Dortmund Tidak Bercadang Lepaskan Sancho Walaupun PSG Berminat

Pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund tidak bercadang untuk menjual pemain sayap England, Jadon Sancho walaupun pemain muda tersebut telah dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke Paris Saint-Germain.

Menurut sumber Sky Sports, PSG sudah memasang niat untuk cuba memancing pemain berusia 18 tahun itu dari genggaman Dortmund walaupun baru sahaja menyertai kelab tersebut pada tahun lalu.

Dortmund tidak tertekan untuk menjual Sancho memandangkan mereka mempunyai kantung yang lebat selepas menjual Aubameyang dan Dembele.

Sancho merupakan produk akademi Watford tetapi berpindah ke Manchester City pada tahun 2015. Beliau dianggap antara pemain muda paling berbakat di England namun Manchester City gagal mencapai persetujuan bagi membolehkan Sancho terus kekal di Etihad.

Akhirnya, Manchester City menerima tawaran berjumlah £8 juta dari Dortmund pada jendela perpindahan musim panas 2017 kerana tidak mahu pemain tersebut keluar secara percuma yang mana pada ketika itu kontraknya hanya berbaki setahun sahaja.

Sejak berpindah ke Jerman, saham Sancho semakin meningkat. Prestasi cemerlang beliau merupakan antara faktor penyumbang yang telah meletakkan Dortmund berada di persada Bundesliga selepas melalui 9 perlawanan.

Suatu ketika dahulu. Kerugian yang nyata buat Manchester City. Adakah Sancho akan menjadi ‘Pogba’ versi City ? 

Prestasi menakjubkan Sancho bersama Dortmund juga telah menarik perhatian juara bertahan Ligue 1, Paris Saint-Germain. PSG dilaporkan mahu mendapatkan Sancho bagi memperkuatkan lagi jentera serangan mereka yang sememangnya sudah kuat.

Sancho baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Dortmund bulan lepas. Perjanjian baru ini tidak mempunyai sebarang klausa pelepasan dan ini bermakna kelab yang berminat untuk mendapatkan Sancho perlu membayar harga yang diminta Dortmund.

Menurut sumber Sky Sports lagi, Dortmund tidak mengalami tekanan dari segi ekonomi untuk menjual mana-mana pemain utama mereka berikutan penjualan beberapa pemain senior sepanjang 18 bulan yang lalu.

Sancho membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa ketika menentang Croatia bulan lepas.

Antara penjualan termahal yang dilakukan Dortmund dalam tempoh tersebut adalah Ousmane Dembele yang berpindah ke Barcelona dengan yuran perpindahan sekitar £100 juta. Selain itu, Pierre-Emerick Aubameyang juga berpindah ke Arsenal dengan harga sekitar £57 juta.

Musim ini menyaksikan Sancho telah berjaya menjaringkan 5 gol dan mencipta 7 assists untuk meletakkan Dortmund berada di tangga teratas Bundesliga.

Prestasi cemerlang Sancho juga berjaya mencuri perhatian pengurus England, Gareth Southgate yang memanggilnya buat kali pertama ke dalam skuad senior England bulan lepas. Beliau meraih cap antarabangsa pertama beliau ketika menentang Croatia dalam aksi UEFA Nations League.

BACA:  Mendy Mengaku Dirinya Salah Seorang Bek Kiri Terbaik Di Dunia