Donnarumma Menangis Ketakutan Diugut Diluar Pusat Latihan

Penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma telah dilaporkan menangis ketakutan selepas diugut oleh sekumpulan penyokong yang dipercayai ultras yang muncul di pusat latihan.

Gianluigi Donnarumma menyertai AC Milan pada usia 14 tahun dan telah membuat lebih 200 penampilan selepas membuat debut di Serie A pada usia 16 tahun dan 242 hari.

Diusia 22 tahun, Gianluigi Donnarumma telah menobatkan dirinya sebagai antara penjaga gol terbaik dunia namun dengan situasi terkini ada yang tidak berpuas hati.

Gianluigi Donnarumma kini hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus sejak beberapa bulan lalu di mana kontrak bersama AC Milan akan tamat pada penghujung musim.

Yang lebih padu khabar angin perpindahan ini makin kencang menjelang perlawanan Rossoneri menentang The Old Lady yang merupakan satu perlawanan penting buat Juventus dan AC Milan.

AC Milan dan Juventus kini terikat dengan 69 mata yang sama ditempat keempat dan kelima, perlawanan ini menjadi penting kerana hanya kemenangan akan memberi tempat ke Champions League.

Juventus telah kehilangan penguasaan di Serie A selaku penyandang juara 9 tahun berturut-turut kepada Inter Milan sudah pasti mahu terus bermain di Champions League.

AC Milan yang cemerlang sejak awal musim dan menjadi pencabar Serie A pada suatu ketika tiba-tiba merosot dan sudah pasti mahu kembali ke Champions League juga.

Dengan sahnya Inter Milan bergelar juara maka slot kejohanan agung Eropah itu satu-satunya pengubat duka buat kelab yang sendu.

Kerana situasi inilah terbentuknya teori konspirasi yang menimbulkan ketakutan dikalangan tentang konflik kepentingan dari Gianluigi Donnarumma.

Mereka sangsi Gianluigi Donnarumma akan menyertai Juventus dan akan menjual perlawanan kepada The Old Lady untuk mendapatkan slot Champions League.

Gianluigi Donnarumma akan dapat beraksi di Champions League selepas menyertai Juventus pada musim hadapan dan itulah yang bermain di otak ultras tersebut.

Dengan sebab itu sekumpulan penyokong yang bergelar ultras muncul diluar ousat latihan, Milanello Sports Centre dan mengugut Gianluigi Donnarumma supaya tidak turun beraksi melainkan beliau mahu mengikat kontrak baharu.

Kebencian, rasa tidak gembira dan kesangsian ultras ini kepada Gianluigi Donnarumma dilaporkan berpunca daripada aksi dan reaksi penjaga gol itu selepas tewas 3-0 kepada Lazio pada hujung bulan lalu.

Selepas tewas, Gianluigi Donnarumma telah berjalan ke tengah padang untuk berberbual dengan rakan rapatnya, Pepe Reina sebelum bertukar jersi dengan bekas penjaga gol Liverpool itu.

Kemarahan dan api kebencian penyokong telah tercetus dan telah menuduh Gianluigi Donnarumma tidak mempamerkan semangat kesukanan selepas tewas terus.

Lantaran itu khabar angin beliau akan ke Juventus semakin kuat ditiup dan menaikkan kemarahan penyokong.

Lebih kurang kes Eden Hazard dengan Real Madrid la, lepas kalah kepada Chelsea boleh bergelak tawa dan bergurau senda dengan pemain lawan.

Kerana insiden tidak diingini ini, pengarah teknikal dan merangkap legenda kelab, Paulo Maldini telah mengeluarkan kenyataan:

“Penting untuk ditegaskan kembali bahawa tidak ada orang di luar Milan yang dapat memutuskan siapa yang bermain dan siapa yang akan memperbaharui kontrak,” Ujar Maldini kepada ANSA.

“Pilihan pemain bergantung kepada jurulatih untuk turun beraksi dan kelab pula untuk masalah kontrak.”

“Setiap rundingan untuk pembaharuan kini dibekukan hingga akhir musim, ini untuk membolehkan pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada liga. Sementara itu, kami akan terus melindungi pemain kami seperti biasa.

“Peminat Milan, yang sampai sekarang menjadi teladan dalam menyokong pasukan, harus memahami bahawa pada masa ini, para pemain memerlukan ketenangan dan konsentrasi untuk menghadapi pertandingan berikutnya yang akan menjadi penentu.”

Bila sokong bola sambil isap gam ginilah jadilah, kalau dah tak percaya dengan pemain dan kelab lalu percaya dengan khabar angin dan teori konspirasi, apa guna terus menyokong?

Pemain datang dan pergi benda biasa dalam bola sepak, ni peminat nak tentukan pemain kat padang dan siapa kena renew kontrak naik lemak la.

BACA:  Paolo Bangga Anaknya Daniel Maldini Menjaringkan Gol Pertama Bersama Milan