Donny Van De Beek Dedahkan Rahsia Kenapa Guna Nombor 34

Ubi muda sensasi dunia bola sepak ketika ini, Donny Van De Beek telah mendedahkan kenapa beliau memilih untuk menggunakan jersi bernombor 34 ketika beraksi di padang sebagai pemain tengah.

Jersi nombor 6 yang dipakai ketika bersama Ajax sudah lama menjadi milik Paul Pogba di Manchester United, lantaran itu Donny Van De Beek terpaksa mencari nombor alternatif yang lain.

Menurut laporan Daily Mail sebelum Van De Beek sah ke Olda Trafford, beliau kan memilih jersi bernombor 34 dan itulah nombor jersi menjadi milik Van De Beek bersama Setan Merah.

Nombor 34 dan Abdelhak Nouri atau Appie

Nombor 34 dipilih sebagai penghormatan kepada rakan sepasukannya di akademi Ajax, Abdelhak Nouri. Ada apa dengan Abdelhak Nouri? Siapa Abdelhak Nouri?

Ketika di akademi Abdelhak Nouri dan Donny Van De Beek sama-sama naik dan menyinar namun langit tidak selalu cerah walaupun jarang-jarang mendung dan hujan.

Abdelhak Nouri telah tumbang diserang cardiac arrhythmia semasa perlawanan persahabatan pada tahun 2017 dan telah mengalami kecederaan otak yang serius dan kekal daripada kejadian itu.

Kerana kecederaan otak kekal yang dialami Abdelhak Nouri menyebabkan kariernya bola sepaknya terhenti dan tidak mampu untuk bermain lagi.

Janji Donny Van De Beek

Insiden itu nyata memberi trauma kepada Van De Beek dan impaknya masih lagi bermain di benak fikirannya sehingga hari ini. Kerana itulah nombor 34 sangat ketara bagi Donny Van De Beek.

Dalam temuramah bersama De Telegraaf tahun lalu, Van De Beek telah mendedahkan beliau telah berjanji untuk menghadiahkan Abdelhak Nouri gelaran juara liga ke-34.

โ€œBeliau baru saja menyertai pasukan utama dan kami duduk bersebelahan di dalam bilik persalinan di De Toekomst.โ€

โ€œNouri telah berkata โ€˜aku akan meminta nombor 34 kerana gelaran yang ke-34 dan kita akan memastikan perkara ini terjadi.'โ€

โ€œSelepas kejadian serangan cardiac kata-kata Nouri senantiasa bermain di fikiran dan aku berjanji tidak akan meninggalkan Ajax sehingga menang kejuaraan. Aku mesti dapatkan kejuaraan ke-34.โ€

โ€œKami bermain untuk Appie(nama panggilan Nouri). Aku sangat berharap kepada kejuaraan ini.โ€

Donny Van De Beek berjaya mengotakan janjinya apabila Ajax berjaya menjulang kejuaraan Eredivisi buat kali ke-34 pada musim 2018/19. Namun Van De Beek terasa sakit bila bertemu Appie.

โ€œAku selalu melawat keluar beliau dan pada rehat musim akan akan bertemu Appie. Untuk melindungi diri aku, aku tidak akan melawat beliau buat seketika kerana bila melihat beliau akan menyebabkan aku sangat terluka.โ€

โ€œAku akan rasa kecewa untuk beberapa minggu dan tidak mampu untuk tidur dengan baik. Sangat menyakitkan.โ€

Itula sebab musabab kenapa nombor 34 menjadi pilihan Donny Van De Beek

Donny Van De Beek ke Manchester United

Manchester United telah mengumumkan secara rasmi bahawa Donny Van De Beek menjadi pemain mereka selepas pemain Belanda itu mengotakan janjinya untuk menghadiahkan kejuaraan ke-34 kepada Abdelhak Nouri.

Donny Van De Beek telah diikat dengan kontrak selama 5 tahun dengan pilihan untuk sambungan bagi tahun seterusnya dan perpindahan ini dilaporkan bernilai 40 juta.

Usai pengumuman rasmi dibuat, Donny Van De Beek telah diberikan jersi bernombor 34 yang mempunyai satu kisah yang sangat menyayat hati semua.

Secara keseluruhan Donny Van De Beek telah merekodkan 159 penampilan bersama Ajax dengan 40 gol dan 43 assist serta memegang 10 cap bersama Belanda.

Bersama Ajax, Van De Beek telah memenangi Eredivisi pada musim 2018/19, KNVB Cup 2018/19 dan Johan Cryuff Shield bagi tahun 2019.

Nama: Donny Van De Beek

Tarikh Lahir: 18 April 1997

Asal: Belanda

Posisi: Midfielder

Caps: 10

BACA:ย  Man United Masih Cari Rentak, Positifnya Van De Beek Melakukan Debut Dengan Gol