termasuklah penulis serta seluruh rakyat Malaysia Faiz Subri akhirnya berjaya. Ada segelintir yang mempersoalkan pemakaian baju Melayu dan ucapan dalam bahasa Inggeris Faiz Subri dan menjadikannya sebagai satu isu. Persetankan mereka.

Malah ada yang menggelarkan diri mereka pakar dalam bola sepak mempersendakan mereka yang tidak meminati bola sepak tetapi mula mengambil tahu selepas Faiz Subri tercalon. Faiz Subri menjadi isu nasional sudah tentu akan menjadi bualan ramai kenapa perlu mempersendakan orang lain? Babikan saja mereka itu kekononnya mahu mengubah bola sepak negara.

Kejayaan Faiz Subri memberi satu harapan, kebanggaan, kegembiraan. Ramai berjaga malam bersengkang mata semata-mata mahu melihat kejayaan Faiz Subri perasaan yang hampir sama ketika Malaysia meraih 4 pingat perak di Olimpik tahun lalu.

Sebelum aku melalut tidak tentu kalu adalah baik kita melihat kembali detik dan ketika Faiz Subri diumumkan sebagai pemenang oleh Lagenda bola sepak Ronaldo yang sihat dan hayatilah video ucapan Faiz Subri.

Baca Juga

Baca Juga