Dua Kali VAR Selamatkan Liverpool vs Wolves

Bukan sekali tetapi dua kali Video Assistant Referee (VAR) telah menyelamatkan Liverpool yang mereka sendiri sentiasa momokkan menjadi mangsa VAR ketika perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers.

Pemain yang berada ditengah-tengah dan mangsa kepada kontroversi VAR ini sudah pastilah Totti Gomes yang menerima kesan terburuk dari keputusan ini dan pastinya turut dirasai Wolves.

Wolves membuka tirai jaringan pada minit ke-26 hasil satu kebodohan dari Alisson Becker yang menghatar bola ke kaki Goncalo Guedes yang pastinya tidak akan terlepas peluang keemasan ke gawang terbuka.

Namun Darwin Nunez telah menjaringkang gol penyamaan pada penghujung babak pertama selepas menyempurnakan hantaran sedap dari Trent Alexander Arnold.

Kontroversi telah dicetuskan oleh VAR pada separuh masa kedua yang telah menyelamatkan Liverpool tersingkir dari saingan Piala FA dengan dua keputusan yang meragukan.

Tujuh minit selepas separuh masa kedua bersambung, Mohamed Salah telah menjaringkan gol kedua Liverpool selepas hantaran Cody Gakpo ditanduk ke belakang oleh Toti Gomes.

Bola sampai ke pada Mohamed Salah yang tidak dikawal dan pastinya tiada siapa dapat menghalang Salah dalam situasi seperti itu.

Mohamed Salah ketika Cody Gakpo membuat hantaran, Salah sudah berada dalam keadaan offside yang jelas namun bola cuba diselamatkan oleh Toti Gomes dan sampai kepada Salah.

Sentuhan dari Toti Gomes itu telah membatalkan offside Salah namun Toti Gomes cuba menyelamatkan bola itu kerana posisi Salah ketika itu yang mengundang bahaya.

VAR menyatakan sentuhan dari Toti Gomes itu telah membatalkan kedudukan offside Salah dan mengesahkan jaringan itu.

Seorang wartawan, Collin Miller menjelaskan:

“Elemen undang-undang ofsaid bola sepak itu agak teruk. Salah dikategorikan mengikut undang-undang onside tetapi hanya kerana pemain pertahanan sengaja bermain (menyentuh) bola. Namun pemain pertahanan hanya bermain (menyentuh) bola kerana pemain berada dalam kedudukan ofsaid.”

Salah sah dan jelas offside namun tandukan Gomes telah meneutralkan kembali posisi Salah yang membawa kepada jaringan itu disahkan. Tidak adil namun itulah kelompongan undang-undang.

Hwang Hee-chan kemudiannya telah menyamakan kembali kedudukan pada minit ke-66 selepas tiga minit masuk dari bangku simpanan menggantikan Ruben Neves.

Pada minit ke-81, Toti Gomes hadir untuk menebus kesilapannya dengan jaringan ketiga Wolves dengan satu flick jahat yang berpunca dari sepakan penjuru.

Toti Gomes meraikan jaringan tersebut dengan membukan baju dan rakan sepasukan lari mengejar dan menindihnya tanda kepuasan sebenar yang berjaya diraih.

Namun penjaga garisan telah mengangkat bendera tanda offside dan perkara itu segera dirujuk kepada VAR untuk penelitian dan pemeriksaan lanjut.

Selepas beberapa minit VAR bersidang, mereka memutuskan gol itu tidak sah kerana salah seorang pemain Wolves yang tidak diketahui siapa berada dalam kedudukan offside.

Mengikut buah rasa-rasa, pengambil sepakan sudut, Matheus Nunes yang offside selepas menerima kembali bola dari sepakannya sebelum menghantar sekali lagi ke dalam kotak.

Namun sudut rakaman tidak jelas dan pengulas perlawanan jugasepertinya kecewa dengan pembatalan gol itu yang tidak jelas siapa yang offside.

Selepas perlawanan, pengulas ITV mendedahkan bahawa ia disebabkan tiada sudut kamera yang dapat mengetahui sama ada pengambil sepakan sudut, Matheus Nunes berada dalam keadaan ofsaid apabila bola dimainkan semula kepadanya.

Dengan tidak mengetahui sama ada keputusan itu betul atau tidak, ia bermakna pengadil terpaksa berpegang kepada keputusan asal yang dibuat oleh penolong pengadil.

Peminat tidak dapat memahami apa yang mereka dengar tentang kekurangan sudut untuk menentukan sama ada ia ofsaid atau onside, dan mereka tidak berjalan keseorangan.

Pengurus Woles Julen Lopetegui, tidak berpuas hati dengan keputusan VAR dan berkata:

“Offsaid yang kami ada. Kami telah melihatnya, ofsaid tidak wujud, saya minta maaf. Mustahil. Seseorang telah memberitahunya ia ofsaid, tetapi kami telah melihat imej, ia tidak wujud. Dua sentuhan adalah pemain kami dan sentuhan kedua dia tidak mahu.

“Keputusan itu salah. Saya membuat kesilapan setiap hari dan kadangkala mereka juga melakukannya. Hari ini kami mendapat bantuan VAR dan sayang sekali, kerana saya minta maaf, ia bukan ofsaid.”

Bercakap selepas perlawanan, bos Liverpool Jurgen Klopp berkata mengenai keputusan itu:

“Saya tidak pasti tentang gol ketiga mereka. Kami mempunyai satu gambar di mana ia mungkin kelihatan ofsaid, tetapi saya boleh memahami mengapa mereka marah mengenainya.

“Kami tidak mahu VAR hanya mempunyai satu sudut.”

Bila VAR berpihak kepada Liverpool itulah jawapan Klopp jika tidak mau meroyan tidak cukup tanah sehingga menyalahkan rumput.

BACA:  Premier League 2021/22: Brentford 3-3 Liverpool