Double Saves Gila Babi Woljciech Szczesny

Penjaga gol Poland, Woljciech Szczesny telah melakukan bukan satu tapi dua double saves secara berturut-turut yang sangat gila babi dalam perlawanan Poland menentang Arab Saudi.

Aksi heroic yang berkelas dunia Woljciech Szczesny telah menafikan gol penyamaan daripada Arab Saudi yang boleh mengubah hala tuju perlawanan.

Poland mengukuhkan peluang mereka untuk mara ke pusingan 16 terakhir selepas Lewandowski mencipta assist kepada Piotr Zielinski untuk gol pembukaan pasukan mereka pada separuh masa pertama di Stadium Education City.

Arab Saudi, yang mencetuskan kejutan hebat ketika menentang Argentina, telah diberikan talian hayat selepas Krystian Bielik dari Poland mengasari Saleh Al-Shehri di dalam kotak dan kemudiannya dihadiahkan penalti.

Selepas merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) pengadil mengesahkan sepakan penalti buat Arab Saudi selepas Krystian Bielik jelas mengait kait Saleh Al-Shehri.

Peluang terbaik untuk Arab Saudi sekali lagi mencipta kebangkitan di Piala Dunia, Feras Al-Brikan tampil untuk membuat sepakan.

Bagaimanapun, pemain nombor satu Poland Wojciech Szczesny menafikan gol Feras Al-Brikan daripada sepakan penalti dengan penyelamatan hebat sebelum menafikan percubaan Mohammed Al-Burayk dari bola muntah dengan hadangan sebelah tangan yang menakjubkan.

Rembatan ke sebelah kiri Feras Al-Brikan berjaya dibaca dengan tepat oleh Woljciech Szczesny dengan satu tepisan keluar.

Malangnya bola muntah itu cantik-cantik sampai ke arah terpaan Mohammed Al-Burayk dan satu rembatan susulan terus dilakukan namun reflek Wojciech Szczesny terlalu pantas.

Dua kali save Wojciech Szczesny membuatkan dua kali pemain Arab Saudi tidak percaya dengan apa yang terjadi.

Satu penyelamatan berganda yang menakjubkan daripada bekas penjaga gol Arsenal itu untuk mengekalkan pendahuluan Poland ketika mereka memasuki rehat separuh masa di hadapan dengan satu gol.

Lewandowski memastikan Poland membawa pulang tiga mata selepas menerkam kesilapan pertahanan Arab Saudi, Abdulellah Al-Malki dan dengan tenang melepasi Mohammed Al-Owais.

Penyerang Barcelona berusia 34 tahun itu berlari meraikan dengan satu gelungsuran ke padang selepas menjaringkan gol buat kali pertama dalam pertandingan Piala Dunia.

Arab Saudi tidak dapat mencari gol dan gagal untuk menyamakan kedudukan sebelum wisel sepenuh masa dibunyikan.

Wojciech Szczesny telah mecatatkan beberapa statistik yang agak mengagumkan dalam perlawanan ini:

◉ Most saves at the World Cup (9) – Kebanyakan penyelamatan di Piala Dunia (9)
◉ Joint-most saves from inside the box at the World Cup (6) – Penyelamatan terbanyak bersama dari dalam kotak di Piala Dunia (6)
◉ First goalkeeper to keep two clean sheets – Penjaga gol pertama mengekalkan dua jaringan bersih

Selain aksi heroic Wojciech Szczesny, kapten pasukan, Robert Lewandowski mempamerkan bisa untuk memastikan tiga mata dengan satu gol dan satu assist.

Ini merupakan gol yang ke-77 Lewandowski dalam karier antarabangsanya bersama Poland menyamai rekod legenda Brazil, Pele.

Qatar 2022 merupakan Piala Dunia kedua Robert Lewandowski selepas Rusia 2018 di mana Robert Lewandowski gagal menjaringkan sebarang gol dan terpaksa pulang awal.

Robert Lewandowski berpeluang menjaringkan gol pada perlawanan pembukaan menentang Mexico namun gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Selepas perlawanan kelima di dua pentas Piala Dunia gol impaian Lewan akhirnya tiba, gila kau tak menangis dan Qatar 2022 mungkin menjadi Piala Dunia terakhir pemain berusia 34 tahun itu.

Bekas pemain Bayern Munich itu jelas terharu apabila dia memeluk rakan sepasukannya.

“Semakin meningkat usia saya, semakin emosi saya,” kata Lewandowski.

“Saya sedar apabila tibanya Piala Dunia, ia mungkin Piala Dunia terakhir saya.”

Dia menambah lagi:

“Apabila anda bermain untuk skuad kebangsaan, anda perlu memberi tumpuan kepada keputusan, tetapi beberapa peratus daripada identiti saya juga mahu saya mempunyai statistik yang baik.”

“Saya sentiasa mahu menjaringkan gol di Piala Dunia, dan impian ini menjadi kenyataan.”

BACA:  Poland Tewas Kepada Pasukan Ranking Ke-171 Dunia Selepas Tumpaskan Jerman