Belgium merupakan antara pasukan yang diberi harapan untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala Dunia 2018 yang hangat berlangsung di negara sejuk, Russia.
Dengan barisan pemain yang beraksi bersama kelab handalan dan tersohor dunia maka tidak hairanlah Setan Merah ini menjadi tumpuan.
Namun rekod mereka di kejohanan besar tidaklah terlalu baik dan kini di bawah Pengurus Roberto Martinez ada sinar buat Belgium.
7 – Romelu Lukaku has now scored more goals in World Cups and European Championships than any other Belgium player in history. Finisher. #BELTUN #BEL #WorldCup pic.twitter.com/5Hx8hHbnfx
— OptaJoe (@OptaJoe) June 23, 2018
Berada di kumpulan G bersama England, Tunisia dan Panama, Belgium mudah ke pusingan kalah mati dan setakat ini belum diuji.
Perlawanan penentuan juara kumpulan G menentang England merupakan ujian sebenar bagi Belgium untuk mengukur sejauh mana kekuatan mereka walaupun England bukan power tara mana pun.
Romelu Lukaku yang bergelut bersama Manchester United tetapi masih mampu menjaringkan lebih 20 gol semusim menunjukkan potensi sebenar di kejohana bola sepak paling berprestij ini.
Selepas dua perlawanan Lukaku menggunakan sepenuh pentas Piala Dunia dengan menjaringkan 4 gol dalam dua perlawanan tanpa sebarang sepakan penalti dan tiada tanda-tanda untuk Lukaku berhenti menjaring.
Dalam dua perlawanan Lukaku hanya bermain 158 minit dan melakukan 5 percubaan. Hasilnya 4 gol terhasil. Tajam bukan?
Jika sentuhan pertama beliau sesedap Marcelo dan seindah pelangi mungkin banyak lagi gol terhasi. Tetapi harus diingat banyak lagi masa untuk Lukaku memperbaiki kerana baru berusia 25 tahun.
Pada usia ini Lukaku dilihat belum mencapai zaman kemuncaknya dan sedang menuju ke sana dengan bergaya.
Lagenda pasukan Chelsea, Didier Drogba yang kini menjalankan tugas sebagai pengulas di BBC untuk perlawanan Piala Dunia telah membuat pengakuan bahawa beliau telah memberi nasihat kepada Lukaku untuk lebih tajam di depan gol.
Dream partnership back together with @franklampard for @bbcsport featuring Mr @garylineker and @pablo_zabaleta #belgiumvstunisia???? @fifaworldcup pic.twitter.com/QQA2ZN8spv
— Didier Drogba (@didierdrogba) June 23, 2018
Lukaku ternyata taat mendengar nasihat bekas rakan sepasukannya di Chelsea itu dan terus menunjukkan bukti ketika menjaringkan dua gol menentang Tunisia.
Selepas gol pertama Lukaku, Drogba membuat pendedahan.
“Kami telah membawang mengenai Lukaku di mana beliau mampu untuk mengubah sudut lariannya dan mencipta ruang untuk dirinya bagi membolehkan beliau membuat rembatan.”
“Dan itulah yang dilakukan Lukaku, menarik pemain pertahanan lawan ke arahnya dan beliau pergi ke arah lain.”
“Kemudian Lukaku melakukan sesuatu yang aku amat suka dan aku banyak bersembang dengan beliau tentang perkara ini. Langkah pendek sebelum menendang bola sama seperti pemain tenis sebelum melakukan pukulan.”
“Situasi ini akan memberikan Lukaku lebih ketepatan dan mudah baginya untuk menemui sasaran.”
Lukaku himself said in an interview “Thierry Henry is the best thing to have happened to me”. Bye pic.twitter.com/VCCmS5IFk2
— …. (@kvng_ayo) June 23, 2018
Droga juga berpendapat Lukaku sangat beruntung kerana dapat belajar dari penyerang hebat seperti Thierry Henry.
“Lukaku ni seoarang budak yang sentiasa ingin belajar dan aku gembira dapat memberi nasihat. Aku fikir Lukaku ni akan dengar je nasihat dari sesiapa saja.”
“Lukaku juga belajar dari Thierry Henry dan aku fikir bila kau nak jadi yang terbaik kau mesti belajar dari yang terbaik.”
"I like scoring out of nowhere. That's what big players do."
Belgium forward Romelu Lukaku talks about working with Thierry Henry to grow his game.
(via @PlayersTribune) pic.twitter.com/zvMOHmp3TL
— FOX Soccer (@FOXSoccer) June 23, 2018
Nasihat yang berharga dari Drogba pemain terbaik Afrika yang sememangnya sentiasa padu semasa zaman kegemilangannya ketika berada di hadapan gol.
Jika Lukaku dapat menyerap segala nasihat dari Henry dan Drogba lalu diterjemah di dalam padang pasti beliau akan menjadi penyerang yang digeruni samada bersama kelab atau negara.
Dah power teruk walaupun first touch masih kelaut.