Dua Bekas Rakan Sepasukan Ole Yang Beliau Mahu Berada Dalam Skuad Sekarang

Ole Gunnar Solskjaer telah memilih dua dari bekas rakan sepasukan beliau dari Manchester United di zaman kegemilangan mereka memenangi treble untuk dibawa ke skuad sekarang.

Ole Gunnar Solskjaer telah ditanya siapakah dua pemain dari zamannya yang mahu beliau bawa masuk ke dalam skuad sedia ada sekarang.

Bekas penyerang berusia 47 tahun itu telah membuat lebih dari 350 penampilan untuk setan merah sepanjang 11 tahun kerjaya gemilangnya di Old Trafford.

Sejurus mendengar soalan itu, beliau dengan pantas menamakan Roy Keane sebagai pemain paling beliau impikan untuk berada dalam skuad sedia adanya sekarang.

Solskjaer turut menyatakan bahawa beliau turut akan memilih Paul Scholes untuk berada dalam skuad sedia adanya sekarang bersama-sama ketua pasukan, Keane.

Bercakap tentang keputusan yang beliau lakukan dalam satu sesi temu bual bersama ShivNadarFoundation, pengurus dari Norway itu menyatakan:

“Itu tidak adil, itu teramat sangat tidak adil. Saya cuma boleh memilih seorang?”

“Saya sudah pastinya akan memilih, tetapi boleh saya pilih dua? Mereka sama sekali tidak bermain dalam perlawanan akhir ketika menentang Bayern Munich. Roy Keane dan Paul Scholes, dua orang pemain midfield yang mengagumkan.”

“Ia tidak adil untuk Cristiano Ronaldo yang mana beliau kini merupakan pemain terbaik dunia. Saya pernah bermain bersamanya, jadi sudah tentu saya mahu dia berada dalam pasukan saya bersama tetapi Keane dan Scholes juga sememangnya bakat yang luar biasa.”

“Sekiranya saya harus memilih seorang saya pastinya akan memilih Roy Keane kerana pengaruh yang dia bawa dan bagaimana dia boleh mempengaruhi seluruh pasukan.”

“Saya akan memilih Roy dan saya akan sapu Paul Scholes melalui perundingan pintu belakang jadi saya akan dapat dua pemain yang luar biasa.”

BACA:  Jangka Hayat Ole Kini Dijangka Kurang Daripada 48 Jam