Dua Harry Tarik Diri Dari Skuad England Menjelang Perlawanan Persahabatan Menentang Brazil & Jerman

Pengurus England, Gareth Southgate pening kepala selepas penyerang utama England, Harry Kane terpaksa menarik diri dari menyertai skuad England menjelang perlawanan persahabatan menentang Brazil dan Jerman.

Southgate tambah pening selepas rakan sepasukan Kane di Totthenham Hotspurs, Harry Winks turut menarik diri pada saat-saat akhir.

Menjelang perlawanan persahabatan berprofil tinggi, pelan Southgate untuk menurunkan skuad terkuatnya tidak kesampaian kerana beberapa pemain utama tidak dapat turut serta atas faktor kecederaan.

Perlawanan sebegini amat penting dalam persediaan England untuk menghadapi Piala Dunia 2018 yang bakal dilangsungkan di Rusia tahun hadapan.

Kane dan Winks adalah pemain penting dalam sistem 3-5-2 yang cuba diterapkan pengurus England ini, dengan Three Lions mula beralih dari menggunanakan sistem lama iaitu formasi 4-3-3.

Ketiadaan Winks memaksa Southgate memanggil pemain West Bromwich Albion, Jake Livermore untuk memperkuatkan barisan tengah England. Bukan 2, tetapi 3 pemain Spurs yang Southgate terpaksa lupakan untuk panggilan antarabangsa kali ini.

Pemain tersebut adalah Delle Alli yang tidak dapat dipanggil kerana mengalami kecederaan hamstring yang memaksa beliau diketepikan ketika Tottenham bertemu Crystal Palace Ahad lalu. Pada perlawanan tersebut, Harry Kane telah disepak pada bahagian kakinya dan terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Pemeriksaan lebih lanjut menunjukkan Kane mengalami kecederaan kecil tetapi Spurs mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati kerana Kane baru sahaja kembali dari kecederaan hamstring yang dialaminya sebelum ini.

Wink turut cedera. Imej : Sky Sports

Harry Winks turut mengalami kecederaan pada perlawanan yang sama dan terpaksa dikeluarkan lebih awal.

Kedua-dua pemain tidak melaporkan diri untuk tugasan England di St George Park dan Southgate masih lagi menanti laporan perubatan berhubung tahap kecederaan Jordan Henderson dan Gary Cahill. Southgate amat berharap kedua-dua pemain ini mampu cergas sebelum perlawanan menentang Jerman Sabtu ini.

Andainya Cahill dan Henderson tidak sempat sembuh, Southgate sudah mempunyai pengganti yang sesuai untuk menggantikan mereka kerana beliau telah memanggil pemain Everton, Michael Keane ke dalam skuadnya.

Dalam bahagian serangan pula, dengan ketiadaan Harry Kane, peluang untuk pemain Chelsea yang dipinjamkan kepada Swansea, Tammy Abraham kini terbuka luas untuk menambat hati Southgate.

Aku pening…

Pemain berusia 20 tahun ini menerima panggilan pertama England selepas menyerlah bersama Swansea musim ini. Beliau juga menolak peluang untuk mewakili Nigeria, negara kelahiran ibu bapanya kerana mahu bermain bersama England.

“Saya melihat diri saya akan mewakili England untuk satu jangka masa yang panjang. Saya sudah meletakkan sasaran untuk bermain bersama England dan disebabkan saya bermain di Liga Perdana Inggeris, adalah lebih bagus jika saya mewakili England.”

England bakal turun menentang Jerman awal pagi Sabtu ini dan tiga hari kemudian, pasukan bimbingan Southgate akan melayan Brazil di stadium keramat mereka, Wembley.

Baca Juga

Baca Juga