Dua Aksi Dungu De Gea Hadiahkan Chelsea Gol Gratis

David De Gea telah lama dianggap sebagai penjaga gol terbaik dalam Liga Perdana Inggeris tetapi sejak dua, tiga musim yang lalu segalanya telah berubah dan De Gea mengalami penurunan prestasi.

Penjaga gol Sepanyol itu menyertai Manchester United pada musim 2011/12 ketika itu, Setan Merah masih lagi dibimbing oleh pengurus lagenda, Sir Alex Ferguson.

Pada musim 2017/18 De Gea telah memenangi anugerah Sarung Tangan Emas. Anugerah Sarung Tangan Emas merupakan anugerah khas yang diberikan kepada penjaga gol yang mencatatkan jumlah perlawanan tanpa bolos terbanyak.

Mungkin itulah kemuncak kerjaya De Gea sebelum mengalami penurun saban tahun sehinggalah ke musim ini. De Gea dilihat semakin kerap membuat kesilapan mudah.

Dua Aksi Dungu De Gea Hadiahkan Chelsea Gol

Terkini, terbaru dan masih panas, De Gea melakukan kesilapan yang mengundang padah menyaksikan Manchester United kandas di separuh akhir FA Cup di kaki perempuan simpanan mereka, Chelsea.

Sepanjang musim 2019/20, Chelsea sentiasa menjadi juadah dan santapan Setan Merah saat mereka bertemu tidak kira di Stamford Bridge atau di Old Trafford.

Pertemuan di Stadium Wembley telah merubah segalanya apabila Setan Merah pula menjadi tempat Chelsea melempias nafsu serakah.

Lebih memilukan Chelsea memperoleh tiga gol percuma dan dua gol awal berpunca daripada kesilapan dan aksi kelakar De Gea.

Minit 45+11 separuh masa pertama menyaksikan Chelsea berjaya membuka tirai jaringan melalui satu kuisan bersahaja Olivier Giroud.

Cantik hantaran rendah Cesar Azpilicueta yang mencari Giroud yang gagal dikawal kemas Viktor Lindelof.

Tanpa perlu merosakkan rambut yang kemas berpomade, satu kuisan ringkas sudah cukup buat Giroud membuatkan David De Gea menggelupur.

Chelsea tidak menunggu lama apabila separuh masa kedua bersambung dengan menggandakan kedudukan melalui rembatan luar kotak penalti Mason Mount.

Entah apa yang difikirkan oleh Brandon William yang seakan menambah rencah dari tepi padang apabila melambung bola ke tengah yang pantas di sambar Mount.

Tanpa dikawal Mount menggunakan masa yang ada membawa bola sedikit kehadapan sebelum melepaskan rembatan.

Tidaklah kencang sangat rembatan Mount tapi sudah cukup untuk menewaskan De Gea yang kelihatan dungu di gawang dalam perlawanan ini.

Harry Maguire, pemain pertahanan termahal dunia nyata terpengaruh dengan kemurahan hati De Gea dan dengan tenang menjaringkan gol sendiri.

Hantaran silang Marcus Alonso mencari Rudiger namun sempat dipintas Maguire dengan satu tolakan ke gawang sendiri.

Kali ketiga De Gea tertewas dan kali ini dikaki rakan sepasukan.

Bekas pemain tengah Manchester United, Roy Keane antara yang lantang mengkritik prestasi De Gea di padang dengan keras dan ganas.

Legenda United itu mendakwa bahawa beliau terlalu bengang melihat aksi hambar De Gea dan menganggap bahawa penjaga gol setan merah itu sebagai keeper paling overrated pernah dilihat selama ini.

Namun Ole masih menganggap De Gea masih lagi sebagai penjaga gol terbaik dunia ketika ini.

Ole Percaya De Gea Penjaga Gol Terhebat Dunia

Pengurus pasukan Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tetap dengan pendirian beliau bahawa David de Gea merupakan penjaga gol terhebat di dunia.

Bekap yang baik punya dari Ole ini hadir kerana aksi hambar De Gea ketika perlawanan bertemu Tottenham Hotspur bulan lalu.

“David adalah penjaga gawang terhebat di dunia.”

“Dia banyak melakukan aksi penyelamatan yang mengagumkan, dia memenangi perlawanan untuk kami dan saya fikir tidak keterlaluan untuk saya anggap bahawa dia penjaga gol yang terhebat di dunia.”

“David benar-benar bekerja keras. Dia bukan jenis yang sering melakukan kesilapan demi kesilapan. Dia sangat tekun dan sentiasa bekerja keras dalam latihan dan saya sangat gembira bekerja dengannya.”

Selepas kekalahan kepada Chelsea di separuh akhir FA Cup ini adakah Ole akan terus mempertahankan De Gea seperti bulan lepas?

BACA:  Carrick: Fabregas Punca Utama 'Perpindahan Impian' Ke Arsenal Tidak Berlaku