Dua Jaringan Cantik Sabitzer Bawa Leipzig Mara Ke Peringkat Suku Akhir

RB Leipzig telah menewaskan Tottenham Hotspur 3-0 dalam perlawanana kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara. Mereka melangkah ke peringkat suku akhir dengan aggregate 4-0.

Pasukan kendalian Jose Mourinho gagal untuk menyekat asakan dari Leipzig yang sudah menggasak kubu mereka sejak dari awal mula permaianan.

Ini adalah kekalahan kedua Spurs kepada Leipzig dalam tempoh tiga minggu ini. Bahagian pertahanan Spurs terlalu ampuh dan mudah untuk diasak oleh Leipzig.

Pemain midfield Austrian Marcel Sabitzer muncul wira Leipzig dengan menjaringkan dua gol untuk pasukannya.

Spurs dilanda masalah kecederaan pemain utama mereka seperti Harry Kane, Son Heung Min dan pemain baru mereka Stephen Bergwijn.

Dua kesilapan awal yang dilakukan oleh Hugo Lioris dihukum oleh Leipzig dengan dua jaringan dan mendahului Spurs pada babak pertama perlawanan.

Pemain gantian Emil Forsberg berjaya menjaringkan gol ketiga untuk pasukan Leipzig di minit akhir perlawanan dan memastikan kemenangan untuk Leipzig mara ke peringkat suku akhir.

Spurs sebenarnya bermula dengan lebih baik tetapi mereka hilang rentak selepas jaringan awal dari Leipzig kerana kesilapan Lioris. Selepas mendapat jaringan pertama pasukan dari Bundesliga itu terus semakin bersemangat untuk menggasak kubu Spurs.

Hantaran dari Werner tepat menemui Sabitzer yang merembat deras bola ke sudut sebelah kanan Lioris lalu menerjah jaring gawangnya.

Pasukan kendalian Mourinho kini tidak mempunyai sebarang Clean sheets sejak dari dua Februari.

Gol kedua Leipzig dijaringkan oleh Sabitzer pada minit ke-21 perlawanan. Kesilapan dari Serge Aurier menjadi punca terjadinya jaringan kedua untuk pasukan Leipzig.

Pertahanan kanan dari Ivori itu melakukan tandukan lemah kebelakang yang kemudiannya dapat ke Angelino lalu dihantar tepat mencari Sabitzer yang menanduk padu bola melemaskan Lioris dan memastikan jaringan kedua untuk Leipzig.

Spurs dilihat sukar untuk memperkemas barisan pemain mereka di babak kedua perlawanan. Manakala Leipzig pula terus melancarkan beberapa serangan berbahaya diketuai oleh Werner.

Tiga puluh minit terakhir perlawanan dilihat Kedua-dua pasukan menurunkan tempo dan tidak banyak serangan dilakukan. Spurs pula langsung tidak berjaya untuk menguji Peter Gulasci’s yang tenang saja di gawangnya.

Leipzig berjaya menjaringkan gol pada minit ke-87 perlawanan menerusi Forsberg yang berjaya merembat bola menerjah gawang Spurs selepas berlaku situasi kelam kabut dihadapan gawang Lioris.

Pemain paling bernilai Spurs Tanguy Ndombele tidak dimasukkan oleh Mourinho selepas aksi hambar yang beliau persembahankan ketika menentang Burnley dalam saingan Liga Perdana lalu.

Rekod Mourinho bersama pasukan Tottenham Hotspur selepas 26 perlawanan beliau telah tewas 10, seri lima dan mencatatkan sembilan kemenangan.

Tamat perlawanan, Leipzig berjaya menewaskan Spurs 3-0 seterusnya layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara musim 2019/20 dengan aggregate 4-0.

BACA:  Jack Grealish Melalui Debut Champions League Yang Sempurna